Tabung

10 September 2012

Teman Pengganti

 Assalammualaikum.. nad tengah drive nak ke opis then nad pon buka la hot fm.. (siaran wajib) tengah drive sorang-sorang tu tetiba nad dengar lagu 'teman pengganti' dari Black dan Malique.. So nad pon hayati bait-bait kata dari lagu nie.. Dan yes! sangat sedih.. 'omaigod' .. uwaaaa... asal lagu nie sedih.. baru sedar je.. selama nie dengar tapi tak fokus.. pastuh sampai je ofis buat keje macam biasa la.. sampai tetiba nad dengar kawan nad pasang lagu nie berulang-ulang kali kt pc dia.. oh.. ramai jugak suka lagu nie (cakap dalam hati) pastu nad kalih laa tengok kawan nad nie.. dan.. lol.. nangis lak dak nie.. terlebih fokus ker.,. ahahah.. ok.. lagu nie berjaya buat nad dan rakan2 nad sedih.. dan menangis (bagi yang sensitip) .. dorang ade la sembang cakap lagu nie pasal kisah benar.. nad tak berani nak komen.. cuma jika lagu nie adalah kisah hidup seseorang maka .. Hidup anda memang sangat sedih.. (ingat hidup haku je sedih) kihkih.. ok.. serious nad sedih sangat lirik lagu nie.. cuba korang hayati dan dalami maksud lagu nie.. sangat dalam.. tersentuh hati sanubariku.. memang lagu nie terbaikkk!



Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

soo bagi korang yang nak dengar bole buka dekat video tu yek! akuuu kan pergiii.. pergii ku akan kembali.. hehehe... baibai

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm

2 comments:

  1. suka jugak lagu nie..lirik penuh makna..huhu

    ReplyDelete
  2. yup3.. sangat suka.. lirik yang sangat mendalam dan penuh maksud tersirat kan.. kena mendalami sendiri..

    ReplyDelete