Tabung

9 August 2012

Lelaki Oh Lelaki !


Okeh.. sekarang nad nak cakap pasal 'lelaki oh lelaki' .. huhh.. Sebab baru baru nie nad ada terbaca status kat dalam fesbuk pasal seorang lelaki nie yang bagi nad kata kata lelaki tersebut agak kurang senang di baca.. Dan macam biasa manusia sekarang nie suka menggunakan 'twitter' dan 'fesbuk' nak meluahkan rasa.. Ceh.. Kalau ye pon kecewa.terkilan,terluka,hampa,sakit hati nad sarankan ko g la cari tikar sejadah dan Solat bukannya buat status kutuk2 orang lain konon lepas update status nak dapat simpati ker? ohh...pls!

       Lelaki A : Perempuan bertudung berpura pura,Mulut laser,Wajah berseri tu lakonan,Takde budi pekerti dan tak Bersopan Santun,berhati hati lelaki di luar sana

      Lelaki B : Perempuan bertudung tu tak bermakna dia berhati mulia.baik cari perempuan yang tak menutup aurat,sexy dari cari calon yang betudung,kemudian kita bimbing perempuan nie ke arah yang lebih baik..

     Lelaki A : Betul tu.. (sokong) perempuan yang tak menutup aurat adalah lebih baik..

    Gadis C  : Sekurang kurangnya perempuan bertudung tu dah kurang 1 dosa dia dengan menutup Aurat

    Lelaki A/B : Terus tak Reply

So kesimpulannya nad rasa dorang nie bajet best.. Lol.. konon nak bimbing wanita2 lain ke arah yang lebih baik.. Hello.. ilmu agama awk dah cukup ker? solat tu cukup ker lima waktu? Mengaji al Quran dah khatam 3x ker? nie takat ilmu agama pon cukup2 makan so mampu ker nak bimbing anak orang lain? cakap tak serupa bikin.. Dan kalau perempuan tak bertudung nie nak berubah ingat dia nak ke laki yang berfikiran cetek macam tu.. Please ok (sila Geli)
Dan bagi nad sendiri bukan masalah bertudung atau tak,.tapi sebaliknya terpulang kepada diri individu tersebut yang membawa diri dia sendiri.. Jadi kalau ada nilai yang tidak baik terhadap salah seorang perempuan bertudung nie Adilkah wanita bertudung lain turut dihukum? Kerana gagal bercinta,kerana cinta ditolak anda menghukum wanita itu?? Sangat sedih okeh!
Kepada lelaki A.. Awak cakap perempuan bertudung itu berpura pura,mana awak tahu dia berpura pura.awak tuhan ke yang dapat selami hatinya? Awak cakap dia mulut laser.. Salahkah jika dia bercakap benda yang benar dan terus dituduh laser?jika salah biarlah dia terus digelar 'Mulut Laser' .. Dan wajah berseri seri tu lakonan.. Saya tak rasa wajah seseorang tu kita boleh ubah sendiri jadikan berseri seri,maybe kita boleh ubah jadikan cantik tapi mana mungkin jadikan berseri seri melainkan Allah yang kurniakan.. Then awak cakap dia tak berbudi pekerti dan bersopan santun,awak sudah cukup baikkah?(tolong pikir) Yang paling tak boleh blah siap bagi amaran dekat lelaki2 lain di luar sana.. Bukan 10 orang sahaja lelaki kt luar sana.. 10 menolak..pasti ada ramai lagi yang menanti.. (jangan jeles)

- Saya Bertudung Kerana Agama Saya Jangan Pertikaikan Peribadi Saya Kalau Anda Belum Tentu Baik-
Dan kepada lelaki B,,Wahhh sedappp je mulut kau cakap perempuan bertudung nie tak semestinya berhati mulia.. ibu anda tak pakai tudung kah? kalau dia pakai maknanya dia tak berhati mulia la? (sah mental dak tu) haha.. sabo jela.. camtu la orang bijak pandai bercakap..
Kepada lelaki lelaki lain Cintailah seorang wanita itu kerana Allah Bukan kerana niat2 lain.. dan kepada wanita di luar sana,..tolonggg la jangan cari lelaki yang cetek pemikirannya macam lelaki2 dalam dialog di atas.. Tak semua lelaki seperti itu.. maybe 1/10 kot..hehe (pandai2)

p/s : cite nie takde kena mengena di antara yang hidup atau yang telah tiada.. nie sekadar pandangan untuk dikongsi bersama,kalau terasa 'Lantak kO la' .. (gelak jahat) ehh.. kalau terasa maafkan la diri ini yg serba kekurangan untuk memberikan pandangan :) (Senyum ikhlas)

p/s : Pintu Hati saya closed untuk masa nie.. harap maklum!


-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum Nad,.. :)

    Wow..citer pasal orang komen2 kat fesbuk & twitter yer? Hehehe... mmg mcm2 ler akan kita jumpa..pelbaai jenis status. Kadang2 nak tergelak sebab kita leh baca mentaliti seseorang berdasarkan status fesbuk/twitter dia..kekeke.

    Hmm... pada abg kan, mmg tak wajar seseorang tu menilai orang bertudung ni dgn mcm2 penilaian negatif. Lebih bagus gadis yang bertudung. At least dia jalankan satu kewajipan. Tudung pendek ke labuh ka...biar ler dulu. Sekurang-kurangnya dah tutup rambut. Nanti bila dia makin matang, dia akan labuhkanlah...(bersanagka baik tau)..

    Okey Nad... jom tunggu nak berbuka puasa lagi 10 minit shj. bye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kata2 pon dah boleh menggambarkan diri kita sendiri sebenarnya.. tulaaa nad rasa tak patut kutuk perempuan bertudung camtu,kita bukan sesiapa nak nilai seseorang tu.. cuma manusia yang tak sempurna je.

      Delete
  2. waaaa...lantanggg..bagus2
    pedulikka org cetek pemikiran..
    xberilmu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu qaseh.. orang2 cenggini kena buat tataw n jgn layan.. hehe

      Delete
  3. salam nad...terbaekkk... :)

    ReplyDelete