Tabung

27 August 2012

Make Up di Hari Raya

Ehem -ehem .. Eh.. Lupa bagi salam pulak ye.. Assalammualaikum semua! (Sambil suara2 ceria) Okeh sepanjang cuti raya nad nie terisi jugak dengan mekap2 dari customer2 nad... Minggu nie nad ada mekap 3 orang je.. Mekap tunang dan juga mekap nikah untuk dua orang.. So nad nak ceritakan sikit pengalaman mekap nad yek!

Customer 1

customer yang pertama nie di kulim.. customer nie mekap malam sebab nak nikah lepas isyak.. lepas maghrib camtuh nad pon gerak la ke rumah bakal pengantin tersebut.. Alhamdulilah sempat jugak sampai ke rumah pengantin nie.. Sampai je kerumah pengantin tu dengan selambe nya dia tak kenal nad.. yela booking bukan dari nad terus.. Mujurlaa dia ternampak box mekap nad yang besaq gedabak tu,,Ngeh2.. Then terus la ku dijemput masuk kebilik pengantin yang berbau bunga melur tu.. Maka sesi2 mekap pon bermula.. dimulakan dengan bismillah.. Tengah-tengah syok mekap tetiba anak saudara pengantin tu yang berusia 3 tahun menangis terguling-guling.. Nak ibu saudaranya tu buat susu.. lol.. pulak dah.. haish tertangguh pulak dah.. bangun la customer nad nie gi buat air susu kat dak comel tu,.=.= ..kemudian diteruskan lagi mekap.. tetiba customer nie baru sedar dia tak pakai lagi contact lens.. Erk... adoiii.. nad pon benarkan customer nie bangun lagi.. Okeh sambung lagi mekap.. tetiba.. dak comel 3 tahun nie menangis lagi.. Pulak dah.. siapa pun takleh pujuk dak nie kecuali si bakal pengantin nie.. Alahai... mekap yang patutnya sejam nie dah jadi dua jam.. Bangun la si customer nie lagi tolong tidurkan dak comel nie kat katil pengantin.. Akhirnya tidur pon dak comel nie.lepas dah settle sume nad terus balik.. dah lewat kot.. kang mama nad ngamuk hah..ngeh2.. dan alhamdulilah nad sampai dengan selamatnya dirumah walau pon jam hampir ke 12 malam..


Customer 2

Mekap kali nie pagi.. bangun laa nad awal pagi demi nak cari rezeki yang halal.. ewah.. hihi.. customer yang  nak mekap nie rakan sekolah nad.. tak la rapat sangat dulu tapi kenal dan bertegur sapa la.. kawan nad yang nie nak bertunang.. rumah kawan nad nie dekat seberang jaya so tak la jauh dari umah nad.. dalam 15 min je kalau drive pagi-pagi.. sampai je kerumah rakan nad yang nie terus nad di sambut dengan baik oleh ahli keluarga rakan nad nie dan di iring masuk ke bilik rakan nad nie.. sepanjang sesi mekap takde masalah sangat sampai la sesi memakai tudung.. oleh kerana rakan nad nie simple orangnya maka dia hanya memakai selendang biasa.. Lepas tu terus otak cerdik nad nie suruh rakan nad nie beli la aksesori apa-apa pakai kat kepala tu. tak kan nak biar kosong dan nampak cam biasa sangat..So pergi la kawan-kawan baik rakan nad nie ke tesco.. nad pulak gi makan sementara tu.. Nyum2.. Lepas dah settle sume.. payment pon dah ambil so nad pun berjalan la balik ke kereta nad tu.. tengah 'ontheway' tu tiba2 nad telah diserang oleh 4 orang lelaki !!! aiyakkkk!!!! yes.. nad diserang oleh 4 orang budak lelaki berumur 3-10 tahun.. mintak dekat nad duit raya.. time tu ada duit rm50 je sume takde langsung duit seringgit ke,lima ringgit ker.. tak kan nak bagi rm50 kot!! tunggu nad jutawan dulu boleh la.. nad pun cakap la.. adik-adik kak takde duit pecah dan terus jalan cepat-cepat masuk kereta nad.. Lepas tu tanpa diduga dak2 nakal tu baling pasir dekat kereta nad.. omg!!! dahlaa aku malas nak g cuci (Cakap dalam hati) nad pon cepat-cepat la nak blah tapi dak 'noty' tu masih teruskan niat nakal dorang.. hish! anak sape la neh..nad pon balik rumah dengan selamatnyaa... Amin..


