Baiklaah hari nie nad nak bercerita tentang Impian atau Angan2.. Nad yakin tiap sorang dari kte mesti ade Impian dan Angan2 masing2 kan.. Bila sesuatu yang kita impikan tu menjadi kenyataan bermakna kte berjaya merealisasikan impian dalam diri kita sendiri.. Tetapi ! bila kita gagal mendapat apa yang kte impikan so bg nad sendiri kte x perlu la bersedih dan anggap itu sebagai angan2 yang wujud di dalam diri kita sebagai seorang manusia di muka bumi ini.. Nad juga sering kali gagal dalam apa yang nad impikan tapi nad x pernah berputus asa sebab nad bukan jenis orang yang akan mngaku kalah.. Selagi bernyawa maka nad akan terus jadikan Angan2 tu menjadi SATU Impian yang akan menjadi Kenyataan kelak.. x salah nak angan2 kan asalkan angan2 tu tentang sesuatu yang akan memberi kebaikan kpd diri kte.. Jangan pulak Angan2 Pak Jenin ye.. hehe.. Angan2 tanpa Berusaha.. tiap benda x akan jatuh bergolek depan mata.. Berusaha Diselangi dengan Doa.. Jadi jum senaraikan Angan2 kita dan Berusaha untuk menjadikan Kenyataan..Nampaknya tahun 2013 akan tiba tak lama lagi.. umur pon bertambah setahun dan masih banyak sngat impian nad yang tak jadi kenyataan lagi pon ! so sad ! tapi tak ape.. Selagi diberi peluang untuk hidup jadi nad akan terus dan terus jadikann kenyataan.. Amin
Baiklah.. Impian pertama nad adalah.. jeng jeng jeng.. hahaha.. of course la nak buka sebuah butik pengantin yang akan menggunakan sepenuhnya duit hasil titik peluh nad bekerja tanpa mengharapkan bantuan orang lain.. Butik pengantin nad tu akan diberikan nama 'Bagaikan Ratu' dengan tagline 'Segalanya di Sini'.. itu pon kalau masih kosong la.. kalau dah ade orang guna nama nie so secepat mungkin nad akan terus ikhtiarkan nama lain.. hehe... dalam butik nad tu nanti akan disertakan sekali dengan Spa dan rawatan kecantikan yang lain yang akan diuruskan oleh adik nad sendiri.. kira macam bisnes partner la ye.. hihihihi
Angan2 dan Impian kedua nad adalah... nie kalau nad jutawan la.. hehe.. Nad nak buka sebuah rumah untuk Anak2 yatim.. Rumah anak anak yatim nie akan diberi nama 'Rumah Anak Anak Yatim Ceria' .. wow ! kenapa mesti ceria? mesti tertanya2 kan kan kan.. hm.. ini kerana nad nak semua penghuni dalam rumah nie akan sentiasa ceria,gembira dan selesa.. Ceria macam nad! hihi oleh kerana nad pun salah seorang anak yatim kat dunia nie jadi nad faham apa perasaan menjadi seorang anak yatim.. So.. Nad akan berusaha untuk Jadikan angan2 yang satu nie kenyataan walaupun nad dah jadi nenek time tu.. haha,tapi rumah anak2 yatim ceria nanti tak lah seram macam gambar di bawah ye.. gambar nie hanya rekaan semata2 okeh !
Dan angan2 nad yang seterusnya semestinya untuk menjejakkan kaki ke rumah allah.. mungkin bermula dengan Umrah dan seterusnya haji... dan yang paling penting nad akan ditemani bunda tersayang puan Shima.. Mama,nanti kita g berdua oke ! hehe.. nad sentiasa berdoa yang angan2 yang satu nie pon akan jadi kenyataan.. nad selalu angan2 apa agaknya perasaan nad bila nad berada di sana,,kadang2 rasa takut jugak..takut tak diterima di sana.. :) apapunn nad berdoa yang nad akan kesana juga nanti bersama mama nad ! jum tolong doakan nad sekali ek..
hmmm... ada lagi ek angan2 nad.. bukan yang tu je.. hahaha.. Selain angan2 kat atas nie.. nad juga impikan untuk menaiki kereta Bmw 6 series.. woww.. kau ade?? kalau ade nak tumpang bole? plssss.. tumpang ambil gambar nak buat semangat je.. bukan tumpang naik ye.. kang tak pasal2 nad dibawa lari.. cewahh.. Bajet hot bole.. kihkihkih.. Lepas je dapat beli kereta nie nad nak bawak anak2 sedara nad ronda2... lepas tu sambil bergayanya nad akan melangkah keluar kereta.. ahahaha.. boleh macam tu? entah2 time dapat pakai kereta nie umur nad dah 70 tahun.. ohhh tidak !! (sambil geleng2 kepala tak nak terima)
ohhh kereta ku sayang... walau tak dapat real2.. moga kita berjumpa di dalam mimpi.. hihihi
Yang terakhir angan2 nad adalah..(malu pulak) hehehe..n tengah senyum real2 ok.. haha.. ok2 serius.. yang terakhir buat masa nie.. angan2 nad adalah agar nad akan bertemu dengan jejaka idaman nad.. cewahhhh... ayat tu... muahahaha.. nad berharap akan jumpa my Prince charming.. Wah2.. kelasss koo nad.. Lelaki yang bila nad pandang je terus jatuh cinta.. ade lagi ker cinta macam nie zaman sekarang? entah.. yang penting lelaki yang bila nad pandang nad akan cakap 'wow' .. tak padan dengan nad pulak ek.. tapi ape salahnya angan angan kan kan kan.. saje nak syok2 sendiri.. hihihi... Selain tu Lelaki tu pulak seorang yang budiman,beriman dan tak kedekut ! pantang cek laki kedekut2 nie,mau hawaq balik kola kedah.. Lelaki yang juga mampu nak sara nad dan keluarga nad.. ala macam dalam cite novel2 tu.. lelaki yang kacak,kaya,alim,romantik.. Wah,,wujud ker lelaki macam nie? oleh kerana tak wujud maka akan terus kekal sebagai angan2 untuk suka2.. hihihihi
Mungkin lelaki Alim plus kacak macam Aaron Aziz nie lelaki yang nad selalu angankan.. hehe.. ade x laki cmnie? kalau ade cepat2 isi borang.. Eh,kalau ada nad yang nak isi borang.. hahahaha
ataupun kacak dan bergaya ala2 lelaki koporat yang macam nie.. wah.. untungla kalau dapat yang macam nie kan.. sape2 yang dah dapat camnie jutaan tahniah untuk anda kerana menjadi insan bertuah tu.. sob sob sob.. Mood : sedih + jeles
Wahhhh.. hensem ! kalau dapat yang macam nie confirm hari2 senyum.. hahahaha.. tapi kena la seiring dengan perangai yang budiman,,kalau muka je hensem tapi perangai tah2 apa,buat orang sakit hati ja.. bole blah na,, bagitau siap2 dah nie.. rupa yang elok 'haruslah' perangai pon elokk.. tak gitu?
Ataupun yang gagah perkasa seperti Bruce Wayne(betui ka nama dia) hentam ja.. (masih dalam pengaruh cite batman 'The Dark Knight Rises') Walaupun dah berusia nad harus akui yang lelaki nie sangat2 laaa kacakkkk... bukan pak cik rambut uban tu taw.. tapi nad bagitau tentang abang bruce wayne.. wakakaka.. Apapon semua angan2 nie selalu buat nad tersenyum dan gembira.. sekurang2 nya tak adela nad nak pikir benda sedih2 yang mengarut2 kan kan kan.. Semoga semua Impian Nad jadi Kenyataan begitu juga dengan anda.. Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa dan bagi yang x posa... ee... tak maluu.. jangan makan depan orang lain ok.. hormat insan lain yang sedang berpuasa ye.. okla.. dah tiba masa nad nak guling2 bersama bear tersayang.. Muah Muah Muahhh.. (Bajet Artis kejap) hahaha
-Syarifah Nadia Syed Mohsin-
Wowwwwwwwwww... angan-angan Nad setinggi langit..hehehe..tapi tak pe Nad..org kata biar kita target tinggi2, so klau tak dpt dok atas langit pun, jatuh sikit, tersangkut kat awan pun jadi la, kan kan? hehehe...
ReplyDeletehahaha.. betul2.. kalau tak dpt langit nad angan2 la setinggii pelangi pulak.. haha
ReplyDeletetak salah berangan mana tahu jadi kejayaan... wish u luck dear... hehehe...
ReplyDeletepsstt... jen2 suka berangan jugak... hehehee
jen2.. best kan angan2 kan.. nad pon suka.. b4 tdo slalu angan2 sampai terlena.. hehe.. thnx jen2
Deleteuntonggg laa...huhu
ReplyDeleteape yg untung tu.. hehe
Delete