Tabung

29 October 2012

Pelamin Kahwin 2013

Assalammualaikum semua yang sudi nak tengok blog nad nie.. ngeh2.. Kalau hari tu nad hupdate pasal Baju Kahwin 2013 dan sambutan pasal kahwin nie amat menggalakkan sebab view dah hampir seribu orang dan menjadi popular post no 1 kat blog nad nie..Jadi kali nie nad nak cerita pasal Pelamin Kahwin 2013 dan nad harap pelamin yang nad berikan contoh nie akan dapat memberi inspirasi kepada semua bakal pengantin yang akan berkahwin tak lami lagi.. cewah... apapun credit gambar kepada Butik Jalinan Kasih untuk pelamin-pelamin yang gojesssss nie!                                             
Pelamin kaler purple nie boleh dikatakan rekaan yang terbaru dengan Bunga-bunga besar dekat background pelamin tu.. sesuai untuk majlis persandingan korang dan kalau pelamin macam nie sesuai sangat kalau korang pakai baju warna Putih,Krim,Grey bak kata orangg Meletoppp uolssss.. Nad sukaaaa sangat pelamin nie.. nakkk tawennn ! bayangkan diri korang pakai baju kahwin duduk bersanding kat pelamin yang meletop nie.. wahhhh... best !
 
Baiklahhh pelamin yang kedua nie gabungan warna Krim dan Biru .. seperti biasa bunga besar tu still digunakan sebagai trend terkini.. So bagi korang yang sukakan pelamin yang simple tanpa kotak pelamin banyak-banyak nad cadangkan korang guna pelamin yang cam gini.. Simple tapi Menarik..
 
Nie pulak gambar pelamin nie dari sisi depan.. Kalau sekali pandang pelamin nie ada bentuk 'Love' kannn..
Yang nie pulak pelamin dewan.. Kotak tiga serangkai nie masih boleh digunakan untuk tahun 2013 jika design dalaman kena dengan gaya dan tempat
Bagi korang yang sukakan warna yang malap dan simple nad cadangkan korang pelamin jenis nie.. cantik dan sesuai untuk pelamin di rumah.. takperlukan banyak barang dan tak semak..
Pelamin Dewan yang nie menggunakan warna putih sebagai warna utama dan tetap menggunakan bunga-bunga besar tu sebagai aksesori utama yang menjadi tumpuan tetamu nanti..bagi nad pelamin yang tak banyak aksesori tapi banyak bunga pun dah cukup cantikk
Pelamin putih dan menggunakn bunga berwarna biru untuk gabungan... gabungan warna yang sesuai dan ramai yang suka gunakan warna2 light dan simple camnie..
Kalau tadi dorang guna warna biru putih.. warna merah putih pon tak kurang cantikknyaa..Bunga putih tadi kali nie fokus dekat sudut hujung dan lebih banyak ke arah sudut..
Lagi gambar pelamin nie dalam fokus dekat.. nampak mewahhhh dan ada style... cewahhh
Kalau kebanyakan gambar di atas sesuai untuk dewan/rumah gambar pelamin kali nie untuk Pelamin dalam Khemah.. tak semestinya dalam khemah tak boleh nak ada pelamin yang cantik kan.. so bagi yang ada niat nak pelamin dalam khemah ini contoh yang terbaikkk..

Pengantin berseri-seri di hari sanding,merenjis-renjis budaya tradisi,pelamin cantikk di hari kenduri,kenangan abadi di lain hari... *pantun nie nad reka sendiri harap maklum* seriuss pelamin nie cantikk sangat kan.. dengan aksesori roda tu.. pelamin nie tak ubah macam kereta kuda yang telah diubah suai menjadi pelaminn.. nice job jalinan kasih !
Dari jarak dekat.. korang nampak kan roda tu.. so bagi yang berangan nak kahwin anak raja ke hape pelamin nie sesuai sangat ! nad pon ada angan-angan macam tu so sesuai la kan..hikhikhik
Mini pelamin nie sesuai untukk bertunang atau nikah... cantikkkk kannn... nak jugakkk... ish nad nie sume nak nak kann...simple,sweet,suci dan cantikkk..tu je nad nak cakap.. kihkihkih
Kalau tadi kotak satu yang penuh bunga dekat background dia..kali nie Bunga merambu ramba di atas kepala korang.. sangat comel kan.. Untuk hari bersejarah nanti nad rasa tak salah habiskan sedikit duit untuk mini pelamin cantik camnie..
Lagi dari arah tepi... dari semua arah pon tetap cantikkk la.. untuk tunang pon apa salahnya kan.. bayangkn korang duduk atas kerusi tu sambil bakal mak mertua korang sarungkan cincin.. hehe
Kalau kebanyakan gambar menggunakan kerusi satu.. tapi ada juga sesetengah orang yang sukakan kerusi dua.. kerusi dua tu macam gambar di atas nie la.. kerusi yang berasingan.. bak kataa orang tua.. tradisional tu masih dikekalkan..
Gabungan tiga warna... warna lembut grey dan purple digabungkan dengan Merah terang.. dan bunga krim.. pelamin nie sangat simple dan hanya menggunakan empat bunga Bulat sebagai penghias di pelamin.. Pelamin ala-ala arab.. so bagi yang ade plan nak ala arab nad syorkan pelamin nie jek!
Dan bagi yang sukakn kelainan.. tak minat yang simple.. sukaaa bunga bertaburan,scarlet yang berbelit2 kat pelamin korang so korang maybe akan sukakan pelamin yang nie.. hehe,, maybe jela.. kalau tak suka tak apa.. nad suggest jek.. hehe
Pelamin nie pulak memang no komen... cantik sangat.. xde ayat dah nak cakap korang komen la sendiri eh.. hahaha
Jarang kita jumpa gabungan warna krim dan kuning.. bagi nad warna yang macam nie sangat sweet
Nad suka design pelamin yang macam nie.. sebab lebih kurang macam corak 'Love' kan...pelamin yang macam nie akan sangat cun kalau pakaian korang warna yang lembut jugakkkk.. so takat nie je entry nad untuk hari nie... thnx bagi yang sudi tengok eh... bagi yang nak dapatkan khidmat perancang perkahwinan dan cadangkan korang ke jalinan kasih... semua gambar di atas adalah hak milik Jalinan Kasih... so kalau korang ada bercita-cita nak pelamin yang macam nie Jalinan kasih adalah pilihan terbaikkk dan kalau korang nak jurusolek yang comel dan cute dan sweet.. Nad adalah pilihan terbaik.. korang bole klik Pages nad untuk sebarang pertanyaan.. Klik sini Syarifah Nadia Al Jufry Freelance Make Up Artist

-SnSm-


 

25 October 2012

Korban Nabi Ibrahim

Assalammualaikum
Post kali nie mengenai Korban Nabi ibrahim yang telah mengorbankan anaknya atas perintah Allah jadi sama-sama kita ambil dan jadikan iktibar...

Betapa cintanya si anak kepada bapanya itu hanya kerana menginginkan bapanya sentiasa berada dalam keredaan Allah SWT.
Nabi Ismail menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah
ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang
diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.”

Tatkala Nabi Ibrahim mendengar kata-kata puteranya, baginda tahu bahawa doanya
kepada Allah sudah dikabulkan iaitu: “Rabbi Hablii Minash Shalihiin (Ya Tuhanku,
berikanlah kepada anak yang soleh).”

Kemudian Nabi Ismail berkata kepada ayahnya: “Wahai ayah, aku sampaikan beberapa
pesan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak
yang mungkin menyakitkan ayah;

“Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan

kasih sayang ayah kepadaku;

“Hendaklah ayah melipatkan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah, meskipun
sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia
menjadi susah.

“Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas

leher aku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.

“Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta
sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap
perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih
aku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.

“Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu
sedih mengenangkan aku. Dan ayah mengetahui anak seperti aku hendaklah ayah tidak
melihatnya hingga nanti ayah menjadi susah dan duka.”

Nabi Ibrahim berkata: “Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk

melaksanakan perintah Allah SWT.”

Kemudian ketika kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan

perintah Allah, Nabi Ibrahim membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih.

Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya
supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga dapat
menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah.

NABI Ibrahim sedia untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail seperti yang diperintah

oleh Allah.

Kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan perintah Allah.

Nabi Ibrahim kemudian membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih.

Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya.
Perkara ini supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga
dapat menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah

more...

Perintah itu dilaksanakan pada sisi batu besar di Mina. Ada yang menerangkan di suatu

tempat yang dekat dengan Mina.

Nabi Ibrahim meletakkan pisau pada leher puteranya, maka baginda memotongnya

dengan sangat kuat sekali, namun ia masih tidak mampu memutuskan leher anaknya.

Sesungguhnya, Allah membuka tutup mata malaikat di langit dan laut. Ketika malaikat
melihat bahawa Nabi Ibrahim menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, mereka
tersungkur sujud kepada Allah.

Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku,
bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap
keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan sesuatu ketika Aku berfirman:
‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah.’ Engkau berkata:
‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan
menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”

Kemudian Nabi Ismail berkata: “Wahai ayahku, lepaskan ikatan tali tanganku dan kakiku
supaya Allah tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa, ertinya terpaksa dalam
mentaati perintah Allah. Bahkan letakkan pisau itu di atas leher aku supaya malaikat tahu,
bahawa putera Ibrahim itu mentaati perintah Allah dengan ikhtiar iaitu dengan pilihannya
sendiri atau dengan sukarela.”

Maka, Nabi Ibrahim pun meluruskan dua tangan Ismail dan dua kakinya tanpa ikatan,
serta memalingkan wajah ke tanah, lalu menggerakkan pisaunya dengan sekuat
tenaganya.

Pisau itu membalik dan tidak boleh memotong leher Ismail dengan izin Allah.

“Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana masih ada cintamu kepadaku,

kerana itu ayah tidak boleh menyembelih aku,” kata Nabi Ismail.

Maka, Nabi Ibrahim memukul pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Wahai pisau, engkau mampu membelah batu tetapi kamu tidak mampu memotong leher

anakku,” kata Nabi Ibrahim.

Pisau itu berkata dengan izin Allah: “Wahai Ibrahim, engkau mengatakan ‘potonglah’
sedang Tuhan seru sekalian alam berfirman: ‘Jangan engkau potong’. Maka bagaimana
aku mentaati engkau, sedang aku harus menderhakai Tuhan engkau?”

Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami menyeru: Hai Ibrahim, sungguh
engkau membenarkan mimpi. Ertinya, apa-apa yang engkau perlihatkan daripada
beberapa pemandangan, hingga tampak bagi hamba-Ku, bahawa engkau sungguh-
sungguh memiliki keredaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anakmu.

“Dan adalah engkau dengan demikian itu, termasuk golongan orang yang taat kepada
perintah-Ku. Sungguh, ini adalah ujian yang nyata, iaitu penyembelihan itu adalah ujian
yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas, dari yang tidak ikhlas atau juga ujian
yang nyata sulit sekali, kerana tidak ada yang sesulit itu.

“Maka, Kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar
dari syurga, iaitu kambing kibas yang dulu dikorbankan oleh Habil yang diterima
daripadanya. Dan korban kambing itu tetap berada di syurga, hingga Nabi Ismail ditebus
atau digantikan dengan kambing itu.

“Kerana itu, kami perintahkan kepada Jibril yang datang dengan membawa kambing
kibas, ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisaunya yang terakhir kali pada leher puteranya
itu.”

Malaikat Jibril berseru untuk mengagungkan Allah dan kagum terhadap perbuatan

Ibrahim seraya berucap: “Allahu, Akbar, Allahhu Akbar.”

Maka, Nabi Ibrahim membalasnya dengan ucapan: “Laa Ilaha Illallaahu Allahu Akbar.”
Dan Nabi Ismail pun menyambutnya: “Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu.”
Maka, Allah menganggap baik kalimat ini, lalu mewajibkan kita sekalian

mengucapkannya kerana mengikuti jejak Nabi Ibrahim.
 
Selamat Hari Raya AidilAdha Kepada semua rakan nad yang dikenali atau tak dikenali.. jum la sama-sama kita berkorban di bulan yang mulia ini.. Kalau tak mampu nak korban dari segi kawangan korang korban la dari segi apepon.. hehe :) jangan makan daging manyak2 bagi yang sakit gigi..

-SnSm-

23 October 2012

Jauhh pemandangan.. Harga berpatutan

Assalammualaikum .. Okeh sekarang nad nak cerita pasal mekap minggu nie di hari ahad yang hening.. oleh kerana mekap kali nie di antara yang paling jauh.. dan sememangnya yang paling jauh iaitu di selama perak so nad kena bangun seawal mungkin.. So nad pon kunci jam pukul 7.00 am.. Nad nie jenis tido tak lena kalau ade mekap yang melibatkan awal pagi nie.. pukul 6:45 camtu tetibaa nad terkejut bangun.. (terkejut sebab bunyi call kt henpon,bukan bangun sendiri.. ahaha.. lepas tu nad pon gagahkan diri la bangun dari katil and jalan pergi ambil kain tuala sambil pejam mata (konon jalan dalam rumah sendiri bole la hafal)sampai dalam toilet baru buka mata.. hahaha.. okeh.. tepat jam 7:40 a.m nad pon bersiap sedia la nak gi selama.. dimulakan dengan bismillah.. berbekalkan minyak kereta yang nad singgah dekat petronas dengan modal rm45.. jalann punyaa jalan.. dari tol ke tol.. naik bukit turun  bukit,akhirnyaa pukul 9 lebih camtu nad pon sampai dengan selamatnya.. Mekap pon bermula pukul 10 am sampai la pukul 11.30 .. sakit pinggang oo.. tapi demi tanggungjawab pada customer lenguh pinggang bukan penghalang.. Dan alhamdulilah customer nad okk jek ngan hasil mekap nad.. nad pun terus la touch up apa yang patut sebelum nak gerak balik.. ambil je payment terus keluar rumah nak balik.. makan pon tak sempat sebab ramai.. nad nie pemalu orang.. (malu la sangat kan) .. ngeh2
Jadi inilah hasilnya.. jeng jeng jeng... Cantik sangat customer nad yang sorang nie.. dah tu berbudi pekerti dan melayan nad dengan baikknya.. nad terharu sangat sebab dia susah payah menggunakan khidmat nad untuk mekap nikah dan sanding.. Walaupun jauh dan payment tak sama dengan harga biasa dia sanggup janji dapat gunakan khidmat nad dan nad terima rezeki yang Allah berikan nie dengan tangan yang terbuka ,.. hehe.. Moga pengantin nie bahagia dan cepat dapat zuriat.. nanti kalau terjumpa tepi jalan jangan lupa la tegur eh... :) dan bagi yang belum like page nad anda bole klik kat kat sini eh Syarifah Nadia AlJufyr Freelance Make Up Artist :) Jum sama-sama berikan sokongan pada industri mekap tempatan.. Muahahahahahha

p/s : Nad mekap/pakaikan tudung dan pakaikan segala mak nenek benda yang korang nak pakaikn.

-SnSm-

22 October 2012

Menanti Kejayaan

Assalammualaikum.. hm.. mesti korang tertanya-tanya kan apa yang menanti kejayaan tu.. ya ! ok sebenarnya nad la yang masih menanti kejayaan.. hehe.. Nad nie dulu masa kecik-kecik bercita-cita nak jadi seorang cikgu tapi bila dah makin besar cita-cita nad beralih arah ke arah yang glamour2 nie.. hikhihkhik.. nad suka sangat nak jadi artis tapi semuanya sah-sah gagal harap maklum.. Dulu ada bercita-cita tinggi nak jadi seorang pelakon yang berjaya dengan harapan nak guna nama komersial Nadia Jufry.. kelas kau nad.. Lepastu nad bergiat aktif menjadi pelakon extra di sekitar penang ..Nak gi KL kononnya dengan harapan akan lebih banyak peluang untuk menjadi seorang pelakon tapi Mama nad menghalang dengan alasan nad nie mudah terikut-ikut sangat.. lepas setahun macam tu nad pulak bertudung,lepas bertudung tu ada dapat call dari satu production yang dikenali la.. nad pernah pegi audition dulu.. Dan oleh kerana dah bertudung maka peluang itu terlepas lagi.. so terkubur la impian nak menjadi seorang pelakon..
Lepas tu nad still think positif insyallah kalau ada rezeki tak kan kemana kan.. pakai tudung tak bermakna nad tak akan berjaya.. Nad pun nak cuba la dalam bidang nyanyian.. Kan time tu penuh dengan audition realiti tv.. Akan tetapi malangnya sekali pon nad tak pernah pergi audition tu sebab nad masih ada perasaan MALU .. heheheh.. Maka terkubur la lagi impian nak jadi seorang Penyanyi yang berjaya dan tersohor..
Oh ya sebelum nad pakai tudung nad ada masuk contest Model Tesco 2012 dan nad hanya berjaya melangkah ke semi final.. oleh kerana ketinggian nad yang tak mencukupi so nad pon pasrah.. lepas tu nad tanya mama nad..
Nad : mama kenapa nad tak tinggi macam akak dengan aty
Mama : ohh sebab nadia ikut mama laa
Nad : Kenapa nad ikut mama .. grrrr ..
Mama : takdir hang laaaa
Nad : oh ok... -redha-
Tinggi nad hanya 159 kalau tak silap.. heheh... *jangankutuk* Okeh lepas tu nad join la Model Fareeda koleksi Mawar dan sekali lagi nad hanya berjaya melangkah ke final sahaja dan pulang dengan tangan kosong sambil berbisik dengan diri sendiri 'takpe nad..okla tu dapat gi final cuba lagi' so lepas tu ada pulak pencarian model Fareeda 2012 dan macam yang dijangka nad pun join lagi dan nad berjaya menjadi salah seorang finalis.. cewahhh.. Lepas tu adala muka nad dekat banner iklan dorang dengan dalam paper kosmo.. Pakcik dekat kedai minum sebelah opis nie semuanya tegur nad
Pakcik : Eh pakcik tengok paper tadi ada macam muka adik la
Nad : *Sambil malu2* yeke,saya pon tak tengok lagi pakcik
Pakcik : Wah pemes la adik lepas nie
Nad : Eh mana ada.. biasa je pakcik
Lepas tu terus semangat g beli paper nak tengok.. courier dekat opis nie pon semua tegur.. tak sangka dorang cam wajah nad walau muka nad tak la besar mana pon.. tipu la kalau nad cakap x hepi kan.. hikhik.. dan tiba hari semifinal macam biasa nad hanya berjaya melangkah ke semi final dan pulang dengan perasaan sedih .. Again! nad sedih jap sehari.. keesokan tu nad bangun tidur dengan perasaan okeh.. aku gagal yang nie so aku try yang lain pulak ye.. Nad ambil sebagai pengalaman dalam hidup nad.. yela dalam 170 lebih peserta nad terpilih dalam top 20 kira dah cukup ok la kan.. Lepas tu nad terfikir maybe lebih baik nad fokuskan dekat kerjaya nad menjadi seorang jurusolek... yela kalau nad dah jadi artis/penyanyi/model sape nak mekap korang kahwin nanti kan.. dah sah-sah nad akan bz... Walau apapun nad pasti nad akan berjaya satu hari nanti.. mungkin bukan hari ini tapi mungkin esok,lusa,tahun depan .. Kita tak tahu apa yang Allah dah rancang untuk hidup kita.. ya .. mungkin kita ada perasaan cemburu melihat kejayaan orang lain.. Tapi Allah dah atur setiap hidup hambanya berbeza-beza.. Jadi tugas kita teruskan berdoa dan berusaha..
MENJADI DIRI SENDIRI ADALAH LEBIH BAIK DARI MENJADI SEPERTI ORANG LAIN .. ya hidup mereka menarik... tapi tak kurangnya dengan hidup kita.. Allah tak berikan apa yang kita mahu sebaliknya Allah akan berikan apa yang kita perlukan.. Dan nad pulak akan terus berusaha.. dan berusaha dan berusaha sampai ke penamat hidup nad.. tak ada istilah gagal dalam hidup nad.. setiap yang gagal nad akan gantikan dengan perkataan hampir berjaya.. cuma perlukan sedikit usaha lagi untuk terus berjaya.. ya saya bukan seorang cikgu,bukan ustazah terkenal,bukan artis,bukan model,bukan doctor.. Tapi saya seorang manusia biasa yang ada hak untuk berjaya dan pergi lebih jauh dalam kehidupan nie dengan IzinNya.. Insyallah ..

Hikhikhik inilah diaaa muka olang yang talak pernah gibup.. kasi kutuk sama diaaaaa.. hehe.. Baiklah cuma nak cakap nad akan terus berlari sampai ke garisan penamat.. sekarang nie baru je hendak bermula.. sekali nad terjatuh tak bermakna nad akan terus duduk.. nad akan bangun dan mulakan semula sehingga la nad menjadi seorang yang berjaya dan dikenali.. nad harap mereka yang hadapi situasi sama macam nad nie akan terus berusaha ye.. Nad bukan anak orang kaya yang mengharapkan bantuan ibu bapa.. Nad seorang anak yatim yang berusaha demi hidup masa depan nad demi diri nad,mama dan keluarga nad.. Kritikan orang lain adalah semangat untuk nad.. jadi jum kita terus berusaha ye.. Sayang semuaaaa.. Muah muah muahhh -gedik-

p/s : cita-cita baru nak jadi pengacara pulak *muntahdarah*

-SnSm-

21 October 2012

10 blogger Terbaik

Haaaaa Hari nie nad nak bercerita mengenai 10 blogger terbaik dalam diri nad... bukan dalam carta orang lain atau carta sesiapa.. tapi carta nie nad yang cipta sendiri berdasarkan blog yang menemani hari-hari nad sepanjang nad hidup kat dunia nie... Nad pulak seorang yang suka membaca.. dan setiap hari di opis nad akan luangkan masa terluang nad untuk ronda blog dorang neh,. hehe... bukan nad baca sorang jek lepas tu nad akan sebarkan dekat rakan-rakan opis nad yang memang sah-sah suka baca blog orang lain jugak... lepas tu nad akan sebarkan dekat family nad..tula rutin harian nad.. hehe..Ok berbaik pada 10 blog terbaik kesukaan nad.. jum tengok list nad eh...

1. Yasmin J Hunwick -Blog Airmata- Blog yang mampu buat nad menangis

Pemilik Blog nie ialah Adik Yasmin J Hunwick yang telah meninggal dunia pada 03 jun yang lalu.. manis orangnya.. nad mula tahu pasal blog nie selepas raya baru-baru nie.. dah habis blog nie nad khatam.. dan serius blog nie memang mampu buat hati nad yang rapuh nie tersentuh,,blog nie kini disambung oleh ibu kesayangan adik yasmin sendiri.. Luahan seorang ibu yang merindui anak yang disayangi.. Nad sentiasa doakan agar arwah yasmin akan ditempatkan di syurganya.. dan bagi yang belum tahu.. ada 1 page yang telah dibuat oleh seorang yang tak mahu dikenali di fesbuk.. bagi yang belum like bole klik di sini.. nad dah klik like :P
Page Adik Yasmin J Hunwick

2. Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau-Blog yang berjaya buat nad dan kawan nad gelak guling-guling-
Seorang pelajar di ukm.. cerita die nie suma dia lukis jek.. tiap benda yang dia cakap tu memang kenyataan terjadi zaman sekarang nie.. nad rasa sangat terhibur dengan blog nie.. antara  entry kegemaran nad ialah 'tips pikat hati makwe' siyes sumpah lawak giler... nad gelak dekat opis nad nie sampai meleleh air mata nad.. abis blog die nad dah khatam.. boleh dikatakan satu opis nad dok baca blog dia nie..nad dah sebarkan dekat dorang... adela dalam 6 orang dak opis nad dok tengah dalam proses khatam blog tapit nie.. nad rasa tapit nie memang ada idea n bakat terpendam dalam lawak-lawak nie.. siyes nad sukaaaaa gila blog nie! tak sabo tunggu die hupdate.. hehe

3. Beautiful Nara -Blog Gosip Artis Paling Best-
Blog abang nara yang bestnya tiap-tiap hari dia update pasal gosip-gosip artis dan setiap entry kat komen mak aii punya la banyak.. nad tiap hari isnin-sabtu nad akan tengok blog nie.. nad suka baca komen kt blog nie.. kekadang boleh gelak sesorang baca apa yang orang dok komen tak kurang ada yang dok mengumpat retis nie sume.. tiap pagi sambil dok makan bekpes sambil tula nad dok tengok gosip terkini dari abang nara.. hehe.. Nad pon komen jugak la kekadang nad guna nickname apa tu rahsiaaaa la noh.. hahaha...  abg nara nie kekadang lambat jugak update sesuatu cerita tu cuma apa yang buat blog nie best ialah pengunjung blog nie dan komen-komen merekaaaa semua..

4. Irine Nadia Marcello -Blog Paling Romantik Yang Buat Daku Jeles- Ngeh2
 Tula gambar puan irene dan suami beliau.. sama padan kan.. secocok sangat.. nad suka sangat tengok blog Irene nie.. dorang baru je berkahwin.. lepas tu irene adela cerita serba sedikit pasal pengalaman berkahwin dia.. so bagi anda yang bakal berkahwin atau baru berkahwin atau teringin nak kawen memang patut lawat blog irene nie sebab best sangat.. irene nie punya followers pun 26798 buat masa sekarang la.. haisssh.. bila laaa nak dapat followers cam gitu.. sabo2.. nad baru 3 bulan kot berblog nie.. ngeh2.. nad paling suka entry masa irene dapat bungaaa.. sosweet !!!

5. Princess Bonda -Blogger Pertama Yang Follow Nad disini-
Pemilik blog nie nama nya Chieda masih single dan cute orangnya.. hehe.. dia la blogger pertama yang follow nad.. time tu nad rasa hepi kot.. yolaa tetiba ada yang sudi nk follow diri ini.. sob sob.. okk blog chieda nie ada banyak tips dalam percintaan dan juga tips dalam kehidupan harian kita so tak rugi tengok.. Bagi yang nak mengorat silakan. singleeeee tu... ops.. jangan marah naaa chieda..

6. Miss Volvo - Blogger yang suka Makan-Makan-
Sebenarnya nad pun tak berapa pasti pasal miss volvo nie cuma apa yang nad tengok dari blog miss volvo nie dia seorang yang suka tengok wayang,cerita pasal nuffnang dan makan-makan.. sume tempat terbaru,filem terbaru yang best-best akan miss volvo update kan so tak payah la kita nak google filem mana yang best lepas nie atau tempat makan yang best.. kita tengok je blog miss volvo nie... kannn... lepas je tengok blog miss volvo terus terasa nak g makan dekat station one.. lama tak makan kat sana.. lol :P

7. Fatin Liyana  -Blog Paling Santai Dan saya Sukaaaaa-
Sape tak kenal fatin liyana nie tipu la kan.. ramai sangat dah followers beliau nie .. Saat nie ada 46093 followers beliau.. buat masa nie blog beliau la paling terbanyak followers yang nad pernah jumpa dan nad salah seorang followers beliau.. Seorang doctor yang sukakan hidup yang biasa.. nad suka sangat baca blog fatin nie.. hari-hari nad ronda blog beliau tengok kalau ada entry yang terbaru.. Oleh sebab kerjaya maybe sebab tu la dia jarang update sangat,maybe dalam 3,4 hari kekadang tu.. sekarang nie ada 100 orang tengah godek-godek blog fatin nie dan blog nad tak kurang hebatnya ada 1 orang je dok godek.. Muahahaha. Jauh beza cek oi... 100 dan 1.. mana lagi 99 orang... sobss.. ngeh2.. Tapi kekadang nad ambil fatin nie jadi inspirasi nad terutama dalan berfesyen muslimah nie.. nad suka semua pakaian beliau,sopan,longgar,dan menutup aurat,, i loikeee ok.. Entry terbaru fatin bertajuk 'Geli' .. Nad tengah tunggu beliau hupdate je neh.. ngeh2

8.  Kasih Aleeya & Kasih Amaani -Blog Kisah Ibu dan Anakknya yang Comel-

Blog nie punnn nad sukaaa sangat.. sebab? sebabnya blog nie pasal kehidupan seorang ibu dengan dua orang puteri yang comel tomei sesangat.. anak bongsu tu nama ani.. sangat la bambam dan nakal.. suka baca cerita tentang celoteh si ani nie.. nanti korang singgah tengok.. siyes blog nie best sangat... Tuan punya blog pun cantik sangat... walau ada dua orang anak tetap maintain cute.. nanti nak try mintak tips laa sebab badan still cantik walau dah anak dua orang.. bukan senang taw.. ngeh2

9. Love Bunga Querida -Blog Pasal Mekap/Tudung-
Love Bunga Querida nie pon sama macam nad part time buat kerja mekap-mekap orang kahwin nie cuma bezanya dia di sekitar KL dan nad pulak di utara nun jauh di sana..cik bunga nie sangat la cantik  dan bagi yang berniat nak mengorat sila batalkan niat anda sebab dia sudahh berpunya yek..... hehe.. nad jugakkkkkk takde  *promotdirisendiri* cik bunga juga slalu buat toturial cara memakai pelbagai jenis tudung..

10. Nadia AlJufry -Blogger Paling Cantik/Best Tahun 2013- Muahahahahhahahahaha(silakutuk)
Pemilik blog nie sangat comel dan manis orangnya.. blog nie juga menceritakan tentang kisah hidup seorang cik andam,juga ada gambar orang kahwin tu pon bila dia ade job jela.. bila takde job die masih macam biasa bekerja di office courier dan balik kerja je main game.. Tuan punya blog nie tak sombong,peramah,sopan santun,berbudi bahasa dan hormat orang tua *silamuntah* Hehe.. Pemilik blog ini juga bercita-cita tinggi apabila beliau dalam misi mencari followers ke 2000.. hadoiii.. siapakah insan bertuah itu agknye.. Kalau sape rasa nyampah dengan blog ke 10 nie.. nad cuma nak cakap .. tak kisahhhh ponnnn :P hahaha. oleh sebab tak pernah ada yang listkn blog nad nie... jadi nad sendiri list kan.. bole macam tu ? kihkih

-SnSm-


19 October 2012

Bila Aku Gedikk Terlampau

Hari nie balik je kerja terus nad semangat waja dan berkobar-kobar nk hupdate blog neh... sebab kegedikan ini masih terasa bahangnya.. Ngeh2... Ok... kalau korang nak taw nad jenis yang sampai kerja tepat pukul 9 pagi dan tepat pukul 6 petang juga nad akan kalut nak balik.. pasaipa?? haa nie nk habaq kat hampa.. Sebab waktu kerja nad sampai pukul 6 je.. kalau kerja atas pukul 6 dah kira overtime la.. Tapi satu ketika dulu nad rajin jugak buat overtime sampai la senjak menjak ini diri ku menjadi gedik... Balik kerja nad akan lalu satu jalan nie dan setiap kali lalu nad akan ternampak beliau.. Korang try bayangkan tau apa nad nak cerita nie.. kih kih kih (gelak ala2 hantu poziah dalam drama dendam sarakit)
                      -Hantu Fauziah Ghous/poziah atau nama hantu beliau Sarakit-
Nad pun tak tau apa kena mengena hantu nie dengan cerita nad.. kih kih kih *gelakhantulagi* Ok sambung cerita balik.. Balik kerja nad akan lalu satu jalan nie so tiap hari pukul 6.15 pm nad akan lalu jalan yang sama dan tiap hari jugak nad akan nampak orang yang sama.. Seorang lelaki yang sedang jogging.. Berbekalkan kasut Nike,Baju T shirt putih,badan taf ala-ala khairul fahmi che mat,rambut ala-ala david bekham,Kulit ala-ala lelaki arab dan mata ala-ala lelaki mexico.. pehhhh! memang patut pon nad kena lalu tepat pada masanya.. So jalan yang sesak yang membuatkan kereta nad terhenti adalah masa yang terluang untuk melihat beliau.. kih kih kih -korang dah taw kan gelak cam sape- penat balik kerja pon automatik buat diri ini rasa cool... ewahhh... Sebenarnya tak de apa-apa pon.. cuma tengok sekadar nak cuci mata.. sape tak suka tengok kan.. kereta depan nad pon dok ushaaa baikk punya mamat tu..
Nad pon tatau kenapa nad letak gambar cristiano ronaldo .. hehehehe.. cuma bayangkn dia icon sukan yang nad rasa di antara yang handsome kacak dan bergaya.. Nad tiap-tiap hari minggu niat nak bangun awal nak g jogging dengan harapan dapat jumpa lelaki kacak seperti abe cristiano.. tapi setiap minggu dari tahun lepas jugak la nad akan terbabas tidur dan abe cristiano nie hanya akan bertandang dalam mimpi nad yang indah ini... esok balik kerja awal tak bole skodeng cuci mata tengok abe hensem jogging... kihkihkih

p/s : dan buat skandalku abe khairul fahmi sok buat yang terbaik ye.. gomol kelate gomol.. -minat kfcm je-

-SnSm-

13 October 2012

Sahabat ku

Assalammualaikum semuaa yang sudi baca blog nad yang tak seberapa neh... ngeh2.. bagi yang belum kenal nad tu.. salam kenal.. dan bagi yang dah kenal selamat merapatkan perkenalan.. sebenarnya 10/10/2012 adalah tarikh lahir sahabat nad dari dulu sehingga sekarang.. Sedar tak sedar dah 6 tahun kami berkenalan... 10/10/2012 Juga tarikh hari lahir abang kandung nad iaitu abang kedua nad Syed Amir Hamzah .. Semoga kedua-dua hamba Allah ini panjang umur,sihat selalu dan murah rezeki serta bertemu jodoh.. Amin.. Baiklaaa entry kali nie bukan nak bercakap pasal abang nad tapi nad bercerita mengenai sahabat nad yang paling terbaik di antara yang terbaik iaitu Nor Azimah Bakhtir.. heheh.. Nad nak kongsikan cerita macam mana nad boleh kenal cik azie nie..hihi..

Semuanya bermula di perlis.. waktu tu nad sambung study dekat sana.. masa hari pendaftaran tu dalam khemah tempat kita nak duduk sekali dengan family tu.. nad duduk dengan mama nad dan tepi nad ada makcik yang peramah nie,tepi makcik tu pulak ada budak yang pendiam dan tak banyak cakap.. Oleh kerana nad nie peramah so nad pon sembang la dengan makcik tu.. tapi anak makcik tu tak cakap apepon dalam hati nad (alahai sombongnya) hihihi.. lepas je sesi pendaftaran terus ambil kunci rumah.. Masuk je rumah tu tengok ada lagi budak nie.. rupanya kami serumah.. tapi bilik lain-lain.. lepas kemas barang.. family masing-masing pon balik... So kami semua duduk dekat ruang tamu dan berkenalan.. oh.. budak sombong tu nama Nor Azimah tapi panggil Azie.. Lepas berkenalan.. azie dah cakap banyak sikit.. mula tu kami tak la rapat kan bilik lain kan.. tapi lama-lama pastu mula menjadi baik sebab nad dengan azie banyak persamaan.. di antaranya
-Sama-sama gedik
-Suka tengok laki handsome/bergaya
-Kalau jumpa laki handsome terus berpura-pura sopan
-Suka tengok cermin
-Suka laki yang sama (selalu berebut)
-Suka perasan
-Suka tangkap gambar
-Nak kuar makan kat gerai roti canai bersiap macam nak kuar dengan boipren
-Sangat suka mekap
-Suka sedih/merajuk/nangis/sensitif/gelak takde sebab
-Banyak lagi kalau nak list

Lepas tu apa yang penting kami selalu kuar dating se sama.. ngeh2.. Oleh kerana kami kira tahap cun jugak la kt kolej time tu (perasan) so boipren kami pon antara yang nsem kacak dan bergaya (over) hahaha.. dan boipren kami kawan.. kami pon kawan so sama-sama kua date la.. kua berempat dan bukan berdua okeh.. haha.. Lepas tu nad putus dengan bf nad yang tu.. Azie pon putus,.. Nad kapel pulak dengan orang lain.. Azie pon kapel dengan kawan bf nad yang tu.. yang paling penting kami sama-sama GAGAL dalam percintaan.. dan GAGAL untuk berjumpa dengan Mr.Right kami.. kami selalu pikir kenapa la tak jumpa-jumpa lagi.. haish.. Nad dengan azie jugak ada taste dalam fashion yang sama.. semuanya sama.. sehingga sekarang kami kerja tempat yang sama.. Nad kalau gi kerja jek mana-mana terus tarik azie kerja sekali so boleh jumpa hari-hari dan boleh gosip-gosip kan.. Benda yang baik pulak Nad berubah memakai tudung.. Dan azie pon turut ikut :P dan yang paling best sekali.. Kami sama-sama sembahyang zohor/asar di ofis.. Bermakna sekali !
Semua rahsia nad ada dalam pala otak azie.,dan segala rahsia azie ada dalam pala otak nad.. kami berkongsi segalanya dan tak ada rahsia di antara kami.. Kami pernah gaduh.. sebab? sebab azie kua makan jalan depan dengan kawan lain dan tinggal nad dekat belakang.. terus Majuk.hahah.. time zaman study la.. sekarang nie tinggal je.. xkisah pon..

Oleh sebab nad baik dengan azie so nad pon boleh dikatakan dah berpuluh-puluh kali gi tido rumah cik azie nie.. Mak azie pon kalau nad gi tido sana dia tak akan masak ikan sebab dia tahu nad tak makan ikan.. terima kasik makcik ! dan azie pon dah berpuluh kali tido rumah nad.. Azie la satunya kawan nad yang mama nad paling suka. So kalau nad keluar dengan azie mama tak akan risau sebab azie nie jenis baik-baik.. Banyak kenangan nad dengan azie..salah satunya Okeh masa nad duduk rumah sewa dengan azie sem 3 masa study. nad dengan azie sebilik.. azie pulak rambut dia makk aii punya panjang.. kalau korang tengok rambut artis fauziah ghous tu,camtu la sebijik dengan rambut azie,jenis lurus dan panjang..Dan nad pulak ada satu tabiat buruk kalau pakai kipas tak suka share,dan tak suka pusing-pusing sebab nad suka satu arah je,posisi time tu Kipas,Nad dan Azie..kipas tu sebelah nad.. Malam tu pulak nad tundukkan sangat kipas tu so azie pon rasa cam kena sikit je tempias-tempias angin al maklumlahh nad lindung angin tu..hehe.. so dia panas.. tah macam mana azie bangun dan dalam posisi duduk dia langkah nad sambil tangan tolak kipas tu ke atas,nad pulak pantang orang sentuh sikit je confirm terus terjaga nad buka je mata tiba-tiba nampak rambut panjang gila atas muka nad.. Terus nad jerit sekuat hati nad sambil ambil tangan tutup muka dan terus meniarap (gigil2 dah) time tu pikir hantuuuuuuu ! pastu nad dengar azie pon jerit dan peluk nad rapat sangat.. kami sama-sama gigil.. lepas tu dalam 15min dalam keadaan ketakutan dan berpeluk nad tanya azie..