Customer 3

Okeh.. untuk mekap yang terakhir nie dekat kampung permatang elong kepala batas.. sebenarnya nad pun tak tahu sangat jalan.. nak ajak adik teman dia kerja pulak.. nak ajak kawan sume kawan-kawan nad dah kahwin.. yang tak kahwin lagi pulak kerja,. aduh.. so nad redah je..dan berdoa agar senang la nad jumpa rumah customer nad yang nie.. tahun lepas nad pernah datang dah kerumah customer nie.. time tu mekap dia tunang.. kali nie dia gunakan lagi khidmat nad kali kedua untuk mekap nikah (terharu okeh) ok..berbalik kepada cerita nad pon teruskan la misi mencari rumah pengantin nie sambil dalam hati mengutuk diri sendiri sebab tak ingat jalan walaupun pernah datang.. kalau nad tahu dia nak guna khidmat mekap nad lagi dah confirm2 nad akan cuba ingat jalan rumah dia hah.... Hp nie sentiasa di sisi.. nad ter agak-agak jalan juga sebenarnya tapi nad teruskan jugakkk.. dan tetiba ternampak signboard 'Permatang Elong' yayy!! yahooo.. jumpa pon.. Alhamdulilah.. sampai jugak.. senang jugak rupanya.. Tetapi kekadang memalukan je.. nama je duduk butterworth tapi kampung-kampung dalam nie tak hafal jugak jalannya.. sabo jela.,. Sepanjang mekap takde apa sangat.. semuanya berjalan lancar dan selamat.. lepas ambil payment terus nad balik rumah.. alhamdulilah rezeki untuk hari nie.. Almaklumlaa gaji semua dah abis.. nasib laa ada bisnes sendiri..hikkkk


So sekian aje pengalaman mekap untuk Sepanjang Minggu di Hari Raya neh.. Mekap nad seterusnya lepas nie dekat selama perak.. Jauh tu... dulu nad gi mekap dia nikah.. kali nie mekap untuk majlis bersanding.. dan seperti biasa nad terlupa lagi jalan nak gi rumah pengantin nie.. Uwaaa... Jenuh pulak nak cari.. sape-sape yang cakap kerja menjadi cik andam nie senang tu sebenarnya anda silap! kerja nie pun agak mencabar jugak .. sebab nak kena berjalan dari rumah ke rumah pengantin yang kita tidak kenal,tak tahu jalan,dan lain-lain.. yang paling penting kena la peramah dan cepat nak sesuaikan diri dengan keadaan dan suasana.. jugak! jangan la duduk bilik pengantin sorang-sorang ye.. sebab dalam bilik pengantin banyak benda berharga jadi sebagai langkah berjaga-jaga nad selalu tak kan benarkan diri nad ditinggalkan seorang diri..yela sebagai orang asing dalam sebuah keluarga asing memang wajar kita mengambil langkah untuk berada bersama orang ramai.... dan alhamdulilah buat masa nie takde lagi la berlaku perkara yang tak diingini..

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

12 comments:

  1. totally different kan lepas dimekap.. cantik la nad mekap mereka2 tu :) suka la tengok, nk mintak tolong mekapkan, entah bila la masa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby.. hihi.. kena laa lain ckit dari yg biasa so baru la nampak seri pengantin tu kan.. alaa.. takpe.. nanti nak tawen2 ker..tunang ke.. pnggil je nad,, tu pon kalau dduk dkt la ekk.. hihi

      Delete
  2. cantik...makeup kn kte kawen nnti erk :-p

    ReplyDelete
  3. pandainy make up. selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg keje mekap owg kawen so kne la pndai ckit2.. hehe.. slmt hari raya jgk..

      Delete
  4. wah.. mohon makeupkan saya..hehehe

    ReplyDelete
  5. boleh tutup ek jengjerawat tuhhhh.. semoga cik nad leh jadi make up retis lak..!Hehe... dah la cun kans!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay.. doakan nad yek.. pastu nad berjaya bukak butik sendiri.. hehe

      Delete
  6. customer 1st tu mmber skolah -.-"

    ReplyDelete