Tabung

11 August 2012

colourful di hari raya :)

Assalammualaikumm

Ehem2.. hari nie nad nak taip pasal baju raya.. yay!! tak sabar nak pakai.. hehe.. Baju raya korang kaler apa.. n berapa helai? okeh.. baju nad dua pasang.. Yang 1st kaler biru.. biru terang.. actually nad beli baju nie dekat butik dalam sunway carnival mall dengan harga ram200.. oleh sebab nad g beli dengan bff nad tu yang nama azie.. Dan oleh sebab kami nie serasi.kawan baik,.jadi secara tak sengaja pilihan baju kami adalah sama,.huh!! kalau g beli asing2 pon.. baju baju dress kami banyak yang kebetulan sama.. Jodoh kot.. So apa lagi.. berebut laaa nad dengan dak azie tu.. cis.. lawan tarik baju.. nad nampak dulu.. tapi azie yang pegang dulu.. so terjadi la pertengkaran antara kami selama 15min.. haha..Akhirnya kami ambil keputusan untuk beli baju yang sama.,. macam la kami tak pernah pakai baju sama kan.. Tapi kali nie Sama di hari raya.. LOL
Haaa.. nie la warna baju raya nad nanti.. hehe.. kaler biru terang.. nad sukaaa sangat.. tudung nanti pakai warna yang berlainan macam kuning atau merah.. :) baru laa colourful kan kan kan..

 Warnaa hijauu.... cantikknyaaaa dan memukau mata yang memandang.. warna hijau nie adalah trend warna di masa kini.. kitaa boleh lihat ramai artis kini gemar memakai pakaian warna nie.. so oleh sebab nad seorang yang perasan jadi nad dah beli baju kurung warna nie.. cantikknyaaa tak sabo nak pakai..
Okeh.,nie lak gambar warna mekap mata yang nad akan gunakan time tu.. mula2 sekali letak warna hijau yang cerah disusuli hijau tua untuk shading di bahagian hujung mata.. mesti mengancam punye :)

untukkk baju biru nad akan kenakan kasut berwarna merah,., (ala2 nora danish selalu pakai) hahaha.. konon nak ikut trend laaa... nad rasa biru n merah sesuai la kot.. hentam ajelaaaa
Dan untukkk baju hijau tu nad ingat nak pakai bag kuning tu.. dah macam bendera kedah dah nad nie.. Adoiii... mentang2 la cek lahir kedah.. kalau sebut dgr macam pelik.. kena try pakai baru tak pelik kot kan.
Cuba tengok gabungan warna model nie pakai.. biru sesuai dengan kuning kan.. jadi kalau baju hijau nak sesuaikan dengan ape pulak.. nad plan biru dengan merah.. kuning dengan hijau,.. haha.. baru plan je.. tak pasti jadi ker idok ye..
Cantekkkk kannn macam baju yat hamzah pakai.. i loikeeee 20x.. hehe.. tapi ada berani ka? haaa...
Susah jugak nak buat gabungan warna sebenarnya,,so nad akan terus berfikir dan berfikir sampai la hari sehari sebelum raya.. hehe.. tudung.kasut,beg x beli lagi sebenarnya so nad ade masa seminggu lagi nak beli dan berfikir warna sesuai yang nad nak gabungkan agar kelihatan ceria dan jelita,cewah...semangat raya gitu..Yang da beli baju raya bagusla..tapi yang belum beli,jum cepat2 beli.. okeh now nad nak sambung berfikir sambil google2.. haha.. ops.. gambar2 di atas sumber daripada google :)

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

10 August 2012

PhotoShoot Bersama Cik Nad :)

