Tabung

27 August 2012

Make Up di Hari Raya

Ehem -ehem .. Eh.. Lupa bagi salam pulak ye.. Assalammualaikum semua! (Sambil suara2 ceria) Okeh sepanjang cuti raya nad nie terisi jugak dengan mekap2 dari customer2 nad... Minggu nie nad ada mekap 3 orang je.. Mekap tunang dan juga mekap nikah untuk dua orang.. So nad nak ceritakan sikit pengalaman mekap nad yek!

Customer 1

customer yang pertama nie di kulim.. customer nie mekap malam sebab nak nikah lepas isyak.. lepas maghrib camtuh nad pon gerak la ke rumah bakal pengantin tersebut.. Alhamdulilah sempat jugak sampai ke rumah pengantin nie.. Sampai je kerumah pengantin tu dengan selambe nya dia tak kenal nad.. yela booking bukan dari nad terus.. Mujurlaa dia ternampak box mekap nad yang besaq gedabak tu,,Ngeh2.. Then terus la ku dijemput masuk kebilik pengantin yang berbau bunga melur tu.. Maka sesi2 mekap pon bermula.. dimulakan dengan bismillah.. Tengah-tengah syok mekap tetiba anak saudara pengantin tu yang berusia 3 tahun menangis terguling-guling.. Nak ibu saudaranya tu buat susu.. lol.. pulak dah.. haish tertangguh pulak dah.. bangun la customer nad nie gi buat air susu kat dak comel tu,.=.= ..kemudian diteruskan lagi mekap.. tetiba customer nie baru sedar dia tak pakai lagi contact lens.. Erk... adoiii.. nad pon benarkan customer nie bangun lagi.. Okeh sambung lagi mekap.. tetiba.. dak comel 3 tahun nie menangis lagi.. Pulak dah.. siapa pun takleh pujuk dak nie kecuali si bakal pengantin nie.. Alahai... mekap yang patutnya sejam nie dah jadi dua jam.. Bangun la si customer nie lagi tolong tidurkan dak comel nie kat katil pengantin.. Akhirnya tidur pon dak comel nie.lepas dah settle sume nad terus balik.. dah lewat kot.. kang mama nad ngamuk hah..ngeh2.. dan alhamdulilah nad sampai dengan selamatnya dirumah walau pon jam hampir ke 12 malam..


Customer 2

Mekap kali nie pagi.. bangun laa nad awal pagi demi nak cari rezeki yang halal.. ewah.. hihi.. customer yang  nak mekap nie rakan sekolah nad.. tak la rapat sangat dulu tapi kenal dan bertegur sapa la.. kawan nad yang nie nak bertunang.. rumah kawan nad nie dekat seberang jaya so tak la jauh dari umah nad.. dalam 15 min je kalau drive pagi-pagi.. sampai je kerumah rakan nad yang nie terus nad di sambut dengan baik oleh ahli keluarga rakan nad nie dan di iring masuk ke bilik rakan nad nie.. sepanjang sesi mekap takde masalah sangat sampai la sesi memakai tudung.. oleh kerana rakan nad nie simple orangnya maka dia hanya memakai selendang biasa.. Lepas tu terus otak cerdik nad nie suruh rakan nad nie beli la aksesori apa-apa pakai kat kepala tu. tak kan nak biar kosong dan nampak cam biasa sangat..So pergi la kawan-kawan baik rakan nad nie ke tesco.. nad pulak gi makan sementara tu.. Nyum2.. Lepas dah settle sume.. payment pon dah ambil so nad pun berjalan la balik ke kereta nad tu.. tengah 'ontheway' tu tiba2 nad telah diserang oleh 4 orang lelaki !!! aiyakkkk!!!! yes.. nad diserang oleh 4 orang budak lelaki berumur 3-10 tahun.. mintak dekat nad duit raya.. time tu ada duit rm50 je sume takde langsung duit seringgit ke,lima ringgit ker.. tak kan nak bagi rm50 kot!! tunggu nad jutawan dulu boleh la.. nad pun cakap la.. adik-adik kak takde duit pecah dan terus jalan cepat-cepat masuk kereta nad.. Lepas tu tanpa diduga dak2 nakal tu baling pasir dekat kereta nad.. omg!!! dahlaa aku malas nak g cuci (Cakap dalam hati) nad pon cepat-cepat la nak blah tapi dak 'noty' tu masih teruskan niat nakal dorang.. hish! anak sape la neh..nad pon balik rumah dengan selamatnyaa... Amin..


Customer 3

Okeh.. untuk mekap yang terakhir nie dekat kampung permatang elong kepala batas.. sebenarnya nad pun tak tahu sangat jalan.. nak ajak adik teman dia kerja pulak.. nak ajak kawan sume kawan-kawan nad dah kahwin.. yang tak kahwin lagi pulak kerja,. aduh.. so nad redah je..dan berdoa agar senang la nad jumpa rumah customer nad yang nie.. tahun lepas nad pernah datang dah kerumah customer nie.. time tu mekap dia tunang.. kali nie dia gunakan lagi khidmat nad kali kedua untuk mekap nikah (terharu okeh) ok..berbalik kepada cerita nad pon teruskan la misi mencari rumah pengantin nie sambil dalam hati mengutuk diri sendiri sebab tak ingat jalan walaupun pernah datang.. kalau nad tahu dia nak guna khidmat mekap nad lagi dah confirm2 nad akan cuba ingat jalan rumah dia hah.... Hp nie sentiasa di sisi.. nad ter agak-agak jalan juga sebenarnya tapi nad teruskan jugakkk.. dan tetiba ternampak signboard 'Permatang Elong' yayy!! yahooo.. jumpa pon.. Alhamdulilah.. sampai jugak.. senang jugak rupanya.. Tetapi kekadang memalukan je.. nama je duduk butterworth tapi kampung-kampung dalam nie tak hafal jugak jalannya.. sabo jela.,. Sepanjang mekap takde apa sangat.. semuanya berjalan lancar dan selamat.. lepas ambil payment terus nad balik rumah.. alhamdulilah rezeki untuk hari nie.. Almaklumlaa gaji semua dah abis.. nasib laa ada bisnes sendiri..hikkkk


So sekian aje pengalaman mekap untuk Sepanjang Minggu di Hari Raya neh.. Mekap nad seterusnya lepas nie dekat selama perak.. Jauh tu... dulu nad gi mekap dia nikah.. kali nie mekap untuk majlis bersanding.. dan seperti biasa nad terlupa lagi jalan nak gi rumah pengantin nie.. Uwaaa... Jenuh pulak nak cari.. sape-sape yang cakap kerja menjadi cik andam nie senang tu sebenarnya anda silap! kerja nie pun agak mencabar jugak .. sebab nak kena berjalan dari rumah ke rumah pengantin yang kita tidak kenal,tak tahu jalan,dan lain-lain.. yang paling penting kena la peramah dan cepat nak sesuaikan diri dengan keadaan dan suasana.. jugak! jangan la duduk bilik pengantin sorang-sorang ye.. sebab dalam bilik pengantin banyak benda berharga jadi sebagai langkah berjaga-jaga nad selalu tak kan benarkan diri nad ditinggalkan seorang diri..yela sebagai orang asing dalam sebuah keluarga asing memang wajar kita mengambil langkah untuk berada bersama orang ramai.... dan alhamdulilah buat masa nie takde lagi la berlaku perkara yang tak diingini..

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

25 August 2012

Badi Orang Kahwin

Assalammualaikum :) hehe.. harap2 semua sihat2 belaka la yek.. jangan makan terlalu banyak makanan dalam 1 masa nanti sakit perut pulak.. Okeh kali nie nad nak cerita pasal pengalaman balikk kampung dan beraya di rumah saudara mara nad... Aiyakkk!! tajuk pulak pasal badi orang kahwin.. okeh cerita nad nie memang ada kena mengena ok.. Asal balik je kampung beraya soalan lazim yang pasti orang tanya nad.. 'bila nak kahwin'.. 'bila nak kenduri'.. 'Dah berpunya ker belum'.. Adoiiiiiiiii.... Nad baru nak masuk umur 24 tahun.. Bukan 42 tahun tak faham kenapa orang bising.. Okeh nad cuba faham.. zaman dulu2 memang orang tua kahwin awal kan.. dalam usia belasan tahun.. Dan zaman sekarang nie pun tak dinafikan ramai yang kahwin di usia yang terlalu muda.. Kebanyakan customer nad pun semuanya muda2... Itu tak termasuk lagi rakan2 nad yang dah berkahwin,dah beranak pinak,dah bertunang dan ada yang akan berkahwin.
Jadi jawapan biasa yang sering nad katakan,. Nasib setiap orang tak sama,begitu juga jodoh,rezeki dan ajal.. Jadi nad harap mereka akan faham.. Siapa yang tak nak kahwin kan.. Tapi... ! Ada la sesetengah kawan nad cakap yang nad nie dah terkena badi orang kahwin.. Hahhh??? (Sambil buat muka terkejut) Sebab nad mekap orang Tunang,nikah,sanding Jadi badi2 orang kahwin dapat kat nad.. Apa 'kebendenye' Kalau macam tu maknanya berpuluh ratus badi la ada dalam diri nad nie sepanjang nad kerja mekap orang selama 3 tahun nie.. 'Pulanggkannnnn'.. Ambil balik badi korang nie.. ngeh2... Boleh macam tu.. Lol
Tak kurang juga ada yang cakap nad nie 'memilih'.. 'high taste' .. Huhhh! apa pulak! takde makna nak high2 sangat.. haha.. Dan pasal memilih tu nad akui la.. Tapi! memang la kena memilih tak kan la nak hentam kahwin je dengan sape2... Kalau nad buat macam tu memang sah2 nad dah tak waras.. sape2 kena tolong nad time tu.. hehe.. Iyela kahwin nie bukan benda nak main-main... Kalau boleh nak kahwin sekali aje.. Dah tu kalau dah tersilap pilih camne cita tu.. Sekali dah melangkah tak mungkin dapat berpatah balik.. So fikir-fikirkan.. Pilih yang terbaik untuk Hidup anda.. Bak kata pepatah 'Biar lambat Asalkan Selamat'

Resepi Kasih
-Berdoa Kepada ALLAH
-Berusaha

Dan Insyallah cinta yang diredhai itu milik kita :) wink2

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

22 August 2012

Suka Suka Rayaaa

Assalammualaikumm semuaaaaa...

Yayyyy... setelah bebrapa hari sibuk berayaa sakannn.. hari nie raya ke 4 baru la nad ada kesempatan nak mengupdate..kihkih,. Kononn bz la sangat kan.. bukan buat apepon tapi disebabkan kampung nad tu ada masalah line.. maka kena tunggu balik penang laa nak update pon.. Raya tahun nie best sangat bersama keluarga dan rakan2 tersayang.. Cuti nad sebanyak 9 hari nie akan nad manfaat kan untuk berbisnes.. ape lagi.. mekap orang la.. tadi pon nad baru je balik dari mekap rakan sekolah nad yang akan bertunang hari ini.. so pasal mekap tu kita masuk entry lain la yek.. entry kali nie pasal raya raya dan raya.. dan nad nak kongsikan beberapa gambar kemeriahan raya nad dengan semuaaaaa :)
Nie la senyuman aidilfitri untuk semua.. selamat hari raya kepada semua rakan2 blogger...gambar2 raya nad nie untuk tatapan semua ya.. ngeh2
Sekarang nad nak kongsikan gambar nad dengan besfren nad yang cuteeee .. masa gambar nie nad gi beraya dekat rumah dia.. hehe..

Merah nyaaa makngahhh... haha... nad tengok ramai artis artis suka pakai lipstik merah sekarang nie so nad pun try la jugak.. 1st time pakai lisptik merah taw.. so ape pendapat u olll... sesuaiiii takkk... hehehe

Nie nad di samping fatin.. fatin nie adik cik azie.. dia pun gilaaaa snap jugak.. sama la dua beradik tu.. haha.. ok kali nie nak kongsikan gambar family nad pulak.. masa nie nad beraya dekat kampung halaman mama nad,.. kuala kedah nie jugak tempat kelahiran nad.. dekat rumahhh tula mama nad lahirkan nad.. hihi...

Yang pakai baju merah tu kak ida cousin nad.. disamping dia tu suaminya dan anak sulung kak ida... tepi kak ida lak mak longg.. tepi maklong tok nad la.. tepi tok nad tu nad.. haha.. tepi nad kak amy cousin nad dan hujung sekali my mummy..
Mama dengan Maklong.. dua beradik nie suka tangkap gambar jugak rupanya.. hihihihi.. haii mama !
Nad bersama cousin2 nad.. dah kawen daaa dorang..l. cepat sungguh masa berlaluu.. hihikkk
Nad dengan adikkk nad.. masa nie dia tengah stress sebab dia cakap gambar dia tak menjadi.. alolo... kesian adik nad time raya laa gambar tak nak menjadi pon.. nad pon ada hari jugak.. nasib hari raya tu menjadi je suma.. kalau tak.. takde la gambar raya nad.. sob sob.. haha..
Haaaa nie la 3 baradikk kesayangan nad buah hati ulam jantung semua adala.. 3 beradik nie anak kakak sulung nie.. mereka la sahaja anak saudara yang nad ada sebab abang2 dan adik nad belum berkahwin.. dalam family nad akak nad je yang dah kawen,.. anak sulung akak nad yang perempuan tu twins.. Hana dan Hani.. yang lelaki tu Aliff aiman.. Makcikk sayangggg korang sangat!
Anak anak saudara nad dan cousin2 nad.. kecik2 lagi cousin nad yang nie... nad je yang da besoo...
Nie la adikk kesayangannku... sayang ker.. ceh.. gaduh je 24 jam.. pantang dekat.. bila dah baik tu baikkk la sangat,, bila dah gaduhh tu sangat dahsyat okeh! sori atyy i post jugak gambar u.,ngeh2
mama nad dengan adik nad.. sama kan mukaa... muka nad je lain sebab ikut Arwah abah nad.. hikkk.. Al fatihah untuk Abah... :(
Akhir kata nad mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.. sape2 yang nak bagi duit raya dekat nad boleh la click iklan 'NUFFNANG' tu je.. hehe.. nad doakan semua raya2 anda enjoyyy dan hepi.. dan bagi yang dah nak bekerja tu selamat bekerja dan jangan jeles sebab nad cuti 9 hari.. hahaha.. (gelak syok) dan thnx reading.. Luv u all (ala2 artis)

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

18 August 2012

Salam Aidilfitri Dan Maaf :)

Assalammualaikum

Di kesempatan ini nad nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.. harap kalau ada nad terkasar bahasa sepanjang nad berblog nie dimaafkan.. harap jugak tak ada sesiapa yang terasa hati dengan nad sepanjang kenal nad... Nad juga maafkan semua yang ada bagi nad sedih2.. hihihi.. Nad takde kad raya macam orang lain.. yang ada kata2 dengan gambar tu.. Malas nak edit sebenarnya.. hihikkk.. Jadi nad post kan gambar nad ye.. Nad takde kad raya Tapi nad nak bagi senyuman raya dekat semua orang..
Selamat Hari Raya Ailditfitri Maaf Zahir Dan Batin Dari Saya Syarifah Nadia Syed Mohsin Al Jufry ..
Raya nie nad balik kola kedah.. hihi.. Dan pada semua yang dah booking Make up Nad selepas raya nie kita jumpa lepas raya nie yek.. Oklaaa nak sambung buat kerja apa yang patut sempena malam raya nie kang mama nad mengamukkk.. Larikkkkk :P

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

16 August 2012

IFTAR

Assalammmualaikum..

Dah lamaaa tak update blog.. dalam 3 hari kot.. (lama ker) hahaha.. okeh sebab2 nad tak sempat upload ialah kerana.. opis tempat keje nad kejam.. ade ke patut gi block tenet kt opis tu.. google pon kena block..(ok..tengah sedih) .. bukan nad update time kerja cuma time lunch nad suka tengok2 je.. now nak tengok pon tak leh dah.. Malam pulak tak sempat sebab 5 hari berturut2 nad berbuka puasa di luar.. Banyak dapat jemputan dari kawan2.. ngeh2 sambil tu bz shopping RAYA.. yay!
Hari sabtu nad berbuka puasa dengan bff nad.. Cik nanie dan Cik azie.. Hari ahad dengan mama and adik nad cik aty.. Hari isnin Majlis berbuka puasa dekat opis nad.. Hari ke 3 dan ke4 tak sempat nak snap pic.. hehe.. So nad nak kongsikan sikit gambar2 iftar nad,.(sikit ker) haha..
Okehh time nie nad ngn cik azie tengah window shopping dekat Quensbay (QB) makk aiiiii ramai betul orang hari sabtu tu.. yela hari minggu kan.. dalam Qb tu pon nak jumpa tempat dduk memang susah yelaa ramai kan.. dah tu tak kan nak duduk dalam kedai makan mana2.. kang tak pasal2 kena fitnah tak posa.. hehe.. lepass je nampak ada kerusi kosong dengan sepantas kilat nad and cik azie,cik nanie terus duduk.. Fuhh.. legaaa.. ambik buan sape suruh pakai heel nak window shopping,. kasut baru pulak.. sakit kaki tu sampai 3 hari baru baik.. sob sob...
So masa gedik gedik tengah rehat kan kaki.. tangan nie tergedik la pulak nak snap gambar dalam Qb.. hehe.. sori ek guna kamera biasa jek so gambar pon biasa je.. hehe.. nie pandangan dari sudut tingkat 2..
Ops.. sori.. nad memang suka semakkan entry dengan gambar2 nad yang tak berapa cute nie.. haha..konon comel.. wekkk (perasan sikit je)
Gambar nad ngn cik azie nie mmg banyak.. sebab kami nie dalam penat pon snap.. dalam penat pon senyumm.. padahal time nie tengah dahaga sangat rasa cam nak pitam je (over) hehe..sabo jelahhh..
Haaaa.. nie makanan kami masa berbuka puasa.. Gmbar 1st cik azie punya.. yang tengah nad punya n yang hujung cik nanie punya.. masa nie kami berbuka dekat Station 1.. hikkk.. tbe2 rasa lapar.. makanan kat sini boleh la tahan.. sedap jgk.. dengan harga yang berpatutan,,3 orang makan rm79 sahaja termasuk air la..

 Dan sebelum korang plan nak berbuka kt mana2.. reserved laa tempat dulu ek.. nanti orang berbuka pukul 7 lebih.. korang berbuka pukul 8 lebih.. nad pernah ada pengalaman da cmtuh.. so tahun nie nad make sure nad nak makan kat mana2 pon nad reserved dulu.. So sejarah tak kan berulang la kan..
Yang nie masa berbuka hari ahad.. Nad berbuka dekat rasamas Sunway carnival Mall dengan mama and aty adik nad.. masa nie tengah nak shopping baju raya dekat mama so singgah berbuka puasa sekali..
Again... haha... sorry tersemak gambar nad lagi.. motif gambar nie 'buat comei tapi tak comei'..

Nie adikkk nad,, masa nie dia tengah marah sebab nad snap pic dia,.tapi nad abaikan marah dia tu dan nak snap jugak.. so nak tak nak dia senyum jugak.. tah ikhlas ker tak.. lantak laaa janji nad dapat snap.. Ahaha :)


Nie la gambar hasil adikku snap.. nampak sangat tak ikhlas..maybe dia tengah lapar kot..heheh.. so kalau tadi gambar2 nad berbuka dengan kawan2 nad dan mama/adik nad.. kali nie nad nak share gambar nad dengan rakan2 sekerja nad dekat Majlis Berbuka Puasa Opis nad.. Opis ape tu.. Korang teka la sendiri kat mana nad kerja ek.. hehe.. sape leh teka dengan tepat nad bagi duit raya dalam sampul tapi kandungan duit dalam sampul tu adalah dirahsiakan,..,Ahaha...

Gambar kat atas nie.. Nad yang tengah2 di samping cik nanie yang baju kurung coklat .. Cik nanie nie customer services.. dan yang baju Purple nie Cik pija yang bekerja di Billing Dept :)

Tetiba rasa muka nad bulat pakai tudung bawal nie.. aduhhhhh! ker muka nad yang makin bulat nie.,. Oh no!so di bawah nie gambar2 rakan sekerja masa majlis tu.. semua nie datang dari pelbagai tempat.. ade yang sama opis dengan nad dan ada yang di station2 lain.. wah..

Duriannn pon ade taw,, manis dan sedap sangat.. tapi nad makan 1 ulas je sebab time nie bz nak snap2 pic orang lain.. terus rasa nyesall.. nakkkkkk!
Okeh.. gambar nie nad rasa kelakar kot.. tak kan la nak kupas durian tu muka sampai camtu.. hehe..sabooo ye cik nizam.. durian tak lari...
Motif gambar nie di upload.. sebab nak korang fokus kt bos nad yang baju hijau tu.. hahaha...tak kan makan durian banyak sngat sampai mengantuk kot.. cover2 la nak menguap pon... :P nasib dia tak tahu blog nad
nie.. hahaha... kalau tak 'habisssla nad' ..
 Gambar atas nie.. Bos2 nad.. Bos! naikkan gaji saya Please .. please.. please.. macam la dia tengok..hihi
okeh time nie mmg gedik,,konon2 comel ker buat muka cam nie.. memang takleh blah.. ops.. terkutuk diri sendiri ..hehe


okeh.. da habis.. thanks sudi singgah sudi tengok.. n kalau sudi komen :) Ramadhan kali nie sangat laa bermakna bagi nad.. sebab puasa kali nie nad dapat ramai kawan2 baru.. puasa kali nie nad ade 'belog'.. Dan puasa nie mengeratkan hubungan sesebuah kelurga tu.. yela.. time berbuka laa semua ahli keluarga dapat makan sekali ramai2 kan.. kalau hari biasa nad rasa semua akan makan masing2 dengan lain2 waktu.. Semoga nad akan bertemu lagi bulan Ramadhan tahun hadapan.. harap semua pon camtu jugak :)


-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

12 August 2012

Bersabarlah

Assalammualaikum dan Salam ramadan..

Sekarang nad nak ceritakan kisah seorang wanita nie..tiba2 otak nie mengelamun teringat kisah hidup seorang rakan nad yang doanya telah dimakbulkan Allah setelah 6 tahun menanti..satu hari tu Sedang nad bekerja tiba2 nad dikejutkan dengan 1 berita gembira,berita di mana salah seorang rakan baik nad telah disahkan mengandung..Hampir menitis air mata nie mendengar berita yang terlalu gembira nie... mungkin bagi orang lain ini berita yang sering kita dengar.. tapi berbeza bagi rakan nad yang seorang nie.. dia tabah menanti,sentiasa tabah walaupun dicerca dihina dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling beliau (orang kampung dia) termasuk keluarga mertua dan ahli keluarga dekat yang lain.. yes,,Kak mal (bukan nama sebenar) dah berkahwin selama 6 tahun.. dan enam tahun dia bersabar menanti 'rezeki' dari Allah.. setiap hari dia berharap agar dirinya disahkan mengandung..tapi malangnya diri nya sentiasa hampa.. Jadi dia terus Bersabar..
Bersabarlah itu kata kata yang sering nad ucapkan untuk nya dalam diam nad turut berdoa agar dia akan mengandung.. Dah bermacam cara yang dicuba olehnya dan pasangannya sehingga suami kak mal sendiri give up dan malas untuk mencuba.. Doktor mengesahkan yang kedua dua nya normal dan tidak mempunyai masalah lain tapi,dirinya masih belum dikurniakan rezeki.. ya.. mungkin belum ada rezeki.. Tapi apa yang dikesalkan oleh nad bila ada sesetengah pihak yang begitu mudah menghukum.. Terus menggelar 'perempuan mandul' percayalah tak ada wanita yang mahu menjadi Seorang perempuan mandul.. dan adilkah mereka terus dihina seperti itu.. Dan seperti biasa nad akan terus beri kata kata 'semangat' Bersabarlah...
Kadang2 nad sendiri takut.. takut jika nad berkahwin nad akan hadapi nasib yang sama seperti kak mal.. adakah nad mampu untuk harungi seperti mana kak mal harungi..?tak semua perempuan akan setabah ini..
Hikmah daripada sabar.. dirinya telah di sahkan mengandung.. kak mal dan suami sendiri sangat terkejut dan tak pernah sangka yang kak mal dah mengandung selama 3 bulan.. Nad sendiri tak sedar akan perubahan perut kak mal.. Syukur alhamdulilah.. Dan sehingga sekarang kak mal hanya menanti detik2 untuk melahirkan anakknya.. Ya Allah kau selamatkan lah Kak mal dan anaknya.. yes.. sekarang nad percaya Allah tak kan sia2 kan hambanya yang sentiasa bersabar.. Kepada wanita lain yang hadapi masalah yang sama.. Bersabarlah.. :)
 Allah tak akan hampakan hambanya yang sentiasa bersabar.. Bersabarlah dan anda akan mendapat hikmah daripada sabar anda..

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-