Tabung

13 October 2012

Sahabat ku

Assalammualaikum semuaa yang sudi baca blog nad yang tak seberapa neh... ngeh2.. bagi yang belum kenal nad tu.. salam kenal.. dan bagi yang dah kenal selamat merapatkan perkenalan.. sebenarnya 10/10/2012 adalah tarikh lahir sahabat nad dari dulu sehingga sekarang.. Sedar tak sedar dah 6 tahun kami berkenalan... 10/10/2012 Juga tarikh hari lahir abang kandung nad iaitu abang kedua nad Syed Amir Hamzah .. Semoga kedua-dua hamba Allah ini panjang umur,sihat selalu dan murah rezeki serta bertemu jodoh.. Amin.. Baiklaaa entry kali nie bukan nak bercakap pasal abang nad tapi nad bercerita mengenai sahabat nad yang paling terbaik di antara yang terbaik iaitu Nor Azimah Bakhtir.. heheh.. Nad nak kongsikan cerita macam mana nad boleh kenal cik azie nie..hihi..

Semuanya bermula di perlis.. waktu tu nad sambung study dekat sana.. masa hari pendaftaran tu dalam khemah tempat kita nak duduk sekali dengan family tu.. nad duduk dengan mama nad dan tepi nad ada makcik yang peramah nie,tepi makcik tu pulak ada budak yang pendiam dan tak banyak cakap.. Oleh kerana nad nie peramah so nad pon sembang la dengan makcik tu.. tapi anak makcik tu tak cakap apepon dalam hati nad (alahai sombongnya) hihihi.. lepas je sesi pendaftaran terus ambil kunci rumah.. Masuk je rumah tu tengok ada lagi budak nie.. rupanya kami serumah.. tapi bilik lain-lain.. lepas kemas barang.. family masing-masing pon balik... So kami semua duduk dekat ruang tamu dan berkenalan.. oh.. budak sombong tu nama Nor Azimah tapi panggil Azie.. Lepas berkenalan.. azie dah cakap banyak sikit.. mula tu kami tak la rapat kan bilik lain kan.. tapi lama-lama pastu mula menjadi baik sebab nad dengan azie banyak persamaan.. di antaranya
-Sama-sama gedik
-Suka tengok laki handsome/bergaya
-Kalau jumpa laki handsome terus berpura-pura sopan
-Suka tengok cermin
-Suka laki yang sama (selalu berebut)
-Suka perasan
-Suka tangkap gambar
-Nak kuar makan kat gerai roti canai bersiap macam nak kuar dengan boipren
-Sangat suka mekap
-Suka sedih/merajuk/nangis/sensitif/gelak takde sebab
-Banyak lagi kalau nak list

Lepas tu apa yang penting kami selalu kuar dating se sama.. ngeh2.. Oleh kerana kami kira tahap cun jugak la kt kolej time tu (perasan) so boipren kami pon antara yang nsem kacak dan bergaya (over) hahaha.. dan boipren kami kawan.. kami pon kawan so sama-sama kua date la.. kua berempat dan bukan berdua okeh.. haha.. Lepas tu nad putus dengan bf nad yang tu.. Azie pon putus,.. Nad kapel pulak dengan orang lain.. Azie pon kapel dengan kawan bf nad yang tu.. yang paling penting kami sama-sama GAGAL dalam percintaan.. dan GAGAL untuk berjumpa dengan Mr.Right kami.. kami selalu pikir kenapa la tak jumpa-jumpa lagi.. haish.. Nad dengan azie jugak ada taste dalam fashion yang sama.. semuanya sama.. sehingga sekarang kami kerja tempat yang sama.. Nad kalau gi kerja jek mana-mana terus tarik azie kerja sekali so boleh jumpa hari-hari dan boleh gosip-gosip kan.. Benda yang baik pulak Nad berubah memakai tudung.. Dan azie pon turut ikut :P dan yang paling best sekali.. Kami sama-sama sembahyang zohor/asar di ofis.. Bermakna sekali !
Semua rahsia nad ada dalam pala otak azie.,dan segala rahsia azie ada dalam pala otak nad.. kami berkongsi segalanya dan tak ada rahsia di antara kami.. Kami pernah gaduh.. sebab? sebab azie kua makan jalan depan dengan kawan lain dan tinggal nad dekat belakang.. terus Majuk.hahah.. time zaman study la.. sekarang nie tinggal je.. xkisah pon..

Oleh sebab nad baik dengan azie so nad pon boleh dikatakan dah berpuluh-puluh kali gi tido rumah cik azie nie.. Mak azie pon kalau nad gi tido sana dia tak akan masak ikan sebab dia tahu nad tak makan ikan.. terima kasik makcik ! dan azie pon dah berpuluh kali tido rumah nad.. Azie la satunya kawan nad yang mama nad paling suka. So kalau nad keluar dengan azie mama tak akan risau sebab azie nie jenis baik-baik.. Banyak kenangan nad dengan azie..salah satunya Okeh masa nad duduk rumah sewa dengan azie sem 3 masa study. nad dengan azie sebilik.. azie pulak rambut dia makk aii punya panjang.. kalau korang tengok rambut artis fauziah ghous tu,camtu la sebijik dengan rambut azie,jenis lurus dan panjang..Dan nad pulak ada satu tabiat buruk kalau pakai kipas tak suka share,dan tak suka pusing-pusing sebab nad suka satu arah je,posisi time tu Kipas,Nad dan Azie..kipas tu sebelah nad.. Malam tu pulak nad tundukkan sangat kipas tu so azie pon rasa cam kena sikit je tempias-tempias angin al maklumlahh nad lindung angin tu..hehe.. so dia panas.. tah macam mana azie bangun dan dalam posisi duduk dia langkah nad sambil tangan tolak kipas tu ke atas,nad pulak pantang orang sentuh sikit je confirm terus terjaga nad buka je mata tiba-tiba nampak rambut panjang gila atas muka nad.. Terus nad jerit sekuat hati nad sambil ambil tangan tutup muka dan terus meniarap (gigil2 dah) time tu pikir hantuuuuuuu ! pastu nad dengar azie pon jerit dan peluk nad rapat sangat.. kami sama-sama gigil.. lepas tu dalam 15min dalam keadaan ketakutan dan berpeluk nad tanya azie..

Nad   : Azie.. awat hang jerit ? -sambil cakap pelan-pelan-
Azie  : Hang jerit so aku jerit gak la.. awat hang jerit.? -cakap pelan gak-
Nad   : Tadi ada rambut panjang atas muka aku,rambut hang ka?
Azie  : Ha rambut aku la.. awat ?
Nad   : Hang nak buat apa tadi ?
Azie  : Aku nak kalih sikit kipas tu,aku hangat..
Nad   : Grr... aku ingat hantu tadi.. -gelak kuat-
Azie  : Hah ?? -Gelak kuat-

Time tu dalam pukul 4 pagi.. sebenarnya time tu rumah sewa kami sememangnya ada 'sesuatu' so oleh sebab kemungkinan tu la nad boleh terfikir azie tu hantu.. sampai sekarang kalau kami ingat cerita nie kami akan gelak sampai keluar air mata.. nad ada cita benda nie dekat adik nad tapi dia menyampah dan cakap tak lawak langsung walau time tu nad tengah cita sambil gelak gila-gila.. orang lain tak akan rasa benda nie lawak kecuali nad dan azie sendiri :)

Dan baru-baru nie time hari lahir azie nad tak datang kerja sebab nad Majuk dengan bos nad time tu.. so 11/10/2012 nad pergi kerja dengan bawa sebiji kek untuk kawan baikku sayang.. dan kami makan ramai-ramai sambil nyanyi lagu hari jadi dekat azie sambil azie buat muka terharu.. dalam perancangan 20/10/12 nie baru azie nk buat majlis birthday dia..

Abaikan background belakang tu.. fokus je dekat azie dan kek.. ofis kami memang semak.. bz dengan kerja katakan.. haha.. nie la azie yang tengah buat muka terharu tu..

Time nie kami semua tengah nyanyi lagu hari jadi dekat azie.. yang ada kak kirah jek sebab yang lain semua takde mood nak bergambar.. ahaha..

Azie potong kek sambil berdoa agar dia cepat kahwin dan bertemu jodoh sebab dia tak sabar nak kahwin.. ops :)

Apapon nad berdoa sangat agar azie panjang umur,sihat selalu,murah rezeki dan bertemu dengan jodoh dia tahun nie jugak so tahun depan bole la nad melaram jadi pengapit.. yay ! nanti birthday nad pulak nad nak dia berdoa camtu balik.. hehe .. Sayang kauuuuu Azie oi...

-Syarifah Nadia Syed Mohsin-SnSm
 
 
 
 
 
 

9 comments:

  1. wahhhhhhhh.....selamat hari jadi kawan cik manis...

    best kan ada kawan yg sekepala cmtu..... suka lelaki sama boleh, tp jgn bercinta dgn lelaki yg sama plak...nnti benda cmtu la yg boleh buat putus sahabat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..buat masa nie suka2 jek laki yg sama tapi suka2 gitu jek.. xde la suka betul2.. hehe.. :)

      Delete
  2. Happy Birtday cik..sikses ea...salam kenal dari blogger indonesia.....Follow sukses..mampir blogku eaaaa

    ReplyDelete
  3. salam nad...
    itu namanye tak kenal makan tak cinta...bila da kenal seia sekata, sehati dan sejiwa..cewah! cam pantun pun ada ek?

    pape pun akak doakan moga persahabatan korang berkekalan sampai bila2..

    hepi besday tuk "si sombong" yer..hehehe

    citer rambut tu mmg kelakar giler...tergelak sambil baca tadi...tapi nape adik awk tak kelakar ek? konpius..konpius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... tula adik nad mmg jnis serius owgnye... ssh die nk gelak2 nie.. hahaha.. nad lak terlebih hepi owgnye,,hikkk...thnx sis ena sudi singgah sini,..

      Delete
  4. Ya Allah gelak pai leleh air liur,air mata..... Hehehe btw happy birthday azie,semoga dirahmati sentiasa. Fren 4 Eva

    ReplyDelete