Assalammualaikum... Bulan puasa nie nad takde nak update cite tentang mekap.. yo laa sape nak kawen bulan puasa nie kan.. bulan puasa nie bulan untuk kita banyakkan Amal ibadat.. Tapi nad sukaa sangat sebab nad ada banyak booking mekap selepas raya nie.. Alhamdulilah.. tak sabar nak update gambar2 customer nad.. Ops.. dah lari topik nie.. haha.. Hari nie nad nak kongsikan beberapa gambar photoshoot yang nad pernah join.. selain suka mekap nad jugak sukaa snap2.. haha.. pantang jumpa kamera..Dan sekarang nie photoshoot sememangnya menjadi kegilaan masa kini.. cewahh
Gambar nie masa dekat pantai RnR bagan.. sebenarnya pantai nie tak cantik sangat macam dekat area Penang.. Butterworth punya pantai tak cun.. tapi fotografer nie edit sampai nad rasa cantikkk.. bagi nad laaa.. Heheh
Omg.. terserlahhh bulat muka nad,.,tak suke ! tapi bersyukur.. haha..
Erkkk... yang nie nad snap sendiri.. guna hp je sambil buat muka konon2 cute.. takleh blah kan.. haha.. nad mmg suka snap pic sendiri.. sebab nad rasa gambar nad snap sendiri lagi comel dari orang lain snap yang kadang2 jadi cam tah hape2.. yelaa sape yang nak memahami diri sendiri selain diri sendiri kan,. (melalut)
Time nie tengah panas gila.. cam serabut je tudung tu.. lagipun tak sempat pun nak tengok cermin.. mata tu pon paksa nak bukaa sebab terlalu panas sampai nak buka mata pun takleh (over)haha
Dannn gambar di bawah nie gambar my bestie yang cun lagi comel lagi cute.. haha... kami mmg 'kaki snap' tapi sekarang dia dah preggy so kena laa cari kawan baru.. sob sob sob (tak sedih pun)haha
Okeh.. mekap die di 'sponsor' oleh nad.. hahaha... oleh kerana dia kawan baik nad senjak kami umo 8 tahun lagi maka dengan sukarela di sponsor.. ala.. kekawan nak berkira ape kan.. hehe
tengok ape tu agaknye si eryn nie.. ahaha.. Okeh.. so takat nie aje post arinie (no idea) .. arinie penat keja so malas nak taip manyak2.. lagipun korang pun bukan nak baca taip manyak2 pon.. hahaha...

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

9 August 2012

Maafkan Nad Mama

Assalammualaikum

Entry kali nie takde cite ape sangat.. Cuma nad nak buat sedikit ucapan untuk my mom! Yesss! hari nie bukan hari ibu,bukan bufday mama,Bukan hari raya.. hari nie hari yang biasa dan ucapan khas nie bukan biasa tapi luar biasa.. (cari mood sedih) Nad tak faham kenapa mama nad sedih,bad mood dan tak bercakap dengan nad.. nad juga tak tahu apa salah nad.. bukan pura2 tak tahu tapi mungkin nad ada buat silap yang nad sendiri tak sedar.. (rasa berdosa sangat)
Mama ku sayangg.. janganlaaa bersedihh.. nad sayang mama sangat.. janganlaaa bad mood.. nad tak suka suasana yang sedih nie.. nad nak sume hepi,ceria and gelak2.. Nad taw hari hari mama akan buka blog nad nie baca cite cite yang nad post selalu kan.. dan hari nie.. post nie Khas buat mama..

Mama.. mama laaa ibu dan ayah nad.. nad tak lupa semua jasa mama terhadap nad.. mama laa yang terbaikk...  'ibu tunggal' itu adalah satu hadiah dari Allah kepada perempuan2 terpilih.. dan mama antara seorang wanita yang terpilih.. dan kata Rasulullah s.a.w   
1.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
2. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
3.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada     dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
4.Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Dan semoga mama di panjangkan usia.. sayang mama dunia dan akhirat.. Maafkan Nad :(

-Syarifah Nadia Syed Mohsin- 


Lelaki Oh Lelaki !


Okeh.. sekarang nad nak cakap pasal 'lelaki oh lelaki' .. huhh.. Sebab baru baru nie nad ada terbaca status kat dalam fesbuk pasal seorang lelaki nie yang bagi nad kata kata lelaki tersebut agak kurang senang di baca.. Dan macam biasa manusia sekarang nie suka menggunakan 'twitter' dan 'fesbuk' nak meluahkan rasa.. Ceh.. Kalau ye pon kecewa.terkilan,terluka,hampa,sakit hati nad sarankan ko g la cari tikar sejadah dan Solat bukannya buat status kutuk2 orang lain konon lepas update status nak dapat simpati ker? ohh...pls!

       Lelaki A : Perempuan bertudung berpura pura,Mulut laser,Wajah berseri tu lakonan,Takde budi pekerti dan tak Bersopan Santun,berhati hati lelaki di luar sana

      Lelaki B : Perempuan bertudung tu tak bermakna dia berhati mulia.baik cari perempuan yang tak menutup aurat,sexy dari cari calon yang betudung,kemudian kita bimbing perempuan nie ke arah yang lebih baik..

     Lelaki A : Betul tu.. (sokong) perempuan yang tak menutup aurat adalah lebih baik..

    Gadis C  : Sekurang kurangnya perempuan bertudung tu dah kurang 1 dosa dia dengan menutup Aurat

    Lelaki A/B : Terus tak Reply

So kesimpulannya nad rasa dorang nie bajet best.. Lol.. konon nak bimbing wanita2 lain ke arah yang lebih baik.. Hello.. ilmu agama awk dah cukup ker? solat tu cukup ker lima waktu? Mengaji al Quran dah khatam 3x ker? nie takat ilmu agama pon cukup2 makan so mampu ker nak bimbing anak orang lain? cakap tak serupa bikin.. Dan kalau perempuan tak bertudung nie nak berubah ingat dia nak ke laki yang berfikiran cetek macam tu.. Please ok (sila Geli)
Dan bagi nad sendiri bukan masalah bertudung atau tak,.tapi sebaliknya terpulang kepada diri individu tersebut yang membawa diri dia sendiri.. Jadi kalau ada nilai yang tidak baik terhadap salah seorang perempuan bertudung nie Adilkah wanita bertudung lain turut dihukum? Kerana gagal bercinta,kerana cinta ditolak anda menghukum wanita itu?? Sangat sedih okeh!
Kepada lelaki A.. Awak cakap perempuan bertudung itu berpura pura,mana awak tahu dia berpura pura.awak tuhan ke yang dapat selami hatinya? Awak cakap dia mulut laser.. Salahkah jika dia bercakap benda yang benar dan terus dituduh laser?jika salah biarlah dia terus digelar 'Mulut Laser' .. Dan wajah berseri seri tu lakonan.. Saya tak rasa wajah seseorang tu kita boleh ubah sendiri jadikan berseri seri,maybe kita boleh ubah jadikan cantik tapi mana mungkin jadikan berseri seri melainkan Allah yang kurniakan.. Then awak cakap dia tak berbudi pekerti dan bersopan santun,awak sudah cukup baikkah?(tolong pikir) Yang paling tak boleh blah siap bagi amaran dekat lelaki2 lain di luar sana.. Bukan 10 orang sahaja lelaki kt luar sana.. 10 menolak..pasti ada ramai lagi yang menanti.. (jangan jeles)

- Saya Bertudung Kerana Agama Saya Jangan Pertikaikan Peribadi Saya Kalau Anda Belum Tentu Baik-
Dan kepada lelaki B,,Wahhh sedappp je mulut kau cakap perempuan bertudung nie tak semestinya berhati mulia.. ibu anda tak pakai tudung kah? kalau dia pakai maknanya dia tak berhati mulia la? (sah mental dak tu) haha.. sabo jela.. camtu la orang bijak pandai bercakap..
Kepada lelaki lelaki lain Cintailah seorang wanita itu kerana Allah Bukan kerana niat2 lain.. dan kepada wanita di luar sana,..tolonggg la jangan cari lelaki yang cetek pemikirannya macam lelaki2 dalam dialog di atas.. Tak semua lelaki seperti itu.. maybe 1/10 kot..hehe (pandai2)

p/s : cite nie takde kena mengena di antara yang hidup atau yang telah tiada.. nie sekadar pandangan untuk dikongsi bersama,kalau terasa 'Lantak kO la' .. (gelak jahat) ehh.. kalau terasa maafkan la diri ini yg serba kekurangan untuk memberikan pandangan :) (Senyum ikhlas)

p/s : Pintu Hati saya closed untuk masa nie.. harap maklum!


-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

8 August 2012

Anak Mami Lagii


Sebut je Pulau Pinang memang automatik akan dikaitkan dengan Anak Mami,Mamak,nasi kandaq.. kan kan kan.. begitu kuat kaitannya dengan penang sampai laa ada filem anak mami the movie,Mami jarum,anak mami mek ani,Anak Mami Menantu mamak dan lain lain..
Tapi tak ramai yang tahu sebenaqnya anak mami bukan je ada kaitan ngn mamak dan nasi kandar tapi juga membabitkan satu lagi masyarakat yang besaq kt penang nie iaitu Jawi peranakan,satu masyarakat yang terhasil daripada perkahwinan campur wanita melayu dengan lelaki india,arab,benggali,punjabi..Jawi membawa maksud Melayu dan ayat nie digunakan sebelum nie untuk memberi gambaran masyarakat melayu tu macam 'melayu pun bukan,keling pun bukan'..sebab keling tu merujuk kepada kaum india yang datang dari india selatan..huhuhu
Perkara mudah nak beza mereka ialah lelaki india muslim yang kawen dengan wanita melayu dikenali sebagai anak mami.. India muslim nie kalau dorang bercakap dorang still menggunakan bahasa tamil tapi anak mami nie bercakap guna bahasa melayu sepenuhnya dan ada antara dorang yang tak reti pon nak cakap tamil kecuali generasi tua..Oleh kerana dorang mewarisi perniagaan yang dimulakan oleh nenek moyang dorang maka anak mami nie terkenal dengan kekayaan dan hidup mewahh tapi tak semua la sebab ada yang idup biasa jek.. (Saya idup biasa aje) sob sob

Apapon kemewahan dorang yang selalu kite tgk dalam tv tu memang betul tapi.. pakai gelang emas sampai ke sikuu tu tak la kot.. agak2 la zaman sekarang nak pakai gelang sampai siku kang tak pasal kena rompak..kadang2 dalam tv tu over dari yang real2.. hehe.. so jangan caya sangat ok.,.Lagi satu kita dapat bezakan anak mami nie melalui wajah dorang yang ada campuran india,arab dan hidung tinggi.. tapi sesetengah anak mami yang kulit putih dorang memang sangat cantik.. hehe..Cara dorang cakap pon tak sama sebab bahasa dorang cakap penang nie lebih pekat atau 'kaw' hehe..Kebanyakan anak mami nie berjaya sebagai peniaga,kat penang nie kebanyakan kedai emas di kawasan georgetown dimiliki oleh anak mami..dorang bukan je berjaya sebagai peniaga tapi dalam bidang politik dan lain2... best kan kan kan.. untunglaaaa..
Kebanyakan anak2 mami nie dorang tinggal kt georgetown je.. kurang laa yang ada di butterworth.. tapi ramai jugak yang dah berhijrah ke negeri lain kerana kerjaya,perkahwinan dan lain lain.. Selain tu nad selalu tak faham kenapa kalau kita cakap kita dari penang je terus orang akan cakap 'wahhh anak mami la nie' sebenarnya nad bukan anak mami.. mama nad melayu biasa je,abah nad pulak Keturunan syed2 yang datang dari arab jadi terhasil lah wajah nad nie yang campur sikit2.. dan selalu di salah ertikan sebagai anak mami.. nad tak kisah pon korang nak cakap nad anak mami.. cuma tulaa nad explain je.. muahahaha
 -cuba tengok muka nad.. ade tak macam anak mami.. ade kan.. haha.. ape2 jela..-

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

7 August 2012

Terharunyaaaaa

Sekarang nie nad nak luahkannn.. ataupun keluarkan rasa rasa terharu nad.. muahaha.. sebab apa terharu..? sebab apa lagi.. sebab anda semuaaa la... anda semua yang sudi follow blog nad.. sudi komen,sudi lawat sudi menjengukk sudii melihat.. ngeh2,., memang laaa bagi korang cam takde apa2 tapiiiii bagi nad amat amat laaaaa bermakna sangat,,iyelaa nad baru lagi belajar main blog2 nie.. jadi nad banyak la singgah dari blog orang lain ke blog orang lain.. bak kata blogger 'BlogWalking' hehehe.. Nad selalu sangat berharap ada sesiapa yang akan ajar nad camne nak buat layout,nak letak lagu dan lain lain tapi malangnya takde yang sudi nak ajar.. so ape lagi.... nad 'google' la.. semuanya nad belajar melalui 'google' dan melalui blog blog anda semua..
Thanks sangat pada sesiapa yang dah follow... nad akan follow anda balik.. dan lawat2 blog anda balik okeh.. 'u polo me,i polo u' ngeh2.. nad sangat terkejut la lihat bilangan followers nad yang bertambah dari hari ke hari.. omg! terharu nie.. (sambil buat muka nak nangis tapi air mata tak keluar pun) mula mula nad ingat lagi ada 7 orang je followers nad.. Keesokan hari bila nad online nad tengok ada 26 followers okeh dan nad pun follow la balik mana yang nad tak follow lagi.. Keesokan hari ada 37 followers okeh.. nad terharu lagi (sambil mata bercahaya) dan keesokan hari tu 43 followers ..wow.. terus terasa hari hari nad nak update cerita baru.. kelass ko nad (ala ala iklan ribena) dan sehinggaa sekarang ada 59 followers.. thanks sangat to all my followers yang comel caantik kacak dan bergaya (puji ade makna) hahaha
 Senyummmmmmmm... gambar nad nie special untuk semua yang dah follow nad dan yang bakal follow.. hehehe.. (macam la ade orang nak follow sangat) nad sayang korang okeh.. (Sayang macam kawan2 jek) haha.. dan tahu kenapa nad tak letak 'shoutbox' betul ke nama dia? lantak laa janji korang faham kan.. Nad saje tak nak letak sebab nad nak korang komen dekat entry2 or post2 nad.. so ape2 korang komen2 je.. nad akan reply sebaik aje nad online ok.. lepas tu automatik nad akan singgah blog korang komen balik.. hehe.. perangai tak elok.. :P
-anggap gambar saye macam iklan ye,saje nak bagi penuh entry..muahahahaha-
Dannn yang paling terharuuuu dan best bila nad check dekat acc NUFFNANG nad ade rm0.45 sen.. yay!!! ade laa jugak sikit dari takde ape.. so nad kena lebih berusaha nak bagi banyak lagi.. korang pon rajin rajin la click iklan nuffnang tu.. sob sob sob (sambil wat muka sedih dan sangat uduh) .. Last skali.terima kasih semuaaaaa.. pada sape sape yang dah follow nad tapi nad tak follow lagi.. korang boleh maklumkan dekat nad.. buat baik dibalas baik,korang follow dibalas follow.. kihkihkih.. over je nad nie... bye semua! nad nak sambung terharu nie cite dekat adik dan kawan2 yang followers nad dah bertambah walau dorang sebenarnya nyampah nak dengar cite nad.. (pasal followers bertambah pun jadi topik) hahahaha

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-


6 August 2012

Penang Best ooOo Part 2

Kali nie sambugan cite Penang Best ooOo Part 2.. kalau part 1 kita sembang pasal makanan yang best2 dekat penang.. Part 2 nad nak cakap pasal lokasi yang best2.. sebab nad pasti tak semua yang tahu apa yang best dekat penang nie.. yang orang tahu penang nie ada pantai,ada jambatan.. haha.. so nad nak kongsi serba sedikit apa yang nad suka dengan korang okehhhhh... Sharing is Caring kan.. Lalala
Okeh.. tempat pertama nad nak kongsi dengan korang tak lain tak bukan Batu feringghi.. batu feringghi nie location dia dekat dalam pulau.. nad pulak area Butterworth.. jadi nak gi sana kita boleh baik Jambatan atau Feri.. nad selalu naik jambatan sebab takut naik feri.. (tak reti berenang) shhh... haha
Kedua gambar nie lokasi dia Batu Feringhi ok.. nice tak.. nice kan kan kan.. cantik sangat... wow! rugi kalau korang tak datang sini.. berbaloi baloiiiii.. cayalahhh cakap nad.. hehe
Opsss.. sori tersemak gambar nad... Hahahaha...gambar nie masa dekat batu feringhi la... di sebalik batu batu.. ku menempek untuk snap gambar nie.. dan time nie panassssss gilaaaa.. nasib cek tak gila lagi.. muka tengah tahan panas tu.. tapi sebab nak snap.. i control cun jek.. muahahaha
Heheh.. nie nad di samping kawan kuuu tersayang.,. (sayang sebab dia sorang je single lagi) nad datang sini dengan dia dan adikk nad yang 'degil' tu.. hehe.. cute tak kami..? kalau tak cute cakap je cute bagi sedap hati nad.. hahahaha
haaaaa.. si gadis baju biru nie nama dia Cik Aty.. diaa adik nad.. bukan adik angkat bukan adik tiri tapi adikk kandung sebapa seibu.. nad jelaskan macam tu sebab orang selalu tak nak caya kami adik beradik.. sebab rupa kami lain.. dan selalu orang cakap adik nad nie akak..nad pulak adik.. cis! habis nad kena buli dengan adik nad neh.. dia adik adikkan nad.. waaaaa...
Time nie tengah makan.. dekat sini ada gerai jual air kepala.. adoii.. typoo... Air kelapa laa... haha.. okk2.. sini ada jual air kelapa dan laksa.. so kami singgah2 makan dulu selepas dah puas bersnap snap dalam panas.. eh.. nie entry pasal nad or pasal lokasi penang.. soriii semuaaa sebab lari topikk...hahahahah
okkk.. semua pernah dengar komtar kan.. komtar salah satu tempat yang dah sinonim dengan penang.. dalam komtar nie actually dah takde apa sangat.. cuma sejarah dia je yang dah sebati dengan penang sebab tu Komtar tetap best !


Selain Komter,,Bukit Bendera pon best..korang boleh tengok seluruh pulau pinang dekat bukit bendera nie..

sambil2 naik benda nie..korang boleh la nikmati keindahan alam sekeliling.. cewahh... haha.. tapi kan nad gayat.. so nad takut nak naik benda nie sebenarnya.. muahahaha.. tak sanggup!
Cantikkk kan,,korang kena akui memang cantik kan.. untuk pengetahuan semua,,nad pernah naik sekali je benda nie.. sebab nad gayat!!!
ketaq lutut masa benda nie nak naik atas.. tolongggggg

Selain semua semua di atas,,rumah P.RAMLEE adalah salah satu tempat yang best,,nad bangga sebab jadi penduduk pulau pinang yang melahirkan seniman seperti p.ramlee..
Nie lagi satu gambar rumah arwah Seniman P.ramlee.. al-fatihah untuk beliau :)
Tropical Spice Garden pon ok jugak.. nad pernah masuk sini sekali masa nak photoshoot.. Harga dia tak dapat dikenalpasti sebab bukan nad yang bayar,, ngeh2...
nie gambar dekat dalam tropical spice garden.. dalam nie sesuai untuk photoshoot.. sebab suasana hijau nya yang nyaman dan cantik.. cuma sila bawak kipas tangan tu.. kalau korang datang tengah2 hari.. panasss cek oi.
haaa.. niee laaa feri pulau pinang.. tempat yang selalu orang berlakon.. mesti semua pernah tengok filem Anak Mami kan.. ada banyak scene berlakon dalam feri.. bestt ooOo..
Kalau gambar atas feri warna Kuning..yang nie pulak warna Biru.. ala..macam warna bendera penang la.. Putih Biru Kuning.. hehe.. tapi yang tak best nya kejap je feri nie.. sebab dekat je seberang sana dengan seberang sini..bagi nad kejap la.. bagi korang semua lama kot.. hehe

Kalau tadi Feri... Kali nie Jambatan Pulau Pinang.. satunya jambatan yang ada dalam malaysia nie kan.. yang paling sedih bila ada sesetengah pihak salah gunakan jambatan nie dengan nak bunuh diri dekat sini.. Aiyakk!! serammm aih.. tinggi kot nak terjun.. ee.. mintak simpang..
Yang nie pulak Jambatan Pulau Pinang Kedua,masih dalam proses..tapi nad tengok dah banyak siap.. tak sabar nak rasmi jambatan nie nanti.. tapi still terbayang2 filem 'final destination' yang jambatan runtuh tu.. erkk.. mintak jauhhh laa.. sorry la.. nad memang suka pikir bukan2.. hehe
 Aduhh.. dah lenguh dah jari jemariku.. hehe.. ok.. nie gambar terakhir yang nad kongsikan dengan semua.. sebenarnya macam macam lagi tempat menarik yang ada dekat sini.. tapi nad tak larat nak cite banyak2..kalau nak tahu sangat datang sendiri dekat sini dan alami.. setiap negeri ada keistimewaan masing masing dan nad dah kongsikan apa yang best dekat penang nie.. Thnx Reading.. rajin2 komen ok..sayang semua,..... Muahhhhh (mood gedik mai dah)hahaha

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-