Nad   : Azie.. awat hang jerit ? -sambil cakap pelan-pelan-
Azie  : Hang jerit so aku jerit gak la.. awat hang jerit.? -cakap pelan gak-
Nad   : Tadi ada rambut panjang atas muka aku,rambut hang ka?
Azie  : Ha rambut aku la.. awat ?
Nad   : Hang nak buat apa tadi ?
Azie  : Aku nak kalih sikit kipas tu,aku hangat..
Nad   : Grr... aku ingat hantu tadi.. -gelak kuat-
Azie  : Hah ?? -Gelak kuat-

Time tu dalam pukul 4 pagi.. sebenarnya time tu rumah sewa kami sememangnya ada 'sesuatu' so oleh sebab kemungkinan tu la nad boleh terfikir azie tu hantu.. sampai sekarang kalau kami ingat cerita nie kami akan gelak sampai keluar air mata.. nad ada cita benda nie dekat adik nad tapi dia menyampah dan cakap tak lawak langsung walau time tu nad tengah cita sambil gelak gila-gila.. orang lain tak akan rasa benda nie lawak kecuali nad dan azie sendiri :)

Dan baru-baru nie time hari lahir azie nad tak datang kerja sebab nad Majuk dengan bos nad time tu.. so 11/10/2012 nad pergi kerja dengan bawa sebiji kek untuk kawan baikku sayang.. dan kami makan ramai-ramai sambil nyanyi lagu hari jadi dekat azie sambil azie buat muka terharu.. dalam perancangan 20/10/12 nie baru azie nk buat majlis birthday dia..

Abaikan background belakang tu.. fokus je dekat azie dan kek.. ofis kami memang semak.. bz dengan kerja katakan.. haha.. nie la azie yang tengah buat muka terharu tu..

Time nie kami semua tengah nyanyi lagu hari jadi dekat azie.. yang ada kak kirah jek sebab yang lain semua takde mood nak bergambar.. ahaha..

Azie potong kek sambil berdoa agar dia cepat kahwin dan bertemu jodoh sebab dia tak sabar nak kahwin.. ops :)

Apapon nad berdoa sangat agar azie panjang umur,sihat selalu,murah rezeki dan bertemu dengan jodoh dia tahun nie jugak so tahun depan bole la nad melaram jadi pengapit.. yay ! nanti birthday nad pulak nad nak dia berdoa camtu balik.. hehe .. Sayang kauuuuu Azie oi...

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm
 
 
 
 
 
 

7 October 2012

Lukisan Wajah

Assalammualaikum... wahhhh lama tak sempat diri ini nak update blog nie.. almaklumlah bz sikit katakan.. hehe.. lagipun rasa kurang sihat dan tak ada mood pulak minggu nie.. aiyaaa... apepon hari ini nad luangkan juga masa untuk seketika di sini.. hehe.. Nad nak bercerita hari ini tentang lukisan wajah.. korang pon mesti ada kan gambar korang yang telah dilukis oleh orang-orang profesional atau family/kawan... Dan baru baru nie salah seorang adik kesayangan nad dengan baik hatinya telah melukis wajah nad dengan jayanyaaaa.. Nad suka sebenarnya orang nak ambil wajah nad nie untuk dijadikan model lukisan dorang... ngeh2.. tapai buat masa nie tak ada lagi yang berjaya lukis muka nad betul2 menjadi.. hahaha.. susah ker? maybe senang bagi mereka yang pakar cuma nad nie yang tak mampu nak bayar.. hahahaha...

Gambar pertama nie dilukis oleh adik angkat kesayangan nad yang bernama cik Nora... dia lukis dengan penuh ikhlas.. lepas tu dia upload fb dan tag dekat diri ini... Nad pon buka la gambar yang telah di tag tu dan nad... er..... adakah ini lakaran wajah nad di mindanya.. atau adakah rupa nad seperti ini dalam mindaanya.. bibir ini hanya mampu tersenyum dan.. 'terima kasih nora' .. cantik sangat,, nad sangat hargai niat ikhlas adik nora lukis wajah kak nad nie.. Cantikk sayangg :)
ini gambar diri nad yang telah diambil untuk dijadikan contoh oleh si adik nora nie.. dan hasilnya
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
                                                                      ^
 Jeng jeng jeng.... inilahhh hasilnya.. so ape pendapat korang... ini la hasilnya... sama tak... comel kan.. memang pandai la dak nora nie.. hahahah.. tak kira la cantik atau tidak.. keikhlasan dia lukis telah mencantikkan lukisan nie.. mama nad pernah cakap hargai setiap apa yang orang lakukan untuk kita jangan kecilkan hati orang walau pon benda tu kita tak suka.. dan nad sangat suka gambar nie.. memang tak sama dengan muka nad langsung.. tapi nad hargai...  cantik kan.. jangan pandang dari segi rupa yang tak sama tu... tapi nilai dari sudut keikhlasan.. :P

Okehhh.. gambar  lukisan kedua nie pulak gambar awal tahun lepas dan masa nie nad belum bertudung lagi.. gambar nie dilukis oleh seorang pelukis yang berada di langkawi.. pelukis nie ada di dalam kawasan rumah 'Mahsuri' .. time tu nad tengok gambar yang digantungkan oleh pelukis nie semuanya cantik dan real.. so dengan harga rm30 nad pon cuba la nak wajah cute nad nie dilukis.. so dalam masa 20min diambil oleh pelukis nie... nad pon jadi patung dengan penuh debaran dan dalam hati tak sabar gila nak tengok.,.ngeh2...
lepas tu siaplaa hasil lukisan nad.. nad pon bayar la.. dan ambil tengok.. eh... sama ker??? cam muka orang lain jek.. uwaaaa... tapi senyum jek la depan pelukis tu.. cakap dalam hati je.. haha.. lepas tu satu family nad kutuk gambar nad.. dorang cakap nad lagi cantik dari lukisan tu..'perasan'okk.. yang tu dorang tak cakap.. nad yang tambah cerita.. hehe.. dorang cuma cakap tak sama je.. Apapon nad berharap sangat satu hari nanti akan ada yang lukis wajah nad sama dengan muka nad nie hah...
Sama takkk... langsung tak kan.. ape-ape jela.. cuma jangan percaya sangat dengan gambar contoh yang digantung oleh pelukis... tah orang lain lukis... hehe... :P

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm-