Tabung

11 September 2012

Baju Kahwin 2013

Assalammualaikum.. hihihi.. tak terlalu awal kan kalau nad nak kongsikan warna warna terkini di tahun yang akan datang iaitu tahun 2013.. jika tahun ini kita semua lihat kebanyakan pengantin menggunakan warna yang terang-terang belaka.. tapi mungkin untuk tahun yang akan datang warna yang sedikit pudar/masam ataupun dikenali sebagai warna belacan.. menjadi pilihan hati kebanyakan orang yang akan berkahwin.. waa... bestnyaaa tawen! Dan bagi yang tak tahu warna masam tu camne meh nad nak explain.. warna nie seperti sedikit pudar,dan masam2.. lol... bukan masak masam-masam manis ek.. ahaha..mungkin baju berwarna masam nie akan menjadi lebih cantekkk jika disulami dengan manik2 yang berwarna sedikit terang dari warna baju tu.. amacam? ok tak.. so di sini nad akan kongsikan beberapa keping gambar baju pengantin yang menggunakan warna masam sebagai warna pilihan..
Warna di atas nie ialah salah satu contoh warna masam/pudar.. warna oren yang pudar kan.. cantik kan.. so bagi anda yang bakal berkahwin maybe warna nie boleh jadi pilihan anda.. tak gituu
Dan gambar di atas nie juga salah satu warna oren masam.. cantik untuk dipakai di hari persandingan anda.. baju fesyen seperti ini sesuai untuk mereka yang bertubuh langsing dan memiliki ketinggian yang tinggi...
Biru.. sweet kan.. jika sebelum nie kita sering lihat pengantin menggunakan warna biru yang terang tapi mungkin selepas ini kita boleh lihat warna yang seperti ini di majlis perkahwinan rakan-rakan/sedara kita.. biru ni pudar dan sweet kann... sukaa la! (macam nad lak nk tawen)
Pink masam dengan gabungan warna grey.. warna yang amat la sesuai untuk digabungkan.. nad yakin kebanyakan wanita yang gemarkan pink akan memilih warna nie sebagai pilihan anda...
haa.. nie lagi salah satu warna masam yang akan dapat perhatian ramai pengantin.. nak cakap warna pink tak la pink sangat kan.. nak cakap warna purple pon tak jugak.. so jadi la warna pink+purple=masam .. ahaha.. bole macam tu..
Purple... jika tadi gabungan warna pink purple tapi kali nie purple semata-mata.. warna purple masam.. cantik kan.. bagi yang akan berkahwin mungkin anda boleh gunakan warna purple sebagai warna pilihan sebab tak ramai yang menggunakan warna nie.. apa salahnya jadikan warna purple masam nie sebagai pilihan kan...
Cuba lihat baju purple di atas... warna nie nak cakap gelap tapi tak gelap kan.. nak cakap terang pon bukan kategori warna terang.. so nad umumkan warna nie sebagai 'purple tua masam' hahahahhaha... :P
Grey !! warna nie antara warna yang hot.. sangat ramai yang gemarkan warna nie dan menggunakan warna nie untuk majlis pernikahan dan persandingan.. jika sekarang warna grey terang dan hampir ke warna hitam tetapi kini warna grey muncul dengan warna pudar untuk tahun 2013.. jadi penggemar warna grey jangan lupa gunakan warna light grey nie di majlis anda..
Credit gambar untuk butik Jalinan Kasih sememang nya baju anda cantik-cantik belaka.. jadi bagi mereka yang tinggal di pulau pinang atau di kawasan utara nie butik JALINAN KASIH sememangnya sepatutnya menjadi pilihan anda :) Dan bagi anda juga jangan tersilap pilih warna.. pilih warna yang sesuai dengan warna kulit anda dan suami anda.. dan gunakan warna terkini untuk di tahun 2013 .. mesti uolss tak nak jadi yang ketinggalan zaman kan.. Pastikan anda memilih design baju dan warna mengikut keselesaan anda dan bukannya mengikut citarasa family anda atau family mertua anda.. nanti yang nak pakai baju tu sapo? kita jugakk kan bukan keluarga kita dan seangkatan dengannya(kita..?).. jangan marah ek pakcik dan makcik!ok.. takat nie je post untuk hari ini... selamat pengantin baru bagi yang akan berkahwin..

p/s : bagi yang nak gunakan khidmat mekap.. nad adalah pilihan terbaik anda.. klik di sini untuk keterangan lanjut Syarifah Nadia Freelance Make Up Artist

Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai baju kahwin atau perkahwinan nad sedia memberikan pendapat.. disilakan ke page nad ya.. dengan klik di  SINI

korang maybe minat entry ni... sila klik tajuk untuk ke entry :)
Impian ke alam pertunangan
Impian ke alam pernikahan
Pelamin Kahwin 2013
Hand Bouquet 2013
Impian ke alam Perkahwinan

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

47 comments:

  1. warna masam pun ada ye kak :D
    heee ~

    ReplyDelete
  2. baru tahu ada warna masam... hehehe... nad ni... ada jer idea die... pink thumb up (maklum la peminat pink katanyer)
    oren masam pun lawa gak kannnnnnnn... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..pminat pink ker.. yup oren masam pon sweet jek an..

      Delete
  3. errr....bukan warna pastel ke tu? dlm melayu panggil masam ek...tak tau plak

    ReplyDelete
  4. Blogwalking! Blogwalking!

    awifetobeBTB.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam kak,mau tanya kalau mau cara2 mau beli baju kat tempat kak nie

    ReplyDelete
  6. Canteek warna2 tu, tp family sy jenis suka warna yg agak terang dgn andaian lbh ceria, agak2 akak la kan, kombinasi warna apa yg cantek selain purple+pink?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna terang 2012 rmai yg dh guna tapi kalau nk guna lg x salah la.. warna kena ikut jenis kulit adik jgk.. :)

      Delete
  7. salam kak nad, nk tya la pic busana pengantin yg kt ats 2 (pink masam + grey) n (pink masam + purple) 2 dr butik mna yer? sy minat sgt ngn design n wrnanye. ingt nk usha utk majlis sy thun dpn. hrp kak nad dpt mbntu..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dari butik jalinan kasih.. :) atas tu ade link dia..

      Delete
  8. pink masam tu bukan ker nak sama gan warna pink belacan, untuk kawin tahun 2013 colour apa yg sesuai untuk majlis akad nikah, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa pink masam dengan pink belacan lbh kurang sama je.. kalau nikah tahun 2013.. selain putih warna yang sweet2 sesuai untk nikah.. sb nikah xperlu warna terang2 kan.. mcm warna coklat muda/grey/krim/peach..

      Delete
  9. kat mana ne ek?labuan kalau nak sewa wedding dress tu cam ner boleh x

    ReplyDelete
  10. cantek yang 1st tu..mmg tgh cr design baju kwen ni dear..any idea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang baju 1st tu kalau gabungkan dengan warna gold pon menarik.. tetap lembut warnanya..

      Delete
  11. Assalam...nak tanya design baju purple tua masam tu dpt dr website mane ek? Suka dgn warna and design die...nk tgk full dress tu...blh bagi linknyer?...thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nad kan ade bagi link.. yang ada baju nie sume dari butik pengantin jalinan kasih.. hehe

      https://www.facebook.com/jalinan.kasih.9?ref=ts&fref=ts

      Delete
  12. Mcm.mana tema kuning pink..cntk x..kuning lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuning pink pon menarik jugak.. :)
      kalau warna yang lembut.. sweet jek,.. =)

      Delete
  13. salam kak,nak tny jika warna tema saya baby blue,saya nak gabungkan dengan warna apa ya yang paling sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. kalau baby blue.. warna pink lembut pon boleh.. tapi baru2 nie ada nampak pengntin gabungkan wrna baby blue dengan kuning cair.. nampak nice jugak :)

      Delete
  14. lawa jugk warne macam tu kak nad! hehe.

    *tgh pikir kolor tema kawen lagi nih..tolong kak nad!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna lembut sekarang nie cantikkk fiza.. try la pilih warna mna mnjadi pilihan hati.. hehe

      Delete
  15. Nad, baju kaler purple tua masam tu ada kt jalinan kasih x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh g carik kt sana.. mcm2 grey ada.. lg cantik2 pon ada..

      Delete
  16. cantik sangat baju yang kaler purple tua masam..baju 2 ada dekat butik jalinan kasih seberang jaya x?

    ReplyDelete
  17. Comel2 warnanya. Bilalah giliran kte pula nk pkai bju pengantin..;-)

    Purple tua masam ea..hahaha

    ReplyDelete
  18. Cantik2 design bju cik nadB-)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum,nk tanye kat seberang jaya butik jalinan kasih ni ade?

    ReplyDelete
  20. hi,blogwalking sini.nice info..jom lawat page saya plak

    http://www.facebook.com/Sweetsweetsugar7

    ReplyDelete
  21. Salam kak..nak minta pendapat sikit lah..if warna kuning terang sesuai dengan caler ape yer..masih mencari lg nie..

    ReplyDelete
  22. cantik sangat warna masam 2

    ReplyDelete
  23. warna tema untuk 2014 plak ape ek..huhu

    ReplyDelete
  24. Baju untuk dinner ada x? Tema glitz nigth

    ReplyDelete
  25. Sis x jual ke dress pink gray 2

    ReplyDelete
  26. salam cik nad nk tnye bju biru sweet tu sis sewa kn x...sy da bknan gler da..

    ReplyDelete
  27. sis pape tlg inbox sy ek...ni fb sy...ieyra edora..sy mnti jwpn dr sis...huhu

    ReplyDelete