Tabung

26 September 2012

Cerita Tudung Pertama

Salam semua.. selamat hari rabu..moga hari rabu anda ceria-ceria yek! nad sebenarnya suka jugak hari rabu sebab hari rabu nie hari pertengahan dalam minggu tersebut so maknanya dah nak ke hari sabtu dannn cuti.. yay! Entry nad kali nie bukan nak cakap pasal hari rabu tapi nak bercakap pasal pengalaman memakai tudung pertama.. bila mula memakai tudung dan apakah sebab nad mula memakai tudung.. jeng jeng jeng... sapooo nak tahu bole terus membaca laaa okkk... :P
Nad mula memakai tudung pada 15/06/2011 .. Sebenarnya sebelum tu ada jugak terniat nk pakai tudung tapi banyak sebab yang menghalang nad pada ketika itu salah satunya dari segi pakaian.. yela baju nad time tu sume alahaiii... dahla 'jarang' lepas tu 'seksa' kot.. bila pikir balik rasa macam @#$%
entahla.. nyesal pon ada.. tapi tak pe la kan at least dapat juga jadikan pengalaman untuk masa depan..
~Kita Tak Mampu Ubah Masa Lalu,Tapi Kita Mampu Ubah Diri Kita Agar Tak Seperti Dulu~
Ini adalah tudung pertama nad yang nad beli dengan harga rm30 sahaja.. time nie keluar jalan-jalan dekat megamall penang lepas tu ternampak tudung nie dan rasa macam berkenan je dan trus buy.. lepas tu pikir.. eh.. nape aku beli tudung nie ek????dan kenapa gmbr muka jek.. sebab time nie baju nad seksa sikit.. tudung nie pulak saje try lepas tu tangan nie gatal gi snap.. hehe

~Di antara sebab nad mula memakai tudung~
~MIMPI 1~
-Nad tak tahu la korang akan percaya atau tak tapi nie memang sebenarnya yang terjadi dalam hidup nad.. okk nad nie memang macam ada niat nak pakai tudung cuma tak pakai-pakai jugak.. niat tu memang dah berpuluh kali la.. jangan nak cakap..buat tu tak jugak.. Sampai la nad termimpi.. Nad mimpi yang dekat kawasan rumah nad nie terjadi macam tsunami tapi tak tahu la nak panggil tsunami ke apa sebab kali nie air lagi tinggi dari tsunami.. Air tu mencecah sampai ke langit tingginya.. lepas tu air tu tak jatuh menghempap ke bawah cuma dia tinggi terus sampai ke langit.. dan nad pulak.. nad ada betul-betul dekat depan air tu.. bayangkan kalau air tu jatuh..nad tak tahu apa punca air tu tak jatuh cuma apa yang nad tahu nad diberi peluang untuk selamatkan diri nad.. nad pon tak pasti macam mana nad tahu nad diberi peluang untuk lari.. tapi ini cuma kata-kata dan gerak hati yang nad diberi peluang untuk selamatkan diri.... atau dalam erti kata lain nad diberi peluang untuk 'LARI'.. lepas tu nad pun lari dan lari sampai ke 1 kawasan yang tinggi bagi nad.. nad naik dekat atas bukit..dan air tu pun jatuh.. akhirnya nad selamat.. tapi kalau pikir logik air tu setinggi langit kalau jatuh dah tentu la takat bukit tu mesti kena jugak kan.. tapi.. dah nama pon mimpi kan.. mana nak ada logiknya.. cuma nad tak dapat nak lupakan mimpi tu sampai sekarang.. sebab nad telah diberi peluang untuk lari..mimpi nad nie berulang berkali-kali..

-Nie tudung kedua nad beli dan time nie dalam proses cuba-cuba dan belum lagi pakai terus-
~MIMPI 2~
Nie pulak mimpi kedua yang nad dapat.. mimpi kali nie pon banyak memberi nad pengajaran dan terus berfikir untuk terus berubah.. Waktu tu semua akan dihintung untuk ke syurga atau ke neraka.. semua beratur panjang la. dan kesemua orang yang di depan nad semuanya lepas untuk ke syurga sampai ke giliran nad.. Malangnya nad gagal.. nad takut sangat time tu sebab nad sorang-sorang.. nad gagal.. dan nad nangis..  lepas tu nad dimasukkan dalam air yang dalam.. (nad tak pandai berenang)
lepas tu nad try lagi kali kedua dan nad gagal lagi.. ya allah apa la agaknya dosa nad yang menghalang nad untuk ke syurga.. dan kali ketiga pun nad gagal lagi.. masa tu nad tak dapat nak berfikir apa-apa melainkan perasaan takut..Sambil nad berdoa agar allah terima nad untuk ke syurga.. bersama mereka-mereka yang lain.. sebab nad takut.. takut.. dan takut.. lepas tu nad terbangun dari tidur.. dan tak dapat nak melelapkan mata.. dan terus berfikir apakah dosa nad..

          -Tudung yang paling nad teror time nie ialah tudung bawal-ngeh2(nie tudung mama nad)
~Di antara sebab nad mula memakai tudung~
~NIAT~
Okey.. sebab kedua nad mula memakai tudung sebab nak tunaikan apa yang nad niat.. oleh kerana nad mempunyai masalah peribadi di tempat kerja lama nad so nad pun berhenti dan mula la menjadi penganggur bertauliah.. Nad nie pulak jenis tak suka duduk diam di rumah.. nad suka bekerja.. Oleh kerana nad tak mempunyai seorang ayah yang mampu sara hidup nad.. Maka nad perlu bekerja untuk membeli segala keperluan hidup nad.. dan juga untuk memberi 'wang bulanan' dekat mama nad.. time tu memang la sangat stress..Dengan duit kereta lagi.. Nad nie pulak jenis muka tak malu nak cari kerja.. Hari tu dalam sejarah..Nad keluar rumah pakai tudung(malu mula-mula nak pakai sebab mama tengok.hehe..kan tak pernah pakai selama nie),pakai baju kurung..bawak habis segala mak nenek resume,sijil-sijil dan terus keluar 'sorang-sorang' cari kerja sambil dalam hati berniat 'ya Allah kalau aku dapat kerja hari ini..aku berniat nak pakai tudung terus'.. tempat utama nad 'opkos' office yang berdekatan.. sebab utama nad cari kerja opis nie.. sebab nad boleh mula menjalankan bisnes mekap-mekap nad di hari minggu..kan opis cuti sabtu dengan ahad.. lepas tu nad pergi 1 company nie dan kebetulan ada rakan nad bekerja dekat situ dan nad pun rasa teruja dengan lega.. time rasa macam tengah-tengah panas lepas tu minum air 100 plus sejuk.. macam tu la umpama perasaan nad time tu..
'ahhh leganya ada budak nie dekat sini'..Nad pon di interview.. dan terus diambil bekerja tanpa bos tengok resume/sijil-sijil.. makkk aiii... senangnye..dan 15/6/2012 ialah hari pertama dan bekerja dan hari pertama memakai tudung sehingga ke hari ini.. Alhamdulilah..
-tudung ketiga..time nie dah pandai pakai tudung macam nie jek,,terus pakai dan siap-

Dan kesemua itu adalah punca dan sebab kenapa nad memakai tudung sehingga la saat ini.. mungkin juga sebab utama Allah telah buka pintu hati nad untuk menjadi manusia lebih baik di masa hadapan dan diiringi dengan doa dari seorang ibu yang mendoakan anaknya.. nad cuma berharap adik nad akan mengambil langkah seperti nad untuk menjadi lebih baik.. ya! ramai yang cakap perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik.. tapi yang anda perlu tahu perempuan yang baik adalah perempuan yang memakai tudung dengan menutup auratnya.. Nad faham jika ramai lagi yang berfikir dan rasa pintu hati masih tak terbuka dan belum bersedia kerana nad juga seperti anda dahulu.. cuma bermulalah dengan niat yang ikhlas untuk berubah.. dan insyallah akan ada jalan.. Nad tak sebaik mana dan nad juga ada masa silam nad.. Cuma bezanya kini nad selangkah kehadapan.. Selangkah ke arah kebaikan.. dan nad masih perlu terus melangkah ke jalan yang sama cuma ke peringkat yang berlainan.. Insyallah.. Doakan nad untuk menjadi lebih baik..
-Tudung ke4 nad..masih gunakan tudung yang mudah seperti tudung nie sebab tak pandai sngat-

Nad berharap sesiapa rakan-rakan nad yang ada simpan gambar nad yang terlebih seksa time nad tak bertudung tu agar delete.. kesian la kat nad ek.. dan kesian kat abah nad di alam sana.. Al Fatihah untuk abah.. :)
Akhirnyaa time nie nad dah teror pakai tudung.hahahah...sukaa sangat ok.. nad pandai pakai selendang lilit-lilit nie pon sebab nad suruh akak yang jual selendang nie ajar nad.. kalau dia ajar sampai nad faham baru nad beli.. kalau nad tak faham nad tak nak beli.. yela watpe nak beli benda yang kita tak reti nak pakai kan.. Dulu tanggapan nad dah pakai tudung tak boleh nak bergaya dan ternyata tanggapan nad tu 100 % salah.. sebabnya.. nad rasa lebih manis dan bergaya bila memakai tudung(perasan)..dan sekarang nie semakin banyak gaya-gaya dan cara pemakaian tudung mengikut perkembangan masa .. Jom Berfesyen sambil menutup aurat! :)

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

 
 
 
 

 

21 comments:

  1. Alhamdulillah...nmpak cantik dan sopan kan bertudung..semoga kwn2 kite yg lain yg belum berubah akan berubah jugak kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..mudah2an mcm tula.. insyallah akn smp masa dorang pulak :P

      Delete
  2. nad, sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang. alhamdulillah nad pun cantek sangat bila bertudung tau. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik nana.. cik nana pon comel sngt bertudung :)

      Delete
  3. hi pretty! thx sbb da menyingah kat blog na!
    and seriously from bottom of my heart awk nampak SUNGGUH ayu+cantik+menawan+jelita pakai tudung..
    and ckp pasal niat bertudung actually na pun ade da terniat pakai tudung..tp tu laa..belum ade keyakinan..tp tudung da beli dekat 5-6 helai..!doa kan na akn cepat berhijab mcm awk yeh ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jna.. nad pon macam tu dulu..niat tu jgn nk cakap..heheh..mungkin akn tiba masanya giliran jna lak 1 ari nnti.. and lg 1..jna pon sangat cantikkk dan comel!

      Delete
  4. Alhamdulilah sampai jugak seruan untuk nad pakai tudung. Nad pun cantik sangat sangat bila pakai tudung sebijik macam wawa zainal. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fifie..yup.. nad pon bersyukur jgk sb sampai jgkk seru nad.. hahaha.. tula rmai ckp cam wawa tapi nad xde lesung pipit pon.. pipi jek tembam..hahah

      Delete
  5. Best best best...

    ReplyDelete
  6. salam kenal...


    ALHAMDULLILAH. ALLAH memberi hidayah dalam pelbagai cara.. ALLAH sayang kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jgk :P
      yup..tiap owg akan diberi dalam cara yg berlainan..terpulang pada individu jek :)

      Delete
  7. Cantik sis make-up...:)Hiks nampak make up dari tudung. Tudung macam ni sesuai untuk bentuk-bentuk muka tertentu je kan? :(

    Btw, sy baru kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx khalilah... ade je yg ssuai kne pndai la nk gayakan..ye x?hehe

      Delete
  8. Hey.

    His work is beautiful and very attractive!
    The bright colors and beautiful.
    Women are beautiful in their country.
    Congrats.
    I'm your follower and admirer!
    kisses,

    André Tavares.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey andre..

      thank you for your support .. thank you also for willing to follow my blog .. I really appreciate ..

      Delete
  9. wahhhhhhhhhhh...cantik bangat sihh..hehe

    suka tgok gmbr2 u....paling suka 3,4,5....

    lg paling suka gmbr tudung bawal sbb sy mmg suka tgok pompuan pakai tudung bawal..simple dan menarik...

    lagi lagi paling suka tgok gmbr header u baju merah..hehe..

    haha..byk plak merepek walaupun 1st time sampai sini...salam kenal dari sy..-shah-...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... thnx shah.. yup tdung bawal simple je dan senang nak pakai :) thnx sudi singgah sini...

      Delete
    2. ur welcome cik manis...

      org cakap walaupun senang nak pakai,, tapi leceh nak kena gosok selalu.....ekk???

      Delete