Nad mula memakai tudung pada 15/06/2011 .. Sebenarnya sebelum tu ada jugak terniat nk pakai tudung tapi banyak sebab yang menghalang nad pada ketika itu salah satunya dari segi pakaian.. yela baju nad time tu sume alahaiii... dahla
entahla.. nyesal pon ada.. tapi tak pe la kan at least dapat juga jadikan pengalaman untuk masa depan..
~Kita Tak Mampu Ubah Masa Lalu,Tapi Kita Mampu Ubah Diri Kita Agar Tak Seperti Dulu~
Ini adalah tudung pertama nad yang nad beli dengan harga rm30 sahaja.. time nie keluar jalan-jalan dekat megamall penang lepas tu ternampak tudung nie dan rasa macam berkenan je dan trus buy.. lepas tu pikir.. eh.. nape aku beli tudung nie ek????dan kenapa gmbr muka jek.. sebab time nie baju nad seksa sikit.. tudung nie pulak saje try lepas tu tangan nie gatal gi snap.. hehe
~Di antara sebab nad mula memakai tudung~
~MIMPI 1~
-Nad tak tahu la korang akan percaya atau tak tapi nie memang sebenarnya yang terjadi dalam hidup nad.. okk nad nie memang macam ada niat nak pakai tudung cuma tak pakai-pakai jugak.. niat tu memang dah berpuluh kali la.. jangan nak cakap..buat tu tak jugak.. Sampai la nad termimpi.. Nad mimpi yang dekat kawasan rumah nad nie terjadi macam tsunami tapi tak tahu la nak panggil tsunami ke apa sebab kali nie air lagi tinggi dari tsunami.. Air tu mencecah sampai ke langit tingginya.. lepas tu air tu tak jatuh menghempap ke bawah cuma dia tinggi terus sampai ke langit.. dan nad pulak.. nad ada betul-betul dekat depan air tu.. bayangkan kalau air tu jatuh..nad tak tahu apa punca air tu tak jatuh cuma apa yang nad tahu nad diberi peluang untuk selamatkan diri nad.. nad pon tak pasti macam mana nad tahu nad diberi peluang untuk lari.. tapi ini cuma kata-kata dan gerak hati yang nad diberi peluang untuk selamatkan diri.... atau dalam erti kata lain nad diberi peluang untuk 'LARI'.. lepas tu nad pun lari dan lari sampai ke 1 kawasan yang tinggi bagi nad.. nad naik dekat atas bukit..dan air tu pun jatuh.. akhirnya nad selamat.. tapi kalau pikir logik air tu setinggi langit kalau jatuh dah tentu la takat bukit tu mesti kena jugak kan.. tapi.. dah nama pon mimpi kan.. mana nak ada logiknya.. cuma nad tak dapat nak lupakan mimpi tu sampai sekarang.. sebab nad telah diberi peluang untuk lari..mimpi nad nie berulang berkali-kali..
-Nie tudung kedua nad beli dan time nie dalam proses cuba-cuba dan belum lagi pakai terus-
~MIMPI 2~Nie pulak mimpi kedua yang nad dapat.. mimpi kali nie pon banyak memberi nad pengajaran dan terus berfikir untuk terus berubah.. Waktu tu semua akan dihintung untuk ke syurga atau ke neraka.. semua beratur panjang la. dan kesemua orang yang di depan nad semuanya lepas untuk ke syurga sampai ke giliran nad.. Malangnya nad gagal.. nad takut sangat time tu sebab nad sorang-sorang.. nad gagal.. dan nad nangis.. lepas tu nad dimasukkan dalam air yang dalam.. (nad tak pandai berenang)
lepas tu nad try lagi kali kedua dan nad gagal lagi.. ya allah apa la agaknya dosa nad yang menghalang nad untuk ke syurga.. dan kali ketiga pun nad gagal lagi.. masa tu nad tak dapat nak berfikir apa-apa melainkan perasaan takut..Sambil nad berdoa agar allah terima nad untuk ke syurga.. bersama mereka-mereka yang lain.. sebab nad takut.. takut.. dan takut.. lepas tu nad terbangun dari tidur.. dan tak dapat nak melelapkan mata.. dan terus berfikir apakah dosa nad..
-Tudung yang paling nad teror time nie ialah tudung bawal-ngeh2(nie tudung mama nad)
~Di antara sebab nad mula memakai tudung~
~NIAT~
Okey.. sebab kedua nad mula memakai tudung sebab nak tunaikan apa yang nad niat.. oleh kerana nad mempunyai masalah peribadi di tempat kerja lama nad so nad pun berhenti dan mula la menjadi penganggur bertauliah.. Nad nie pulak jenis tak suka duduk diam di rumah.. nad suka bekerja.. Oleh kerana nad tak mempunyai seorang ayah yang mampu sara hidup nad.. Maka nad perlu bekerja untuk membeli segala keperluan hidup nad.. dan juga untuk memberi 'wang bulanan' dekat mama nad.. time tu memang la sangat stress..Dengan duit kereta lagi.. Nad nie pulak jenis muka tak malu nak cari kerja.. Hari tu dalam sejarah..Nad keluar rumah pakai tudung(malu mula-mula nak pakai sebab mama tengok.hehe..kan tak pernah pakai selama nie),pakai baju kurung..bawak habis segala mak nenek resume,sijil-sijil dan terus keluar 'sorang-sorang' cari kerja sambil dalam hati berniat 'ya Allah kalau aku dapat kerja hari ini..aku berniat nak pakai tudung terus'.. tempat utama nad '
'ahhh leganya ada budak nie dekat sini'..Nad pon di interview.. dan terus diambil bekerja tanpa bos tengok resume/sijil-sijil.. makkk aiii... senangnye..dan 15/6/2012 ialah hari pertama dan bekerja dan hari pertama memakai tudung sehingga ke hari ini.. Alhamdulilah..
-tudung ketiga..time nie dah pandai pakai tudung macam nie jek,,terus pakai dan siap-
Dan kesemua itu adalah punca dan sebab kenapa nad memakai tudung sehingga la saat ini.. mungkin juga sebab utama Allah telah buka pintu hati nad untuk menjadi manusia lebih baik di masa hadapan dan diiringi dengan doa dari seorang ibu yang mendoakan anaknya.. nad cuma berharap adik nad akan mengambil langkah seperti nad untuk menjadi lebih baik.. ya! ramai yang cakap perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik.. tapi yang anda perlu tahu perempuan yang baik adalah perempuan yang memakai tudung dengan menutup auratnya.. Nad faham jika ramai lagi yang berfikir dan rasa pintu hati masih tak terbuka dan belum bersedia kerana nad juga seperti anda dahulu.. cuma bermulalah dengan niat yang ikhlas untuk berubah.. dan insyallah akan ada jalan.. Nad tak sebaik mana dan nad juga ada masa silam nad.. Cuma bezanya kini nad selangkah kehadapan.. Selangkah ke arah kebaikan.. dan nad masih perlu terus melangkah ke jalan yang sama cuma ke peringkat yang berlainan.. Insyallah.. Doakan nad untuk menjadi lebih baik..
-Tudung ke4 nad..masih gunakan tudung yang mudah seperti tudung nie sebab tak pandai sngat-
Nad berharap sesiapa rakan-rakan nad yang ada simpan gambar nad yang terlebih seksa time nad tak bertudung tu agar delete.. kesian la kat nad ek.. dan kesian kat abah nad di alam sana.. Al Fatihah untuk abah.. :)
Akhirnyaa time nie nad dah teror pakai tudung.hahahah...sukaa sangat ok.. nad pandai pakai selendang lilit-lilit nie pon sebab nad suruh akak yang jual selendang nie ajar nad.. kalau dia ajar sampai nad faham baru nad beli.. kalau nad tak faham nad tak nak beli.. yela watpe nak beli benda yang kita tak reti nak pakai kan.. Dulu tanggapan nad dah pakai tudung tak boleh nak bergaya dan ternyata tanggapan nad tu 100 % salah.. sebabnya.. nad rasa lebih manis dan bergaya bila memakai tudung(perasan)..dan sekarang nie semakin banyak gaya-gaya dan cara pemakaian tudung mengikut perkembangan masa .. Jom Berfesyen sambil menutup aurat! :)
-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm
