Tabung

26 September 2012

Cerita Tudung Pertama

Salam semua.. selamat hari rabu..moga hari rabu anda ceria-ceria yek! nad sebenarnya suka jugak hari rabu sebab hari rabu nie hari pertengahan dalam minggu tersebut so maknanya dah nak ke hari sabtu dannn cuti.. yay! Entry nad kali nie bukan nak cakap pasal hari rabu tapi nak bercakap pasal pengalaman memakai tudung pertama.. bila mula memakai tudung dan apakah sebab nad mula memakai tudung.. jeng jeng jeng... sapooo nak tahu bole terus membaca laaa okkk... :P
Nad mula memakai tudung pada 15/06/2011 .. Sebenarnya sebelum tu ada jugak terniat nk pakai tudung tapi banyak sebab yang menghalang nad pada ketika itu salah satunya dari segi pakaian.. yela baju nad time tu sume alahaiii... dahla 'jarang' lepas tu 'seksa' kot.. bila pikir balik rasa macam @#$%
entahla.. nyesal pon ada.. tapi tak pe la kan at least dapat juga jadikan pengalaman untuk masa depan..
~Kita Tak Mampu Ubah Masa Lalu,Tapi Kita Mampu Ubah Diri Kita Agar Tak Seperti Dulu~
Ini adalah tudung pertama nad yang nad beli dengan harga rm30 sahaja.. time nie keluar jalan-jalan dekat megamall penang lepas tu ternampak tudung nie dan rasa macam berkenan je dan trus buy.. lepas tu pikir.. eh.. nape aku beli tudung nie ek????dan kenapa gmbr muka jek.. sebab time nie baju nad seksa sikit.. tudung nie pulak saje try lepas tu tangan nie gatal gi snap.. hehe

~Di antara sebab nad mula memakai tudung~
~MIMPI 1~
-Nad tak tahu la korang akan percaya atau tak tapi nie memang sebenarnya yang terjadi dalam hidup nad.. okk nad nie memang macam ada niat nak pakai tudung cuma tak pakai-pakai jugak.. niat tu memang dah berpuluh kali la.. jangan nak cakap..buat tu tak jugak.. Sampai la nad termimpi.. Nad mimpi yang dekat kawasan rumah nad nie terjadi macam tsunami tapi tak tahu la nak panggil tsunami ke apa sebab kali nie air lagi tinggi dari tsunami.. Air tu mencecah sampai ke langit tingginya.. lepas tu air tu tak jatuh menghempap ke bawah cuma dia tinggi terus sampai ke langit.. dan nad pulak.. nad ada betul-betul dekat depan air tu.. bayangkan kalau air tu jatuh..nad tak tahu apa punca air tu tak jatuh cuma apa yang nad tahu nad diberi peluang untuk selamatkan diri nad.. nad pon tak pasti macam mana nad tahu nad diberi peluang untuk lari.. tapi ini cuma kata-kata dan gerak hati yang nad diberi peluang untuk selamatkan diri.... atau dalam erti kata lain nad diberi peluang untuk 'LARI'.. lepas tu nad pun lari dan lari sampai ke 1 kawasan yang tinggi bagi nad.. nad naik dekat atas bukit..dan air tu pun jatuh.. akhirnya nad selamat.. tapi kalau pikir logik air tu setinggi langit kalau jatuh dah tentu la takat bukit tu mesti kena jugak kan.. tapi.. dah nama pon mimpi kan.. mana nak ada logiknya.. cuma nad tak dapat nak lupakan mimpi tu sampai sekarang.. sebab nad telah diberi peluang untuk lari..mimpi nad nie berulang berkali-kali..

-Nie tudung kedua nad beli dan time nie dalam proses cuba-cuba dan belum lagi pakai terus-
~MIMPI 2~
Nie pulak mimpi kedua yang nad dapat.. mimpi kali nie pon banyak memberi nad pengajaran dan terus berfikir untuk terus berubah.. Waktu tu semua akan dihintung untuk ke syurga atau ke neraka.. semua beratur panjang la. dan kesemua orang yang di depan nad semuanya lepas untuk ke syurga sampai ke giliran nad.. Malangnya nad gagal.. nad takut sangat time tu sebab nad sorang-sorang.. nad gagal.. dan nad nangis..  lepas tu nad dimasukkan dalam air yang dalam.. (nad tak pandai berenang)
lepas tu nad try lagi kali kedua dan nad gagal lagi.. ya allah apa la agaknya dosa nad yang menghalang nad untuk ke syurga.. dan kali ketiga pun nad gagal lagi.. masa tu nad tak dapat nak berfikir apa-apa melainkan perasaan takut..Sambil nad berdoa agar allah terima nad untuk ke syurga.. bersama mereka-mereka yang lain.. sebab nad takut.. takut.. dan takut.. lepas tu nad terbangun dari tidur.. dan tak dapat nak melelapkan mata.. dan terus berfikir apakah dosa nad..

          -Tudung yang paling nad teror time nie ialah tudung bawal-ngeh2(nie tudung mama nad)
~Di antara sebab nad mula memakai tudung~
~NIAT~
Okey.. sebab kedua nad mula memakai tudung sebab nak tunaikan apa yang nad niat.. oleh kerana nad mempunyai masalah peribadi di tempat kerja lama nad so nad pun berhenti dan mula la menjadi penganggur bertauliah.. Nad nie pulak jenis tak suka duduk diam di rumah.. nad suka bekerja.. Oleh kerana nad tak mempunyai seorang ayah yang mampu sara hidup nad.. Maka nad perlu bekerja untuk membeli segala keperluan hidup nad.. dan juga untuk memberi 'wang bulanan' dekat mama nad.. time tu memang la sangat stress..Dengan duit kereta lagi.. Nad nie pulak jenis muka tak malu nak cari kerja.. Hari tu dalam sejarah..Nad keluar rumah pakai tudung(malu mula-mula nak pakai sebab mama tengok.hehe..kan tak pernah pakai selama nie),pakai baju kurung..bawak habis segala mak nenek resume,sijil-sijil dan terus keluar 'sorang-sorang' cari kerja sambil dalam hati berniat 'ya Allah kalau aku dapat kerja hari ini..aku berniat nak pakai tudung terus'.. tempat utama nad 'opkos' office yang berdekatan.. sebab utama nad cari kerja opis nie.. sebab nad boleh mula menjalankan bisnes mekap-mekap nad di hari minggu..kan opis cuti sabtu dengan ahad.. lepas tu nad pergi 1 company nie dan kebetulan ada rakan nad bekerja dekat situ dan nad pun rasa teruja dengan lega.. time rasa macam tengah-tengah panas lepas tu minum air 100 plus sejuk.. macam tu la umpama perasaan nad time tu..
'ahhh leganya ada budak nie dekat sini'..Nad pon di interview.. dan terus diambil bekerja tanpa bos tengok resume/sijil-sijil.. makkk aiii... senangnye..dan 15/6/2012 ialah hari pertama dan bekerja dan hari pertama memakai tudung sehingga ke hari ini.. Alhamdulilah..
-tudung ketiga..time nie dah pandai pakai tudung macam nie jek,,terus pakai dan siap-

Dan kesemua itu adalah punca dan sebab kenapa nad memakai tudung sehingga la saat ini.. mungkin juga sebab utama Allah telah buka pintu hati nad untuk menjadi manusia lebih baik di masa hadapan dan diiringi dengan doa dari seorang ibu yang mendoakan anaknya.. nad cuma berharap adik nad akan mengambil langkah seperti nad untuk menjadi lebih baik.. ya! ramai yang cakap perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik.. tapi yang anda perlu tahu perempuan yang baik adalah perempuan yang memakai tudung dengan menutup auratnya.. Nad faham jika ramai lagi yang berfikir dan rasa pintu hati masih tak terbuka dan belum bersedia kerana nad juga seperti anda dahulu.. cuma bermulalah dengan niat yang ikhlas untuk berubah.. dan insyallah akan ada jalan.. Nad tak sebaik mana dan nad juga ada masa silam nad.. Cuma bezanya kini nad selangkah kehadapan.. Selangkah ke arah kebaikan.. dan nad masih perlu terus melangkah ke jalan yang sama cuma ke peringkat yang berlainan.. Insyallah.. Doakan nad untuk menjadi lebih baik..
-Tudung ke4 nad..masih gunakan tudung yang mudah seperti tudung nie sebab tak pandai sngat-

Nad berharap sesiapa rakan-rakan nad yang ada simpan gambar nad yang terlebih seksa time nad tak bertudung tu agar delete.. kesian la kat nad ek.. dan kesian kat abah nad di alam sana.. Al Fatihah untuk abah.. :)
Akhirnyaa time nie nad dah teror pakai tudung.hahahah...sukaa sangat ok.. nad pandai pakai selendang lilit-lilit nie pon sebab nad suruh akak yang jual selendang nie ajar nad.. kalau dia ajar sampai nad faham baru nad beli.. kalau nad tak faham nad tak nak beli.. yela watpe nak beli benda yang kita tak reti nak pakai kan.. Dulu tanggapan nad dah pakai tudung tak boleh nak bergaya dan ternyata tanggapan nad tu 100 % salah.. sebabnya.. nad rasa lebih manis dan bergaya bila memakai tudung(perasan)..dan sekarang nie semakin banyak gaya-gaya dan cara pemakaian tudung mengikut perkembangan masa .. Jom Berfesyen sambil menutup aurat! :)

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

 
 
 
 

 

23 September 2012

Pantang Ketika Mekap

Assalammualaikum semuaaaaaaaa.. yehaaaa... dah penghujung bulan 9 nampaknya kita dan tak lama lagi musim orang kahwin akan bermulaaa.. musim perut kenyang dengan nasi kenduri dan mungkin jugak musim berat badan naik ataupun musim nak melaram bagi sesetengah orang.. iyelaaa kan sekarang nie pengapit/keluarga/kawan-kawan pon tak kurang hebatnya siap dengan baju2 baru bagai.. hahaha.. termasukk la diriku ini... alhamdulilah buat masa nie rezeki tempahan mekap nad amat memuaskan.. sehari nad akan ambil dalam 2,3 orang sahaja tu pon kalau jarak masa jauh-jauh dan area semua dekat-dekat.. so kalau semuanya masa yang sama jadi nad tak akan ambil booking tu.. macam sapa cepat dia dapat.. hahahaha (bajet hotttt) ok.. oleh ituu sekarang nad nak kongsikan sedikit pantang larang atau benda yang nad tak suka ketika nad tengah mekap-mekap.. aiyakkkk... so bagi anda yang bakal menggunakan khidmat saya maybe anda patut baca.. sebab kalau depan orang saya okk je sume.. apepon OKKK :p

:::::::::Pantang Larang Cik Nad:::::::::::

1. Nad tak suka bila nad tengah make up tetibe orang yang ada kat sekeliling cakap eh kenapa lipstik die pucat,kenapa warna mata dia macam tu.. oleh yang demikian.. hatikuu yang sedia sensitip nie akan tergurisss.. aiyakkk.. make up pon tak siap lagi.. baru mula dah orang lain nak cakap macam-macam.. nak tengok bole tapi sila diam.. nak tegur bole tapi tunggu selesai mekap.. sekian :P

2.Haaaa nad akan rimas kalau nad tengah mekap tu ramai ler pulak nak lalu lalang.. kejap langgar nad,kejap beg mekap nad,kejap langgar pengantin.. aduhh.. kalau tersentuh takpe.. nie 2,3 kali terlanggar diriku ini.. apepon senyummmm :)

3.Nad jugaaa akan tekanan kalau tengah best-best mekap tiba-tiba akan ada saudara mara pengantin panggil pengantin tu suruh cari barang ker,buat apa-apa kerja ker.. aduhaiii tak ada time lain ker nak buat kerja pon.. at least tunggu la mekap dah siap kan...

4.Masa tu penting jadi sila tepati masa anda.. tak salah kan... kalau masa anda terluang banyak.. masa nad pulak adalah bernilai sekali.. kalau janji nak mekap bermula pukul 10.. maka 9.45 nad akan sampai.. jadi.. nad berharap sangat customer nad beri kerjasama.. ada sekali tu cakap pukul 10 tapi sampai pukul 11 lebih baru mula mekap.. bayangkan kalau hari yang sama tu tetiba nad ada mekap orang lain dalam pukul 12 tu.. tak ker masalah bagi nad? syukur la time tu nad free..so nak tunggu kejap bukan masalah bagi nad..

5.PAYMENT... yeeee.. penting nie.. sesudah selesai kerja nad.. sila la buat payment anda.. sebab nad nie pemalu orangnya.. nak meminta-minta nie sangat la diri ini tak suka.. dah siap kerja.. anda pon dah puas hati so teruss la buat payment.. sediakan siap-siap duit ye.. nad faham anda busy tapi nad pon perlukan upah kerja nad kan.. SAY NO TO BANK IN... dah banyak orang nad jumpa.. dorang tak ada duit kecik nak bayar..omaigod... cakap nak bank in.. tapi lepas seminggu baru bank in.. diriku ini hanya mampu PASRAH..

Kalau tadi senarai benda yang nad tak sukaa tapi sekarang nad nak senaraikan perkara yang nad suka pulak..hahaha.. mana la tahu ada yang sudi nak ikut... :P
                                ---------------------Make up Nikah--------------------------

:::::::Perkara Cik Nad Sukeee::::::::

1. Nad sangat suka kalau pengantin tu murah dengan senyuman...dan family pengantin tu pon sama....nad tak pinta untuk dilayan bagaikan puteri cuma.. sila murah dengan senyuman.. yelaa nad kan tetamu yang datang ke rumah anda.. sekayaa mana pon anda,sebesar mana pun rumah kalau tak senyum nad akan jadi kekok..kesiannn nad...uwaaaa

2.Nad tak kisah kalau orang nak tengok nad mekap dan nak belajar..silakannnn

3.Nad juga suka kalau pengantin tu dah bersiap sedia nak mekap bila nad sampai dan dah siap pakai contact lens bagi yang nak pakai..

4.Sila sediakan satu kerusi yang selesa dan boleh disandar juga sebiji bantal kecil.. kerusi tu untuk anda duduk sebab nad akan sakit pinggang kalau anda duduk bawah atau atas katil yang rendah.. posisi duduk anda perlu lah tinggi untuk keselesaan anda dan juga nad..

5.sila JUJUR itu yang nad suka.. kalau ada yang anda nak tambah apa-apa atau ada yang anda nak nad buat sila beritahu.. nad dengan lapang hati akan terima jika perkara itu ada logiknya..

So bagi anda semuaaaa... selamat mencuba.. dan bagi yang akan gunakan khidmat nad sila sms nad alamat rumah anda.. dan bagi yang bakal berkahwin mungkin u all boleh survey dekat my page sila klik di sini Syarifah Nadia Al jUfry Freelance Make Up Artist


-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm-

17 September 2012

fobiaaaa

assalammualaikum.. hihihi... okeh now nad nk cite pasal fobiaa.. nad rasa mesti ramai di antara anda yang mempunyai fobia terhadap sesuatu benda ke hape dan termasuk la diri ku ini... nad nie memang mempunyai masalah dan fobia terhadap segala jenis binatang dan haiwan.. lol.. dan ini semua jenis-jenis yang nad selalu fobiaa dan fobiaaa..

Batu nisan (keluar topik)
maybe ia sejenis batu dan bukan tergolong dari binatang yang nad fobia tapi still fobia jugak.. sebab? haa nak cite nie sabar2 ckit ek.. sebabnya.. abah nad meninggal pada 07/12/2007 (al fatihah untuk abah) dan time tu nad tengah study lagi kat perlis..so takpela.. lepas 3,4 bulan camtuh batu nisan abah pon siap... Ok la kan.. tapi nad tak tengok lagi sebab nad ada kat perlis time tu.. dan percaya atau tak.. tiba-tiba akak nad,mama dan yang lain-lain call nad tanya khabar nad.. sebabnyaa dorang g kubur abah dan tarikh meninggal dekat batu nisan tu 23/12/2007 .. Erkkk.! maybe korang rasa biasa la kan silap tapi kenapa silap tarikh birthday nad???? untuk pengetahuan birthday nad 23 dec.. terus rasa seram dan takut.. yelaa siapa tak takut kan.. Alhamdulilah nad masih diberi peluang untuk hidup sampai sekarang dan batu nisan abah pon dah tukar balik.. aiyakk!


Tikussss
Rumah nad sekarang nie tak ada la tikus tapi rumah lama nad teres dulu kat seberang jaya ada banyak.. tak pasti la banyak mana sebab tak kira n tataw cmne nak kira pun sebab nampak sama jek.. apapun nad cuma nak cakap.. euuuwwwwwwwwww.... geliiii! nad bole menjerit macam orang gila sebab tikus nie..  ok.. 1 ketika nad pergi kat rak kasut (kt luar rumah) nak ambil la kasut tu dann omaigod!! tikus tu selambek jek lompat keluar dari rak tu tanpa ada perasaan bersalah langsung.. nad pon automatik lepaskan kasut tu dan menjerit dan menjerit dalam ketakutan dan mama nad pon keluar la tengok nad pon cakap la ada tikus dan mama cakap 'tikus pon nak takut!ingat apa tadi,susah orang betui la' erk.. bukan memang patut takut ker?


Kucing comel dan x comel
Okeh yang nie memang nampak pelik sebab nya ramai yang suka kucing/sayang/bela tetapi.. apakah? kenapa? nad pun kurang jelas kenapa dan mengapa cuma apa yang jelas di sini nad pernah menangis sebab kucing nie.. nad suka tengok kucing yang comel (tengok gambar or dari jauh) tapi nad x sanggup nak pegang atau nak dekat.. ok sila nyampah.. hari tu kan masa nie dekat rumah sewa.. nad keluar dengan kawan nad.. lepas tu nad hantar dia dan balik.. sampai je kat rumah.. kat parking nad pon buka pintu belakang ambil barang dan entah macam mana seekor kucing liar masuk dalam kereta nad.. nad takut gilaaa time tu hanya allah je yang tahu.. macam mana nad nak halau nie.. tak kan nk biar dalam kereta nad nanti dia kencing ke berak ke tak ke naya nad.. nad pun memang dah gelabah sangat sambil menangis.. tengok keliling tak de orang pun so camne nak mintak tolong.. nad pon cakap la kat kucing tu 'syuh2' cakap dari jauh.. tapi dia buat tataw jek.. uwaaaa... tolongggg!!! nad pun buka semua pintu.. nad dduk kat depan kereta sambil nangis.. pastu kucing te kesian kot..dia pon keluar selambek jek.. tenkiuu kucing!


