Tabung

31 July 2012

Kawan Ku Kahwin Lagi

Salam semua... wah2.. dah lama kot x update blog nie rasanya senjak bulan puasa nie.. haha.. bukan apa oleh kerana bulan  nie adalah bulan puasa makanya bulan nie ialah bulan yang paling mulia (bulan tenaga kurang) al maklumlah memandangkan nad nie kerja office di siang hari.. kerja pulak dekat office courier yang memerlukan nad bergerak sepanjang masa hingga mengugat iman bila terkenangkan air 100 plus.. hahaha.. Alhamdulilah buat masa nie nad berjaya tempuh sepanjang 11 hari berpuasa.. Harap anda semua pun berjaya jugak la ye.. ok.. Berbalik kepada tujuan utama pada hari ini.. nad nak kongsikan beberapa keping gambar make up customer nad yang telah Mendirikan masjid sebelum bulan puasa,juga tak ketinggalan gambar pertunangan my bff yg cute lg comel gituuu..

Baru2 nie nad mendapat tempahan untuk ke rumah pengantin yang terletak di maklom sungai dua,perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit dari rumah nad ke rumah pengantin terbabit.. untuk makluman nad dah lupa nama pengantin nie sebab di hari nad mekap customer berbaju pink nie nad juga berkejar ke dua tempat yang berlainan,1 hari tu 3 tempat.. memang sangat memenatkan namun berbaloi dengan apa yang nad dapat.. kepuasan bila seseorang tu menggunakan khidmat kita dan percayakan diri kita.. itu yang nad rasa.. apapun nad masih ingat yang customer 'berbaju pink' nie sangat2 baik,peramah dan melayan nad dengan baik sekali.. thanks sangat :) Moga perkahwinan nie bertahan sampai ke akhir hayat anda

 Sebelum                                Selepas

haaaaaaaa.. apa kata anda selepas melihat gambar nie.. ade kelainan tak? untuk makluman semua gambar nie hanya diambil menggunakan hp dan tidak di edit oleh mereka2 yang profesional.. makanya gambar ini adalah yang original tanpa diubah apa2.. Dan sesuatu lagi yang perlu anda tahu,customer nie telah buat special request dan nad menerimanya dengan hati yang terbuka sebab nie bukan kali pertama nad dapat request macam nie.. Customer nie cuma minta yang kening nya tidak diapa2kan oleh pisau cukur kening nad.. muahahaha.. okeh ! sebenarnya dia tak nak cukur,cabut atau mengubah kening dia.. dia nak seperti asal.. Dan nad okey je! janji bagitaw awal2 na.. kang cek dah cukur baru gtaw x boleh buat apa2 dah.. haha.. Namun nad sedikit hampa sebab dia tak nak gunakan Contact lens tapi selepas siap make up dan melihat hasilnya nad rasa dia tak perlukan lens untuk cantik sebab kecantikannya mmg dah terserlah :P

Dan si cantik manis nie namanya Noor Idawati Johari,salah seorang kawan baik nad senjak di bangku sekolah lagi,,cewahhh... haha.. ok! nad pgil dia Ida,dia salah seorang kawan nad ataupun ahli kumpulan nad masa nad umur 13-15 tahun..(sebelum nad berpindah sekolah lain) dia nie ialah rakan seperjuangan nad,.bukan berjuang untuk belajar,tetapi berjuang menjadi pelajar yang paling nakal di sekolah waktu tu.. haha.. tapi yang paling Ajaib sekali bila kami menjadi salah seorang yang agak berjaya dan berdedikasi pada ketika nie.. (berjaya ker???) hahahaha... ternyata kenakalan kami semua hanya laa bersifat sementara sebelum kami semua lebih berfikir ke arah masa depan yang lebih cemerlang.. Eh.. dah melalut dah nad nie.. apapun nad cuma tumpang bahagia bila seorang demi seorang rakan2 nad melangkah ke alam untuk menjadi seorang Isteri .. Ida juga akan berkahwin bulan Dec nie dan akan menggunakan khidmat nad Sebagai Cik andam yang single mingle dan tak kahwin2.. haiii... kena mandi bunga laa nad nie kot.. haha... Tahniah Ida!

Dan ini lagi satu gambar cik ida :)

Baiklah kalau tadi Nad bercerita tentang kawan sekolah nad zaman nakal2.. kali nie nad telah make up salah seorang rakan baik nad juga sewaktu umur 16-17 tahun.. Nad terharu sebab dia percayakan nad dengan menggunakan khidmat nad di hari bahagia yang akan menjadi hari bersejarah buat si cantik nie.. Rakan nad yang nie namanya  Nurul Husnaa Adenan ! uwaaaa.. sorang lagi dah kawen.. habis nad nak kawan dengan sape !!! tak apelah mungkin jodoh dorang sampai awal kan,,sape lah nad nie nak menidakkan.. apapun nad berharap sangat cik Hana kita akan bahagia selalu dengan kehidupan baru yang bakal ditempuh ! Sayang awak sangat !! dan yang paling penting nad telah dipilih untuk menjadi pengapit di hari bahagia tu dan saya bangga okeh ! sebab menjadi sebahagian di hari yang bersejarah nie.. asyik jadi pengapit je nad nie.. Untung kan2.. jangan jeles ye.. Sape lagi nk booking nad jadi pengapit.. bagitaw awal2 taw kwn2 ku syggg :)
cuba korang tengok betul2.,, sape yang tengah snap pic di sebalik cermin.. ce teka.. kalau betul nad bagi sekupang ok.. haha.. boleh masuk dalam tabung anda yang sememangnya tak de duit syiling tu.. kan2.. jgn tipuuuuuuuu :)

Baiklah nie salah seorang lagi customer nad yang nad tak sempat nak snap pic sebelum.. huhu.. sedihhhh taw.. tapi tak ape yang penting segalanya dah selesai dan akak yang comei nie sangat berpuas hati,,bukan nad cakap taw,, akak nie yang cakap... tak caya tanya dia sendiri okeh ! tu pon kalau korang jumpa and kenal dia la.. sebab nad pun lupa nama akak nie yang ingat dia datang dari perlis,singgah ke rumah kawan dia di alma dan terus gerak ke perak.. jadi dia gunakan khidmat nad bila melihat Page make up nad di Fesbuk.. thanks la akak sebab percayakan saya walau dengan hanya melihat gambar saya.. Hargai sangat.. so korang yang tak tahu boleh tengok kat sini 

Baiklah nie gambar terakhir yang nad akan kongsikan hari ini.. customer nie tinggal di kulim jadi nad bergerak ke kulim demi menghiaskan pengantin nie agar akan secantik Puteri .. korang rasa macam puteri tak? Nad sangat sukakan pose gambar nie.. memang cantik sangat.. Best kan kahwin.. kan.. kan.. kann .. 
haha.. jadi.. setakat nie aje post nad untuk hari ini.. dan untuk pengetahuan semua booking untuk bulan september masih dibuka.. bagi anda yang bakal berkahwin.. jum cepat2 booking..

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

4 comments:

  1. hyeee nad :)
    pandai awk makeup, memang cantik and tak nampak over! sukeeeee tgk sebelum dan selepas.

    nanti boleh la sy book awk utk kawen ek.
    erkkkkkk, tp lambattttttttt lagi la sbb still single. muehehehe

    ReplyDelete
  2. haiii shema.. thnx sb visit my blog :) wah.. bole2.. nanti dah ade calon nk kawen bagitaw nad terus ye.. hehe.. nad bagi diskaun oleh kerana shema orang 1st komen entry nie.. hahaha

    ReplyDelete
  3. hai nad..so beautiful!!btw,sy pon mekap org jgak tp part time je cuma x sehebat awk..hihi..ape2 pon,u r ohsem girl!!

    ReplyDelete
  4. fatin : hai2.. thnx yer sebab sudiii tgk blog nad nie.. nad pon x pandai sngt mekap.. boleh laa.. hehe.. biasa2 je.. takpe.. kalau ada apa2 nak tnya.. tnya je.. kita kongsi2 ilmu yang ada nie baru la berkat.. hihi

    ReplyDelete