Tabung

16 April 2013

Utara je ok

Assalammualaikum
Lama bebeno tak hupdate.. kiki.. bukan ape.. takde story best yang nak dikongsikan.. kiki.. mgu depan dan minggu seterusnya akan banyak ye gambar mekap untuk tatapan korang tersayang.. cewah.. Minggu nie nad akan mekap ke selama perak.. hihi.. Customer nie kira customer tetap nad lah.. dulu nad mekap adik dia nikah lepas tu sanding.. Lepas tu beberapa bulan lepas nad mekap akak dia pulak tunang.. dan 20hb nie nad akan mekap dia sanding.. jauh uols i nak gerak.. Selama perak tu.. hihi.. dari tak pernah gi kawasan tu.. tapi sekarang nie dah familiar.. pejam mata jek.. cewahhhh berlagak.. padahal... kuikui.. So bermula dari minggu nie sampai la bulan 6.. sampai habis cuti sekolah nad akan bz setiap minggu.. dan bermula lah aktiviti wajib bila sampainya cuti sekolah nad akan Mc dan A/L setiap hari jumaat dan sabtu .. kahkah.. sabo jelah bos nad nanti.. Tapi tak faham kenapa perlu keje half day setiap hari sabtu.. rugi gila cuti sabtu.. dahla balik kui 1 je.. tapi demi minat mendalam terhadap mekap maka kerugian keje di opis ditolak ke tepi.. kekadang nak je cakap.. Full time mekap orang tawen.. Part time keje opis.. hahaha... boleh gitu..Jadi bermula minggu nie nad akan bekerja setiap hari dari hari isnin sampai ahad.. sobsob... Kepada yang masih wasap nad tanya pasal mekap bulan 5 dan 6 dimaklumkan yang dah full... dah berbelas orang tanya date yang sama di kedua2 bulan itew.. Apakan daya diri ini hanya ada 1.. hihi.. jadi yang mana bayar deposit dulu.. dia lah yang terpilih.. cewah.. Sampai bulan 12 orang dah nak book nad mekap.. buat masa nie nad dah ambil banyak book untuk bulan 11.. untuk bulan 12 tak berani nak ambil lagi.. Bulan 6 baru booking bulan 12 akan dibuka ok.. hihi... bajet hot sangat kannn... kuikui


                                -Senjak2 ada Instagram kan... poyo bebeno diri ini.. kui2-
Lepas tuh sangat la ramai yang inbox nad di page nad di fb atau wasap nad tanya harga nak mekap di Kl,johor,pahang,kelantan,seremban dan sebagainya.. Pffff.. dimaklumkan lagi sekali bahawasa nya nad mekap hanya di sekitar utara ja noh.. dari penang ke perak.. dari perak ke perlis.. cewah.. perlis/perak/kedah tu nad akan ambil hanya kalau hari tu nad kosong dan takde mekap area lain.. selalu kalau yang jauh nad tak akan ambil mekap lain.. sehari tu fokus dekat yang satu je.. tak sanggup rasanya diri ini nak berkejar ke sana sini.. bayangkan lah.. kang ada mekap dekat perlis satu.. dekat penang nie satu.. korang rasa sempat ke nak drive kesana sini.. dari nyusahkan banyak pihak jadi kalau yang jauh hanya 1 mekap sehari.. tapi area penang dan sewaktu dengan nya diutamakan kecuali ada booking special.. cewah.. kelas ko cik nad.. hihi.. Jadi nad mintak maaf ye untuk yang bukan dari utara.. nad yakin ramai lagi jurusolek wanita di sana.. =)


Motip gambar di atas adalah tiada.. kuikui.. senjak ada ig nie rasa macam gambar dah tak exclusive la uols.. kahkah.. over gila.. Ok sambung.. selain tu nad nak uols semua tahu yang nad tak buat baju pengantin tak buat pelamin tak buat sewa aksesori ok.. sebab ramai la pulok yang dok inbox tanya pakej pelamin.. harga baju pengantin.. harga aksesori.. omaigoshhh...  nad rasa nad dah siap bagi link untuk entry baju pengantin tu.. butik pengantin tu tempat nad pernah bekerja satu ketika dulu.. cewah.. nad promot sesuatu yang nad rasa bagus.. bagi nad baju di Jalinan Kasih memang cun2.. jadi nad dengan suka hati nya promot secara free takde upah ke ape ok. Nanti kalau nad dah ada butik pengantin sediri korang boleh la inbox ya.. Buat masa nie hanya 'Mekap' semata2.. hihi.. jadi baju ke aksesori ke korang carik la sendiri.. nad cume boleh tolong suggest dan bagi pendapat.. Contoh macam customer nad bulan lepas yang dah sewa baju tapi tak dapat tudung dia mintak pandangan nad dengan wajah dia sesuai yang macam mana.. So nad pon suggest la ikut apa yang nad tahu dan rasa sesuai dengan wajah dia.. heee.. Tapi nad mintak maaf ye kalau nad lambat balas msg or wasap korang sebab nad bz sikit sekarang nie.. yelah siang keje opis.. malam je ada masa nak rehat.. kekadang tak sempat nak balas sebab malam tu nad keluar gi beli barang ker.. Jadi nad nasihatkan korang msg dulu dekat inbox page nad sebab mama nad sebagai admin page tu dan P.A nad akan balaskan msg korang.. nak terus wasap pon boleh tapi cepat dengan lambat je.. mintak maaf la kalau lambat yek.. Nad sebenarnya masih tak sangka dan terharu sebab ramai yang nak gunakan khidmat dari nad.. ada customer tu selagi nad tak reply dia wasap nad.. time tu nad bz kan tak tgk hp pon.. so rasa bersalah ada la jugak.. hoho.. Terima kasih sebab sudi support nad.. Muahhh korang.. bagi yang dah booking.. kita jumpa nanti yeh.. bagi yang still tak booking takpe take your time.. hihi.. oklah nak rehat kejap.. penat hari nie.. sobsob

-Stress tak muka ai-


3 April 2013

Jodoh ♥

Assalammualaikum

Wah tajuk entry kemain.. kelas ko jemah. . Kuikui.. Baiklah kali nie nad nak bercakap pasal jodoh.. aww.. jodoh la sangat kan.. hihi.. sebenarnya tak pasti nak letak tajuk apa untuk entry kali nie sebab entry kali nie mengenai seseorang yang special untuk diri ini.. cewah.. tak nak la cakap lebih2 kan selagi takde ikatan yang sah.. so korang anggap nie macam salam perkenalan ataupun kata2 pendahuluan.. kikiki..  nad dengan dia dah beberapa bulan dalam proses mengenali hati budi.. Memula plan nak diamkan je hubungan nie sampai tiba masa yang sesuai.. Tapi nad telah dipaksa oleh beliau untuk menghebahkan berita ini di alam maya.. hihi.. mintak2 dia tak baca post nie..Kami dah lama kenal dalam setahun lebih macam tu.. dan percaya tak hubungan kami bermula di facebook.. Dia yang mula2 add nad lepas tu sambung chat di fb nad.. nad nie jenis malas nak layan chat sangat.. banyak sangat tau chat laki tak dikenali so I kan suka bajet retis and malas nk layan.. Dahla fesbuk tak letak gambar real kang buat nye pokcik mana2 naya cek..hihi..  Ada satu hari tu tetiba dia chat dalam bahasa arab.. pehh.. ok langsung tak paham.. lepas tu nad mintak dia ajar kan nad sebab nad teringin sangat nak cakap Arab okeh.. tak sedar diri kan.. hihi..  lepas kenal dalam beberapa bulan camtu kami tuka2 no fon.. nad kan bagi no tak habis.. no belakang sekali nad suruh carik sendiri.. dengan kata2 semangat seperti nak seribu daya... kikiki.. over tak ai.. Akhirnya dia berjaya jumpa la kot kan.. pastu kami selalu msg and cakap call camtu la.. tetiba je nad tak pasti sebab apa.. nad lost contact dengan dia.. Nad nie jenis ada mood.. tetiba jadi malas nk msg or cakap call dengan sape pon time tu

 Ehem.. jangan tengok lelama eh.. nie gambar 1st date kami.. cewahh.. 1st date lagi dah tak malu nak snap gambar uols.. kelas tak ai.. hihi.. tetiba.. nad la yang mula2 bawak kuar kamera lepastu buat2 nak tengok gambar dalam tu.. motip sangat kan.. lepas tu nad cakap

Nad : Senyum2.. nak snap pic.. (sambil ajak2 ayam)
Dia  : Ok.. Terus senyum siap dengan gaya (over)
Nad : Eh tangkap gambar nad pulak.. nak jugak ok... siap dengan gaya buat peace
Dia  : Nak jugak la buat peace.. snap sini pulak.. 
Nad : Erkk    >.<


Bulan 11 tahun lepas nad tetiba boleh contact dengan dia balik. .semuanya sebab mama... mama nad boleh fren dengan dia dekat fesbuk.. lepas tu mama selalu sampaikan salam dia dekat nad. . Mama cakap mama berkenan dekat dia.. lepas tu kami mula contact balik.. dan mula plan untuk hubungan yang lebih serius.. erkk.. Lawakkkk. .. hihi.. #gelak2 Gedikkkkkk.

Alhamdulilah buat masa nie kami ok.. gado2 manja biasalah kan.. dia sangat sensitif.. and suka jeles.. jangan lah berani nak komen lebih2 dengan laki lain.. kang sentap pulak dia ok.. tak larat nak pujuk.. hihi.. Apapun nad hepi dengan dia.. kekadang nad selalu cakap haish asyik majuk je tak sesuai dengan umur ok.. lepas tu dia gelak lah.. dia cakap nad yang ajar dia bagi majok nie.. kui3.. Dia tua nad adelah dalam beberapa tahun camtu... Korang tolong doakan hubungan nie bertahan ye.. .Kalau panjang jodoh kami nanti adelah apa2 nad update.. kalau nad diam je korang pon diam2 je ok.. kuikui.. oklah nak sambung wasap dengan dia.. jangan berani nak balas lambat kang sentap pakcik tu.. hihi..
Biodata ^^
Nama : Syed Muzzammil
Kerja  : Cikgu
Umo   : Dia request suruh rahsiakan
Hobi   : Merajuk/Sentap (sama hobi dengan nad)
Tagline: Ok bai

Nak jugak semakkan gambar nad di sini uolss.. kiki... =)