Kisah kedua nie masa nad balik kerja,rumah nad nie pangsapuri so kena la naik tangga kan.. nad pon naik la dalam keadaan penat dan letih.. sampai jek ke tangga terakhir.. nad terhenti langkah dan.. erk.. kucing.. dia tengok nad sambil cam nak terkam nad.. dan nad pon jerit la dalam sedih sebab rumah nad belakang kucing tu jek.. Mamaaaaa!!!! mamaaaaa!!! maamaaa!! uwaaa.. tolong laa sini jap.. macam mana nak balik nie.. nak g rumah nad kena lalu kucing tu,,tapi kalau lalu die terkam nad lak camne.. ya allah... takutnyaa! mama nad pon keluar la cepat-cepat sebab ingat jadi apa-apa ker kat nad.. pastu mama cakap kenapa?!!! nad pon.. tunjuk kucing tu.. dan mama... 'bertuah punya budak'!! mama pon dengan baik hati tolong halau.. nad pun balik dengan selamat.. :p

Katak yang bergerutu (betul ke eja)
Okeh sebenarnya nad sangat tak faham kenapa sesetengah rakan nad selambek jek pegang katak tu guna tangan sebab nad nak pandang pun nad takut.. Rumah sewa nad masa study dulu dekat arau perlis.. rumah tu tengah-tengah sawah padi.. tapi rumah teres dan rumah batu la.. rumah nad nie dikenali sebagai zoo sebabnya macam-macam binatang yang nad tak pernah tengok dekat-dekat terus boleh tengok senjak nad tinggal kat situ bersama rakan-rakan nad.. okeh.. pagi-pagi nad pon bangun la mandi nak gi class.. tengah best mandi nad saje la tolak timba/besen yang dekat dengan pintu tu ketepi.. dan!!! aaaaaaaa!!!!! nad menjerit sekuat hati nad.. ade katak dekat bucu lantai tu.. bukan jek sekor tapi duaaa! kawan nad semua datang la lari-lari gi kat toilet sambil ketuk-ketuk pintu n jerit 'nadiaaaaa..nadiaaaa' kenapa? nad pon cakap la ada katak.. tolonggg nad.. pastu nad ambil kain tuala pakai sume.. dan buka pintu.. nad keluar toilet kena lalu katak tu.. pastu kawan nad ambil katak tu guna tangan,dan buang kat luar dan nad.. (tercengang) erk!


Lipas Terbang
Lipas.. siapa tak takut kan.. ramai yang takut termasuk la diri ku ini.. lipas terbang ke tak terbang ke dua2 nad takut dan takut.. sampai sekrang sekali sekala nad akan jumpa lipas.. hahaha.. pernah time tu nad tido dan nad rasa cam ada sesuatu merayap.. otak nad yang tengah blur tu berfikir laa.. hm.. apa nie.. sambil tengah tido.. dan nad terpegang.. dan nad.. aaaaaaaaaa!!! tengah2 tido tu pon nad ada tenaga untuk menjerit dan lari keluar dari bilik.. sambil buat gaya geli-geli.. adik nad yang tengah tido tu pon larik keluar dan tanya  'nape kakcik'??? sambil wat muka bengong.. nad pon cakap la 'ada lipas' adik nad pun.. erk! aku ingat ada hantu ke hape sambil potpet .. lipas pun untuk ditakuti ape.. bukan eh?


Sebenarnya banyak lagi yang nad takut contoh macam rama-rama.lalat,semut,n lain.. tapi semut tu kalau sekor jek nad tak kisah pon.. tapi kalau dia bawak geng mau meremang jugak laa... ahaha.. ok takat nie jek post pasal fobiaa saye... hikkkk

p/s :  nantikan gambar-gambar mekap untuk yang dekat selama dan mengkuang dam..

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

11 September 2012

Baju Kahwin 2013

Assalammualaikum.. hihihi.. tak terlalu awal kan kalau nad nak kongsikan warna warna terkini di tahun yang akan datang iaitu tahun 2013.. jika tahun ini kita semua lihat kebanyakan pengantin menggunakan warna yang terang-terang belaka.. tapi mungkin untuk tahun yang akan datang warna yang sedikit pudar/masam ataupun dikenali sebagai warna belacan.. menjadi pilihan hati kebanyakan orang yang akan berkahwin.. waa... bestnyaaa tawen! Dan bagi yang tak tahu warna masam tu camne meh nad nak explain.. warna nie seperti sedikit pudar,dan masam2.. lol... bukan masak masam-masam manis ek.. ahaha..mungkin baju berwarna masam nie akan menjadi lebih cantekkk jika disulami dengan manik2 yang berwarna sedikit terang dari warna baju tu.. amacam? ok tak.. so di sini nad akan kongsikan beberapa keping gambar baju pengantin yang menggunakan warna masam sebagai warna pilihan..
Warna di atas nie ialah salah satu contoh warna masam/pudar.. warna oren yang pudar kan.. cantik kan.. so bagi anda yang bakal berkahwin maybe warna nie boleh jadi pilihan anda.. tak gituu
Dan gambar di atas nie juga salah satu warna oren masam.. cantik untuk dipakai di hari persandingan anda.. baju fesyen seperti ini sesuai untuk mereka yang bertubuh langsing dan memiliki ketinggian yang tinggi...
Biru.. sweet kan.. jika sebelum nie kita sering lihat pengantin menggunakan warna biru yang terang tapi mungkin selepas ini kita boleh lihat warna yang seperti ini di majlis perkahwinan rakan-rakan/sedara kita.. biru ni pudar dan sweet kann... sukaa la! (macam nad lak nk tawen)
Pink masam dengan gabungan warna grey.. warna yang amat la sesuai untuk digabungkan.. nad yakin kebanyakan wanita yang gemarkan pink akan memilih warna nie sebagai pilihan anda...
haa.. nie lagi salah satu warna masam yang akan dapat perhatian ramai pengantin.. nak cakap warna pink tak la pink sangat kan.. nak cakap warna purple pon tak jugak.. so jadi la warna pink+purple=masam .. ahaha.. bole macam tu..
Purple... jika tadi gabungan warna pink purple tapi kali nie purple semata-mata.. warna purple masam.. cantik kan.. bagi yang akan berkahwin mungkin anda boleh gunakan warna purple sebagai warna pilihan sebab tak ramai yang menggunakan warna nie.. apa salahnya jadikan warna purple masam nie sebagai pilihan kan...
Cuba lihat baju purple di atas... warna nie nak cakap gelap tapi tak gelap kan.. nak cakap terang pon bukan kategori warna terang.. so nad umumkan warna nie sebagai 'purple tua masam' hahahahhaha... :P
Grey !! warna nie antara warna yang hot.. sangat ramai yang gemarkan warna nie dan menggunakan warna nie untuk majlis pernikahan dan persandingan.. jika sekarang warna grey terang dan hampir ke warna hitam tetapi kini warna grey muncul dengan warna pudar untuk tahun 2013.. jadi penggemar warna grey jangan lupa gunakan warna light grey nie di majlis anda..
Credit gambar untuk butik Jalinan Kasih sememang nya baju anda cantik-cantik belaka.. jadi bagi mereka yang tinggal di pulau pinang atau di kawasan utara nie butik JALINAN KASIH sememangnya sepatutnya menjadi pilihan anda :) Dan bagi anda juga jangan tersilap pilih warna.. pilih warna yang sesuai dengan warna kulit anda dan suami anda.. dan gunakan warna terkini untuk di tahun 2013 .. mesti uolss tak nak jadi yang ketinggalan zaman kan.. Pastikan anda memilih design baju dan warna mengikut keselesaan anda dan bukannya mengikut citarasa family anda atau family mertua anda.. nanti yang nak pakai baju tu sapo? kita jugakk kan bukan keluarga kita dan seangkatan dengannya(kita..?).. jangan marah ek pakcik dan makcik!ok.. takat nie je post untuk hari ini... selamat pengantin baru bagi yang akan berkahwin..

p/s : bagi yang nak gunakan khidmat mekap.. nad adalah pilihan terbaik anda.. klik di sini untuk keterangan lanjut Syarifah Nadia Freelance Make Up Artist

Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai baju kahwin atau perkahwinan nad sedia memberikan pendapat.. disilakan ke page nad ya.. dengan klik di  SINI

korang maybe minat entry ni... sila klik tajuk untuk ke entry :)
Impian ke alam pertunangan
Impian ke alam pernikahan
Pelamin Kahwin 2013
Hand Bouquet 2013
Impian ke alam Perkahwinan

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

10 September 2012

Teman Pengganti

 Assalammualaikum.. nad tengah drive nak ke opis then nad pon buka la hot fm.. (siaran wajib) tengah drive sorang-sorang tu tetiba nad dengar lagu 'teman pengganti' dari Black dan Malique.. So nad pon hayati bait-bait kata dari lagu nie.. Dan yes! sangat sedih.. 'omaigod' .. uwaaaa... asal lagu nie sedih.. baru sedar je.. selama nie dengar tapi tak fokus.. pastuh sampai je ofis buat keje macam biasa la.. sampai tetiba nad dengar kawan nad pasang lagu nie berulang-ulang kali kt pc dia.. oh.. ramai jugak suka lagu nie (cakap dalam hati) pastu nad kalih laa tengok kawan nad nie.. dan.. lol.. nangis lak dak nie.. terlebih fokus ker.,. ahahah.. ok.. lagu nie berjaya buat nad dan rakan2 nad sedih.. dan menangis (bagi yang sensitip) .. dorang ade la sembang cakap lagu nie pasal kisah benar.. nad tak berani nak komen.. cuma jika lagu nie adalah kisah hidup seseorang maka .. Hidup anda memang sangat sedih.. (ingat hidup haku je sedih) kihkih.. ok.. serious nad sedih sangat lirik lagu nie.. cuba korang hayati dan dalami maksud lagu nie.. sangat dalam.. tersentuh hati sanubariku.. memang lagu nie terbaikkk!



Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

soo bagi korang yang nak dengar bole buka dekat video tu yek! akuuu kan pergiii.. pergii ku akan kembali.. hehehe... baibai

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

6 September 2012

Jejaka Idaman

Assalammulaikum... tajuk entry kali nie ade tak cam tajuk lagu..  haha.. ade kan kan kan.. Ohhhh sayanggg engkaulaaa jejaka idaman... (bajet suara merdu) .. kali nie nad nak kongsikan tips2 nk ayat 'jejaka idaman' nie.. nad pon tak try lagi... tapi saje nk share dengan uolsss.. hihihi..
Dari kerana mata.. (ala2 p.ramlee) ok.. kita semua tahu kan yang dari mata akan turun ke hati..lepas tu hendak 'bersama' sampai ke 'mati',sesi memikat dan hati terpikat,bersama sepakat sampai akhir hayat.. wahhh ayat tu.. hihihi..ada banyak cara nak memikat seseorang dan banyak sebab kenapa orang terpikat.
hm.. Cantikk?kacakk? yup2.. masih ramai yang penting kecantikan luaran nie.. walaupun mulut sering cakap tak tengok luaran tapi hakikatnya sendiri tau la kan..Tapi tahu tak anda kadang-kadang personaliti yang bersahaja,semulajadi (tanpa cover2) berjaya memikat hati si lelaki nie.. Ada lelaki yang sukakan wanita yang manja.. dan kebanyakan yang nad jumpa buat masa nie suka yang manja tapi bukan mengada-ngada okeh!tapi nad pon kekadang memang ngada2 gak..(Selalu kot)omg! patutlaaa!(ok sila sedih)Tapi ade juga yang sukakan wanita yang tegas.. kononnya ada daya saingan nak mencuba..tapi walau camne pon kalau 'hati' dah mula terpikat teruskan usaha anda.. jangan duduk diam dan malu kononnya kalau ada jodoh adela.. kita sebagai perempuan pon boleh bertindak tetapi bertindak dalam senyap.. jeng jeng jeng.. sebab tu orang selalu cakap hati 'Wanita' nie ada 1001 rahsia.. wah..  Sekarang nie takde istilah 'perigi cari timba' asalkan berpada-pada nak bertindak yek!macam biasa..bertindak dalam diamm.. shhhhhh
                         -koleksi gambar album mekap saye..my customer yang hepi2-

Tips yang tak tahu boleh pakai ker tak.. ngeh2
*JAGA maruah anda sebagai wanita islam
* Elak menunjukkan anda terlalu baik atau sempurna.
* Jangan perasan anda cunn sangat na
* Sentiasa sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.
* Bersikap keibuan kalau tak suka pon belajar untuk suka
* Ketahui mereka adalah golongan yang sensitif dan suka kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
* Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum memulakan langkah memikat.
* Lelaki sukakan wanita yang menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipnuhi jerawat batu! Jangan terlalu pucat,paling kurang pakai bedak dan lipstik
* Sentiasa senyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
* Berperwatakan menarik dan lemah lembut.
* Jujur dan sentiasa merendah diri.


-sumber gambar adalah dari album mekap saye.. my customer yg hepi-


* Lakukan apa yang dia suka.

* Pandai menarik minat lelaki.
* Jangan terlalu mengongkong.
* ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.tapi jangan la sampai pegang2,kalau dah kahwin takpe..
* Jaga cara penampilan atau pemakaian anda.
* Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya.
* Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang.
* Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempuan murahan.
* Jangan bersikap terlalu jual mahal.
* Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
* Tidak mudah putus asa dan berdikari.
* Elak bercakap benda yang tidak berfaedah dan buang masa
* Jangan bandingkan dia dengan lelaki lain.
* Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
* Jadi pendengar setia bukan pembangkang.
* Lelaki suka di manja dengan belaian dan kata-kata romantik.
* Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.(tak buat pon takpe kot)
* Menghormati dirinya, keluarga dan teman rapat.
* Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.
* Jangan terlalu menunjukkan kegembiraan yang amat sangat ketika bertemu dan berbual dengannya.
* Bersikap feminin dan elak terlalu ganas dalam pergaulan.
* Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

