Tabung

2 January 2013

Azam Tahun Baru 2013

Assalammualaikum
Akhirnya sampai pun kita ke tahun baru.. hehe.. tapi tahun baru nad dirai di rumah je memandangkan takde siapa yang sudi ajak nad keluar menghabiskan dan membuang masa.. cis.. tapi tak apa.. masa yang ada nie dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah jugak iaitu melayari internet dengan melayan semua chat di fesbuk.. tak pernah-pernah.. sebab selama nie bz.. kecuali inbox dari customer je.. yang tu semua nad reply seorang demi seorang.. heh... baiklah selalu kalau masuk jek tahun baru mesti kita berazam macam-macam kan.. termasuk diri nad ini.. hehe... tapi ada sesetengah azam tahun lepas yang masih tidak tercapai maka diteruskan ke tahun nie.. dan harap takde la sampai kena sambung tahun depan.. haha..

Azam Baru Saya

  • Cari boipren ▬► Kenalkan dekat family ▬► Bertunang ▬► Kahwin ▬► Jadi isteri solehah ▬►Dapat anak ▬► Jadi ibu penyayang ▬► Hidup bahagia sampai bila2 
  • Nak Buka Butik  ▬► Jadi Bos  ▬►Ambil Pekerja Seorang  ▬►Bisnes Maju
  •  Simpan Duit ▬► Pergi Umrah ▬► Jadi Muslimah Yang Lebih Baik
  • Diet ▬► Kurus ▬► Bergaya Sentiasa ▬► Over.. kakaka
  • Beli Kereta Vios ▬► Suami Bayar ▬► Senang Hati ▬► Bahaha.. untung banyak aih
Itu semua di antara apa yang nad perlukan dalam hidup nad... kalau dapat semua tu kiraaa untung sangat laa tapi nad tak berharap sangat pun.. apapun nad cuba yang terbaik.. mana tahu suatu hari nanti akan tercapai kan sebab azam nad mudah jek.. Tapi selalunya nad tak akan dapat apa yang nad nak.. apapun nad tak pernah putus apa... Pada mulanya nad mengaku sedikit rasa kecewa tapi nad akan cepat-cepat pikir positif maybe ada hikmahnya.. Mungkin nad akan dapat sesuatu yang lebih baik.. yang lebih besar nilainya.. Allah tak berikan apa yang kita nak..Sebaliknya dia Berikan apa yang kita Perlukan..  Jadi sama-sama la kita berusaha ya .. =)



Nad up sekeping gambar tahun 2013 nie.. hee... gambar ini ditangkap pada tarikh 01/01/2013 tepat jam 3 petang... lokasi dalam kereta sendiri... sesorang pon jadik jugak kerja... Apapun nad berdoa agar rezeki nad tahun 2013 nie akan murah... terima kasih semua yang dah booking nad untuk jadi cik andam korang tahun depan.. insyaallah nad akan buat yang terbaik dan jadikan korang secantik puteri.. cewah...



Nad jugak harap impian korang akan tercapai sama okeh.. sama-sama kita berusaha mencapai azam tahun baru nie.. kali nie pastikan tercapai... berusaha disulami berdoa dan Insyaallah Berjaya... Moga tahun 2013 nie akan menjadi tahun yang Paling terbaik pernah nad lalui.... Amin...

p/s : Nak dapatkan Khidmat Andaman dari nad ? nak tahu lebih lanjut... boleh click Syarifah Nadia Al Jufry Freelance Make Up Artist .. Like la kalau sudi.. dan boleh Pm kalau berminat

Terima Kasih

9 comments: