Tabung

6 August 2012

Penang Best ooOo Part 1

Hehe.. comey takkk dak atas tu.. ade comey macam nad tak ? pleaseeee kata ada... plsssss :) (sambil buat muka penuh harap) hahaha... haaaaa.. sekarang nie nad nak cite tentang jalan jalan cari pasal.. eh eh ! sorry typo.. sebenarnya jalan jalan cari makan,jalan jalan cari tempat best.. tak gitu.. lokasi yang nad nak kongsi nie dekat mana lagii.. sudah tentu tempat yang nad sangat2 la arif... negeriku tersayang.. bukan tempat lahir ye,,sebab nad lahir kat kuala kedah.. orang kedah cek oiii... jangan buat tak tentu hala noh.. nad nak kongsi tempat tinggalnya nad.. yeah ! go penang go.. ops.. ape benda yang nk go nie.. jangan nak go sangat aih.. hihihi.. so benda pertama yang nad nak kongsi dengan semua dah tentu la makan2.. nyum2.. dari kenyang terus lapar.. dan dari lapar terus lapar lagiii manyakk.. aiyakkk.. oh nad.. jangan lupa kau sedang ber diet! cryyyy :( .. toksah dok cry sangat la no..
 Okeh.. makanan pertama untuk tatapan anda semua hari nie adalah.. nyummy ! kalau sebut je penang selalu korang ingat apa???? dah tentu Nasi Kandar kan kan kan.. Nasi kandar dekat negeri korang tak sama macam penang.. maybe rupa dia sama tapi !! rasa dia tak sama dan tak akan sama..kebanyakan kawan kawan nad dari negeri lain kalau dorang datang penang benda pertama dorang cari  Nasi Kandaq sebab dorang sendiri cakap sana punya dengan sini punyaa lain oooo.. tak caya cuba korang try dan bandingkan ..

 
Okeh nie salah satu gambar nasi kandaq.. sedap tak ?? sedap oo.. dan sebenarnya nad kurang gemar nasi kandaq nie.. sekali sekala makan boleh.. selalu makan tak boleh sebab nad tak suka gulai.. hehehe




Dan salah satu nasi kandaq yang 'pemes' kat penang
ialah nasi kandaq beratuq .. haaa sebab apa beratur??sebab korang kena beratur kalau nak makan.,.oleh kerana setiap hari ramai.. so beratur la korang sampai ke turn korang.. ngeh2,,sabo jelaaa




Laksaaaa!!!!!! (trauma jap 1 min) hahaha.. okehh laksa nie fav nad.. hari hari makan pon takpe.. nad rela.. Laksa penang nie lain dari laksa negeri lain.. apa yang lain tu? maybe sebab bahan2 dia kot.. laksa penang nie ada nenas,selain tu entahla..terpulang pada orang yang buat kot.. apepon laksa my mom bestttt.. mama.. nak laksa plssss :)




Mee Udang.. hm.. nyumm.. mee udang yang paling best dekat penang nie bagi nad mee udang sungai dua dan mee udang Juru,,memang terbaikkkkk laaaa.... udang dia pon fresh2..



Dan malam2 kalau korang lapar nad syorkan korang makan Key Char Koey Teow yang terletak berdekatan dengan UITM seberang prai ..Sedap dengan harga berpatutan,, selain tu char koey teow di Sungai dua (telur dibasuh) dan Char koey teow Permatang Pauh.. -bulan puasa nie tak makan lagi ckt-




Pasembur Padang kota... Kat penang nie sape yang tak pernah makan pasembur padang kota memang dia tipuuu la.. kalau korang cakap tak pernah makan baik tak payah duduk penang (jangan marah) hehe..
kalau korang datang padang kota memang berderet deret kedai jual pasemboq nie.. korang boleh pilih je nak makan kedai sape.. sumenya di hujung jari anda.. anda tunjuk dia sediakan..



Dan yang paling paling paling paling Special bagi nad ialah ROJAKKKK TONGGEKK.. rasa dia memang best la.. masa beli nie korang bole pilih nak kuah pedas or biasa je tapi kuah dia memang sedap r.. sampai lincin nad makan.. rojak nie boleh dibeli dengan harga rm0.40 sen secucuk ataupun 4 kupang.. rojak tonggek nie lokasi dia dekat bagan.. dekat pantai road.. di sini ada 3,4 gerai ada gerai cina dan melayu.. jadi korang pegi la yang dekat melayu tu.. sedapp oo.. yang nie nad berani jamin..
Kenapa rojak nie dipanggil rojak 'Tonggek' ha.. cuba korang tengok kat atas,, awek2 cun tu makan macam mana.. bagi yang tak nak bungkus.. korang boleh makan terus dekat situ.. kuah tu ada tengah2 dekat situ.. masa makan tu korang kena bongkok kan sikit badan korang agar kuah rojak tu tak kena baju korang yang mahal tu.. so terus la nama melekat rojak tonggek,..

Nad tak kan percaya kalau korang cakap tak sedap.. buat masa nie.. dekat penang.. sini jela yang terbaik bagi nad,,rojak nie kalau nak makan kena pergi awal awal.. kalau korang g dalam kul 5 memang soriii la.. dah habis ye,,jadi pegi la awal2 bagi yang nak tryyyyy.. jangan lupa ajak nad sekali na.. :)
So takat nie aje entry Penang Best ooOo Part 1,,nantikan Part 2 ok... Selamat Berpuasa :P



               -Syarifah Nadia Syed Mohsin-

5 August 2012

Malam Lailatur Qadar

Assalammualaikum.. Malam nie nad nak kongsi kebaikan malam lailatur qadar so harap2 kita tak akan terlepas malam yang penuh dengan kebaikan nie.. :)

Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).
Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.
Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.
Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”
· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”
· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”
· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar“
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”
· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”
· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”
Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim.
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:
“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.
Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.
Ibnu Hazam berpendapat:-

· Jika bulan Ramadan 29 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.
· Jika Ramadan genap 30 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.
Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).
Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?”Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu ” Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ….”. Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.
· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).
· Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul – Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.
· Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.
Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.
Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-
· Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
· Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
· Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
· Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
· Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya…..”.
Dalam riwayat lain,“Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai“.
Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.
Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-
{ Doa.
{ Beristighfar.
{ Bertasbih.
{ Bertahmid.
{ Bertakbir
{ Bersedekah
{ Menjaga maruah dan akhlak
{ Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{ Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).
Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:
{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{ Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!
Selamat Beramal kawan2 ku sayanggggggg.... (sumber google) hihihihi :P

4 August 2012

Fareeda Nyata Jelita

Hehe.. Hari nie mood gedik nak bagi salam lawa sikit.. muahahaha..(sumber google) Ok.. now nad nak cite tentang tudung tudung tudung .. Bagi anda yang still dok pikiaq nak pakai tudung apa raya nie.. Nad syorkan tudung jenama 'Fareeda Nyata Jelita' hehe.. Ini kerana nad sendiri pon pelanggan tetap tudung nie dan nad yakin uolss akan berpuas hati dengan tudung nie.. Dan untuk pengetahuan semua saya adalah salah seorang yang selalu masuk contest yang sering dianjurkan oleh pihak Fareeda.. walaupun cek tak pernah menang.. sob sob sob apepon nad redha dan yang paling penting.. ! ini tak akan menghalang nad untuk terus sokong Fareeda.. hehe (bukan bodek okeh) dan kalau ade contest lagi selepas nie nad tak akan ter agak2 untuk join lagi.. hehe (muka tak malu)
 Sape tu di tengahh.. sape lagi.. Encik Nabil dan kesemua model2 fareeda nyata jelita yang rupawan.. Cuba carik mana satu nad.. ngeh2.. yang paling cute mute tu saye ! eh... yang paling tak tomei tu saye :) haha
 -Nad yang baju pink tu di samping peserta2 Fareeda Nyata Jelita.. Jelita tak kami??-
Okehh masa snap2 gambar nie kami baru nak bertolak ke Sacc Mall untuk contest Model Fareeda 2012 dan macam yang kite tahu nad gagal.. cryyyyyyyyyyy !! takpe tunggu Contest Fareeda 2013 pulak..muahaha
Nad dan rakan baik nad.. My bff.. die pon join jugak.. kami nie macam twins la.. kat mana ada cik Nad kat situ jugak ada cik Azie dan macam tu jugak la sebaliknya.. kihkihkih.. kami nie serba serbi sama.. dan yang paling ketara bila kedua dua kami gagal.. (ok sila gelak) huh..dan yang paling penting cik azie kita nie single lagi.. ngeh2.. sori azie i ter promot u.. jangann marahhhhh... ohh yaa.. Mekap cik azie di sponsor oleh saye :P
cube tengokkk nomboooo.. saya nombooo 27 okehhhhhhhhhh.(macam la korang mengong takleh nampak)
Okeh ini pose kami snap hari berikutnya.. Hari selepas kami kalah tu.. tapi muka hepi jek dua2.. nampak sangat takde effect kat kami.. muahahahaha... Hati kering beb! Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan.. jadi ambil kegagalan tu sebagai semangat dan cuba lagi next contest..yayyy
erkkkkk..gambar haku nie... muahaha... sape x suka pejam mata rapat2 ok.. nad sebenarnya nak tunjuk contoh2 tudung yang berlainan.. hehe (alasannnnn) Lol ... hahaha.. kesemua ini contoh2 tudung Fareeda yang ada dalam koleksi alamari nad.. Hehe
Tudung yang nad pakai nama nya tudung mawar.. sweet kan kan kan.. hehe.. kedua2 kami memakai tudung jenama Fareeda Nyata Jelita dengan harapan kami akan kelihatan jelita.. :) -ayat gedikkkk-
Jadi bagi anda yang gemarkan tudung dengan trend2 warna dan corak terkini korang boleh la lawat2 page Fareeda dengan klik link nie https://www.facebook.com/pages/FAREEDANyata-Jelita/279846494413
dan bagi anda yang rasa tudung nie tak memenuhi citarasa anda.. banyak lagi ada didalam page tu.. Saya bukan model berbayar Fareeda,Bukan juga Pengedar.. Saya hanya Pengguna :) hihihih... selain tudung fareeda nad juga ade pakai selendang2 yang lain.. kesemuanya nad akan cuba asalkan cantik dan menutup aurat rambutkuuu... Bagi anda yang bakal berkahwin dan tinggal di kawasan utara.. jum lihat contoh make up nad di SINI .. hehe..dan boleh pm untuk pertanyaan harga :)

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

3 August 2012

Single Ker

 Assalammualaikum.. 
Omg !!!! baru ku sedar dah hampir 2 tahun ku single.. erkkk... suatu ketika dulu cek ada boipren sebelum cek taw cek nie tertipu.. 'tipah tertipu bang' .. arghhhh.. tak nak ingat.. pleaseeeee.. hehe.. now nad rasa single nie lebih banyak kebaikan berbanding ade kapel.. tapi.. ade kapel pon syok jugak.. kihkihkih .. ok2 kite anggap yang jodoh tak sampai lagi.. bak kata ustaz azhar idrus orang yang single nie bukan nya  'tak laku' tapi allah dah simpan yang lebih baik untuk kita cuma tak sampai masa lagi je nak bagi jumpa.. hehe
oh.. okay ! saye tunggu dengan sabar.. 'mana mana mana'.. eh.. tak jumpa lagi rupanya.. 

Single ^^ → in l0ve ♥ → Break up :x → single again ;( .. <---- ini diri saya

So pada semua yang single.. tak perlu bersedih sebab di sini nad senaraikan sebab2 kenapa single itu best.. sambil2 tu jum kita mencari noh.. 

 gambar saya di atas tak ada kena mengena di antara yang hidup atau mati,anggap mcm iklan ok  Di antara sebab kenapa mereka2 (termasuk cek sekali) ini single adalah kerana kerjaya..Sebab pertama mungkin sesetengah dari anda mempunyai kerjaya yang menarik,berpendapatan tinggi,ada rumah,kereta.. so mustahil insan seperti anda takde calon kan..? otak2 orang lain nie akan berfikir mesti dia nie dah ade bf/gf.. dan kalau korang lak cakap.. eh aku single lagi.. otak2 orang lain nie susah nak percaya walaupun sememangnya benar korang memang single.. jadi buktikan ! contohnya macam bawak orang2 itu jumpa parents korang ker,makan2.. so automatik dorang akan percaya.. bawa jumpa family ialah 1 bukti yang kukuh.. kihkihkih

         -Gambar di atas takde kena mengena di antara idup atau mati,saje nak ceriakan suasana.-
Baiklah sebab kedua kenapa mereka2 ini single adalah kerana paras rupa.. cuba kita jumpa laki nsem nie kat luar mesti kita akan cakap 'makk aiiii nsem siottt mamat nie,mesti awek dia pon cantik' macam tu jugak sebaliknya kalau laki tengok mana2 awek cun.. mesti dorang akan cakap.. mesti 'balak awek nie nsem siott'
haha.. tapi ! kite confirm ke yang dorang nie betul2 da berpunya.. tak kan? kecuali la korang nampak die dengan kapel/bini/anak2 yang tu memang dah sah2 la berpunya jadi 'jauhkan diri anda sebelum bala' hehe
contoh paling terdekat laa nad ambil diri nad sendiri bukan nak pasan nad comei tapi nad nie dalam kategori boleh laa jugak kan kan kan....tapii ! sampai saat dok update blog nie pon.. cek single lagi.. tapi tataw la esok2 camna.. kot2 la esok anak raja mana2 masuk minang.. memang sah2 cek terima habaq kt ampa.. hihihiihh.. (gedik noh) kebanyakan rakan2 nad semuanya dah berkawen,beranak pinak,bertunang n paling kolot pon ada gak boipren termasuk adik saya.. sob sob sob.. ceh ! jangan date depan aku wei..
Jadi sementara single nie.. jum kite nikmati masa yang bahagia nie sepuas2nya ok! nanti lepas kawen tak bole dah nak gedik gedik cam sekarang.. ngeh2.. gedikk ker... hahaha..jum tengok senarai kebaikan yang nad dah list kan di bawah.. namo cedih cedih.. kita enjoyyyy! (gaya ala2 nora danish)

»» Sebab Apa Orang Cakap Single Best ?? ««

••► Tak rugi duit untuk topup . ✔
••► Tak payah keluar duit nak belanja kekasih. baik belanja family makan. ✔
••► Malam2 tak payah text & call sampai tertido .boleh tido terus . ✔
••► Tak kena berleter itu ini itu ini bla bla bla. ✔
••► Takda org ganggu tengah tido dengan bunyi henpon. ✔
••► Takda org nak jeles. ✔
••► Duit sentiasa ada. ✔
••► Hati tak sakit. ✔
••► Tak payah keluarkan air mata. ✔
••► Tak perlu membuat lap0ran. bebas ke mana2. ✔
••► Bebas berkawan. ✔
••► Tak payah nak pening2 pikir tentang kekasih. ✔
••► Tak payah berkepit dengan henset 24 jam. ✔
••► Boleh guna henset yang murah2. Tak perlu ada wallpaper. ✔
••► Boleh buat apa yang kita nak tanpa dilarang/ditegur kecuali perkara family yg larang ! ✔
••► Dapat hindarkan diri dari maksiat ✔

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

Anak Patung Kertas

Assalammualaikum :)
hm.. anak patung kertas?? nad pasti ramai yang masih ingat kan.. nie permainan yang sebati dengan diri nad time nad umur 6,7,8 tahun.. nad masih ingat lagi yang nad ada berbungkus2 plastik beg anak patung kertas nie.. hehe.. itu je yang mampu time tu.. tapi lagi best dari main anak patung betul2.. haha.. sape yang pernah main anak patung nie angkat tangan cepat (ops x nampak) hihihi.. anak patung nie boleh dibeli dengan harga 30 sen je..
haaaa.. yang nie salah 1 contoh anak patung kertas yang pemes time tu.. nad ingat lagi nad beli anak patung nie tiap2 hari sekeping dekat aunty tu nad panggil 'mak nya' kihkihkih.. tah idup ker tak lagi maknya tu sebab time tu pon die dah tua.. harap2 panjang la umur beliau ye dok.
Tapi kan budak sekarang mana laa nak layan patung2 kertas cenggini.. sekarang nie sume dah maju.. anak sedara nad umur 7 tahun pon x layan laa anak patung nie.. dia lebih suka main game dekat lappy.. ciss.. habis lappy ku rosak dek budak2 tu..
Masa main anak patung kertas nie mesti kita namakan patung kertas nie nama macam2 kan.. Princess yucie laaaa,puteri laaaaa,dan yang paling penting mesti kita bayangkan patung yang kita tengah main nie macam diri kite sendiri kan kan kan.. nad paling suke pakaikan anak patung kertas nad tu baju gown kembang.. konon nak jadi princess.. nak jadi anak raja la konon ek.. ceh ! takpe,janji i hepi time tu.. hehe
Dan yang paling penting bila ada anak patung kertas lelaki kan.. nad ada anak patung kertas perempuan 10 dan lelaki hanya ada 1.. haha.. maybe anak patung kertas laki kurang sambutan agaknya kan jadi pengeluaran die terhad.. Kalau ada lagi anak patung macam nie jual dekat kedai berdekatan nad.. akan nad beli.. at least dapat ingat kenangan nad time tecik2 dulu.. best sangat jadi dak tecik takde apa sangat nk pikir kecuali 'main main main' hahaha..


-Syarifah Nadia Syed Mohsin-



2 August 2012

Bakat Terpendam Terluah Akhirnya

Assalammualaikum.. Hello2.. Hari nie nad nak kongsi 1 story menarik dengan semua.. Menarik ker? agak menarik la kot sampai my momy ulang baca blog i hari hari (bukan kedai Hari-Hari).. kelas uolss.. kihkihkih.. Okeh.. Dari tecik2 lagi nad suka curi lipstik mama nad curi2 pakai sebelum nak keluar g main2.. hehe.. bajet nak cantik macam ahkak2 dalam group elite.. LOL
Okeh nad mula sedar yang nad begitu minat dalam bidang make up nie waktu nad zaman college.. time tu kawan2 nak keluar date..(untungla ade bf) then nad tengok ade rakan2 nad yang tak pentingkan soal penampilan diri n penjagaan wajah.. Wahai kawan2.. penjagaan wajah penting ok ! so please ambil berat.. So otak cerdik nad mula berfikir.. pikiaq apa?? haaa ! ape lagi bisnes la beb.. macam yang kta tahu zaman college sememangnya zaman kemerosotan ekonomi.. maybe tidak bagi anak2 tan sri,dato,menteri dan yang sewaktu dengannya..kihkih.. Jadi nad mula mengambil tempahan make up dengan harga rm10 sahaja.. wow.. murah kan kan kan.. tapi time tu nad hanya gunakan barang2 make up yang biasa jek.. foundation pon pakai yang mustika ratu punya tu.. haha,tapi tetap laku bisnes i.. Makin lama khidmat rm10 nad mula mendapat sambutan di kalangan rakan2 baik nad.. bisnes laku beb.. Kemudian tamat je study nad terus bekerja di Jalinan Kasih Exclusive sebagai pekerja biasa je,tapi oleh kerana butik tu kekurangan tenaga make up terus nad di beri peluang untuk mengembangkan ilmu nad yang sedia sedikit nie..



gambar nad tanpa Make up..
lincin tak kulit i uolsss :p
(perasaaaannn)










Apa yang nad ingat ahkak pertama yang nad make up tu.. tak complain apa2 make up nad,sama ada dia segan,takut,atau sememangnya dia tak kisah? dan apa yang nad ingat lagi nad sangat la tak berpuas hati dengan hasil tangan pertama nad,, maap akak ! dorang tiba2 suruh saya make up dan akak orang pertama yang saya mekap 'pengantin' sori kalau saya dah musnahkan hari bahagia akak.. walau saya tak kenal akak dah kalau jumpa kali kedua lepas nie.. hehe,waktu tu nad x ready dari segi mental dan fizikal.. terkejut den bila nyah tempat kerja den suruh nad mekap sorang customer nie.. nad pon dengan yakinnya pergi mekap akak tu dalam hati tuhan aaje yang tahu.. tulunnnnnnnn ! apepon nad hepi keje di https://www.facebook.com/jalinan.kasih.9 Sebagai seorang cik Andam.. Ilmu di sana laaa yang membuatkan nad kini berjaya teruskan bisnes freelance Make up Artist :)

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-

1 August 2012

Impian Vs Angan2

Sempena bulan puasa nie tak ada sangat la tentang job2 dan gambar2 mekap yang nad nak kongsikan jadi nad nak bercerita topik yang Merapu Meraban sekejap untuk buang masa nad yang berharga nie.. hehehe
Baiklaah hari nie nad nak bercerita tentang Impian atau Angan2.. Nad yakin tiap sorang dari kte mesti ade Impian dan Angan2 masing2 kan.. Bila sesuatu yang kita impikan tu menjadi kenyataan bermakna kte berjaya merealisasikan impian dalam diri kita sendiri.. Tetapi ! bila kita gagal mendapat apa yang kte impikan so bg nad sendiri kte x perlu la bersedih dan anggap itu sebagai angan2 yang wujud di dalam diri kita sebagai seorang manusia di muka bumi ini.. Nad juga sering kali gagal dalam apa yang nad impikan tapi nad x pernah berputus asa sebab nad bukan jenis orang yang akan mngaku kalah.. Selagi bernyawa maka nad akan terus jadikan Angan2 tu menjadi SATU Impian yang akan menjadi Kenyataan kelak.. x salah nak angan2 kan asalkan angan2 tu tentang sesuatu yang akan memberi kebaikan kpd diri kte.. Jangan pulak Angan2 Pak Jenin ye.. hehe.. Angan2 tanpa Berusaha.. tiap benda x akan jatuh bergolek depan mata.. Berusaha Diselangi dengan Doa.. Jadi jum senaraikan Angan2 kita dan Berusaha untuk menjadikan Kenyataan..Nampaknya tahun 2013 akan tiba tak lama lagi.. umur pon bertambah setahun dan masih banyak sngat impian nad yang tak jadi kenyataan lagi pon ! so sad ! tapi tak ape.. Selagi diberi peluang untuk hidup jadi nad akan terus dan terus jadikann kenyataan.. Amin

Baiklah.. Impian pertama nad adalah.. jeng jeng jeng.. hahaha.. of course la nak buka sebuah butik pengantin yang akan menggunakan sepenuhnya duit hasil titik peluh nad bekerja tanpa mengharapkan bantuan orang lain.. Butik pengantin nad tu akan diberikan nama 'Bagaikan Ratu' dengan tagline 'Segalanya di Sini'.. itu pon kalau masih kosong la.. kalau dah ade orang guna nama nie so secepat mungkin nad akan terus ikhtiarkan nama lain.. hehe... dalam butik nad tu nanti akan disertakan sekali dengan Spa dan rawatan kecantikan yang lain yang akan diuruskan oleh adik nad sendiri.. kira macam bisnes partner la ye.. hihihihi


Angan2 dan Impian kedua nad adalah... nie kalau nad jutawan la.. hehe.. Nad nak buka sebuah rumah untuk Anak2 yatim.. Rumah anak anak yatim nie akan diberi nama 'Rumah Anak Anak Yatim Ceria' .. wow ! kenapa mesti ceria? mesti tertanya2 kan kan kan.. hm.. ini kerana nad nak semua penghuni dalam rumah nie akan sentiasa ceria,gembira dan selesa.. Ceria macam nad! hihi oleh kerana nad pun salah seorang anak yatim kat dunia nie jadi nad faham apa perasaan menjadi seorang anak yatim.. So.. Nad akan berusaha untuk Jadikan angan2 yang satu nie kenyataan walaupun nad dah jadi nenek time tu.. haha,tapi rumah anak2 yatim ceria nanti tak lah seram macam gambar di bawah ye.. gambar nie hanya rekaan semata2 okeh !


Dan angan2 nad yang seterusnya semestinya untuk menjejakkan kaki ke rumah allah.. mungkin bermula dengan Umrah dan seterusnya haji... dan yang paling penting nad akan ditemani bunda tersayang puan Shima.. Mama,nanti kita g berdua oke ! hehe.. nad sentiasa berdoa yang angan2 yang satu nie pon akan jadi kenyataan.. nad selalu angan2 apa agaknya perasaan nad bila nad berada di sana,,kadang2 rasa takut jugak..takut tak diterima di sana.. :) apapunn nad berdoa yang nad akan kesana juga nanti bersama mama nad ! jum tolong doakan nad sekali ek..
hmmm... ada lagi ek angan2 nad.. bukan yang tu je.. hahaha.. Selain angan2 kat atas nie.. nad juga impikan untuk menaiki kereta Bmw 6 series.. woww.. kau ade?? kalau ade nak tumpang bole? plssss.. tumpang ambil gambar nak buat semangat je.. bukan tumpang naik ye.. kang tak pasal2 nad dibawa lari.. cewahh.. Bajet hot bole.. kihkihkih.. Lepas je dapat beli kereta nie nad nak bawak anak2 sedara nad ronda2... lepas tu sambil bergayanya nad akan melangkah keluar kereta.. ahahaha.. boleh macam tu? entah2 time dapat pakai kereta nie umur nad dah 70 tahun.. ohhh tidak !! (sambil geleng2 kepala tak nak terima)
ohhh kereta ku sayang... walau tak dapat real2.. moga kita berjumpa di dalam mimpi.. hihihi

Yang terakhir angan2 nad adalah..(malu pulak) hehehe..n tengah senyum real2 ok.. haha.. ok2 serius.. yang terakhir buat masa nie.. angan2 nad adalah agar nad akan bertemu dengan jejaka idaman nad.. cewahhhh... ayat tu... muahahaha..  nad berharap akan jumpa my Prince charming.. Wah2.. kelasss koo nad.. Lelaki yang bila nad pandang je terus jatuh cinta.. ade lagi ker cinta macam nie zaman sekarang? entah.. yang penting lelaki yang bila nad pandang nad akan cakap 'wow' .. tak padan dengan nad pulak ek.. tapi ape salahnya angan angan kan kan kan.. saje nak syok2 sendiri.. hihihi... Selain tu Lelaki tu pulak seorang yang budiman,beriman dan tak kedekut ! pantang cek laki kedekut2 nie,mau hawaq balik kola kedah.. Lelaki yang juga mampu nak sara nad dan keluarga nad.. ala macam dalam cite novel2 tu.. lelaki yang kacak,kaya,alim,romantik.. Wah,,wujud ker lelaki macam nie? oleh kerana tak wujud maka akan terus kekal sebagai angan2 untuk suka2.. hihihihi






















Mungkin lelaki Alim plus kacak macam Aaron Aziz nie lelaki yang nad selalu angankan.. hehe.. ade x laki cmnie? kalau ade cepat2 isi borang.. Eh,kalau ada nad yang nak isi borang.. hahahaha

  
ataupun kacak dan bergaya ala2 lelaki koporat yang macam nie.. wah.. untungla kalau dapat yang macam nie kan.. sape2 yang dah dapat camnie jutaan tahniah untuk anda kerana menjadi insan bertuah tu.. sob sob sob.. Mood : sedih + jeles
Wahhhh.. hensem ! kalau dapat yang macam nie confirm hari2 senyum.. hahahaha.. tapi kena la seiring dengan perangai yang budiman,,kalau muka je hensem tapi perangai tah2 apa,buat orang sakit hati ja.. bole blah na,, bagitau siap2 dah nie.. rupa yang elok 'haruslah' perangai pon elokk.. tak gitu? 
 Ataupun yang gagah perkasa seperti Bruce Wayne(betui ka nama dia) hentam ja.. (masih dalam pengaruh cite batman 'The Dark Knight Rises') Walaupun dah berusia nad harus akui yang lelaki nie sangat2 laaa kacakkkk... bukan pak cik rambut uban tu taw.. tapi nad bagitau tentang abang bruce wayne.. wakakaka.. Apapon semua angan2 nie selalu buat nad tersenyum dan gembira.. sekurang2 nya tak adela nad nak pikir benda sedih2 yang mengarut2 kan kan kan.. Semoga semua Impian Nad jadi Kenyataan begitu juga dengan anda.. Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa dan bagi yang x posa... ee... tak maluu.. jangan makan depan orang lain ok.. hormat insan lain yang sedang berpuasa ye.. okla.. dah tiba masa nad nak guling2 bersama bear tersayang.. Muah Muah Muahhh.. (Bajet Artis kejap) hahaha

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-