* Jangan melampau, nanti lelaki meluat dengan anda.
*Dan akhir sekali Jadi diri anda sendiri.. tak perlu la berpura-pura jadi orang lain..
-
                    -gambar sumber album mekap saya..my customer yang hepi-
Okeh.. so bagi yang single mingle korang boleh la try tips2 nie kot la berjaya.. kalau tak berjaya cuba lagi..haha.. jangan putus asa.. sentiasa cuba dan berdoa.. tapi moga tips nie digunakan kepada lelaki yang benar-benar baik dan sesuai.. jangan pakai hentam je.. ibarat la macam 'nak pakai lama' ahahah.. mengong nad hari nie..thnx reading :)

p/s : bagi yang dh berjaya guna tips nad nie sila gunakan khidmat nad sebagai cik andam di hari bahagia anda.. dan sila click sini untuk keterangan lanjut dan kalau baik hati sila like sama Syarifah Nadia Al Jufry Freelance make up Artist

Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

3 September 2012

Bisnes Tudung (Zada Hijab)

Assalammualaikumm... hikkk.. dah lama tak update.. ngeh2.. bukan apa.. sekarang nie bertambah2 bz.. almaklumlahhh kalau sebelum nie bz dengan mekap-mekap orang lain,,kali nie bertambah la bz sebab nad telah tambahkan bisnes nad... Bisnes apa?? apa lagii jual tudung on9.. Buat masa nie page kat fesbuk nad telah pon dibuka.. nama bisnes nad 'Zada Hijab' dan nama Zada diambil sempena maksudnya iaitu 'beruntungg' kononn nak untung la eh.. kihkihkih.. Buat masa nie tudung Siti Sarah dah siap 10 helai,tudung Syria Annisa pon 10 helai cuma tudung bawal Khadijah je tak siap lagi sebab tudung bawal nie special ckit..apa yang special tudung bawal nie dibuat 100% oleh nad dan share partnar nad sendiri.. share partner nad sape lagi kalau bukan cik azie.. memang sah-sah takde orang lain.. hihi
Yupp.. semua sedia maklum yang pasaran tudung yang dijual secara online amatla banyak dan saingan sengit tapi itu tak akan mematahkan semangat nad dan rakan nad sebab nad yakin yang bisnes nad nie akan berjaya,jadi diri sendiri dan lebih kreatif kan? lagipun harga yang akan nad tawarkan amat berpatutan dengan kos penghantaran ke semenanjung adalah percuma kecuali sabah/sarawak.. sebab sabah/sarawak caj dia lebih ckit.. Oleh kerana nad dan share partner nad adalah pekerja di ofis courier yang terkemuka itu jadi proses penghantaran adalah lebih mudah dan kami sendiri boleh pantau kesemua barang yang kami hantar secara sendirinya.. so kepercayaan customer tanggungjawab kami.. cewahhh ayat tu.. hihikkk..
So nad berharap sangat yang bisnes tudung nad nie akan mendapat sambutan.. mungkin sekarang nad akan bermula dengan 30 helai.. selepas nie pulak 60 helai ke,dan makin lama makin manyak.. waaaaa... (sambil angan2) Dan andai tak mendapat sambutan pon nad akan cuba buat yang terbaikk untuk promosi bisnes nad nie.. Bukan nad laa kalau nak berputus asa.. mungkin kesemua tudung nad nie akan diupload gambar ke dalam page hujung bulan nie.. sebelum tu kena shoot dulu,memandangkan fotografer pon dah tempah.. sekarang nie cuma tunggu tudung-tudung siap jek.. pas shoot dah settle.. gambar pon siap jadi nad akan jual secepat mungkin... yay!! tak sabar2 rasanya.. hikkk.. apa yang specialnya tudung-tudung koleksi Zada Hijab nie nad akan kami akan menggunakan nama-nama islam untuk kesemua koleksi kami.. seperti siti sarah/khadijah/annisa dan nama-nama lain untuk koleksi yang akan datang.. mungkin akan mendapat berkat dari nama-nama islam camnie..
nad doakan bisnes mekap nad akan terus mendapat tempat di kalangan sesiapa yang bakal berkahwin juga tempat untuk semua yang bertudung (untuk bisnes tudung) Bermula dari bawah sedikit demi sedikit sehinggalah menuju tangga kejayaan,, Doakan nad semua.. thnx !

 Tudung yang azie dan nad pakai nie adalah tudung dari koleksi Siti sarah.. akan dijual ke pasaran selewat-lewatnya hujung bulan ini dengan pelbagai warna dan harga yang anda sendiri tak percaya(ayat nk bg sedap)
hahahha.. teruskan menyokong yek!korang boleh klik sini untuk terus ke page Zada Hijab

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm