Tabung

22 October 2012

Menanti Kejayaan

Assalammualaikum.. hm.. mesti korang tertanya-tanya kan apa yang menanti kejayaan tu.. ya ! ok sebenarnya nad la yang masih menanti kejayaan.. hehe.. Nad nie dulu masa kecik-kecik bercita-cita nak jadi seorang cikgu tapi bila dah makin besar cita-cita nad beralih arah ke arah yang glamour2 nie.. hikhihkhik.. nad suka sangat nak jadi artis tapi semuanya sah-sah gagal harap maklum.. Dulu ada bercita-cita tinggi nak jadi seorang pelakon yang berjaya dengan harapan nak guna nama komersial Nadia Jufry.. kelas kau nad.. Lepastu nad bergiat aktif menjadi pelakon extra di sekitar penang ..Nak gi KL kononnya dengan harapan akan lebih banyak peluang untuk menjadi seorang pelakon tapi Mama nad menghalang dengan alasan nad nie mudah terikut-ikut sangat.. lepas setahun macam tu nad pulak bertudung,lepas bertudung tu ada dapat call dari satu production yang dikenali la.. nad pernah pegi audition dulu.. Dan oleh kerana dah bertudung maka peluang itu terlepas lagi.. so terkubur la impian nak menjadi seorang pelakon..
Lepas tu nad still think positif insyallah kalau ada rezeki tak kan kemana kan.. pakai tudung tak bermakna nad tak akan berjaya.. Nad pun nak cuba la dalam bidang nyanyian.. Kan time tu penuh dengan audition realiti tv.. Akan tetapi malangnya sekali pon nad tak pernah pergi audition tu sebab nad masih ada perasaan MALU .. heheheh.. Maka terkubur la lagi impian nak jadi seorang Penyanyi yang berjaya dan tersohor..
Oh ya sebelum nad pakai tudung nad ada masuk contest Model Tesco 2012 dan nad hanya berjaya melangkah ke semi final.. oleh kerana ketinggian nad yang tak mencukupi so nad pon pasrah.. lepas tu nad tanya mama nad..
Nad : mama kenapa nad tak tinggi macam akak dengan aty
Mama : ohh sebab nadia ikut mama laa
Nad : Kenapa nad ikut mama .. grrrr ..
Mama : takdir hang laaaa
Nad : oh ok... -redha-
Tinggi nad hanya 159 kalau tak silap.. heheh... *jangankutuk* Okeh lepas tu nad join la Model Fareeda koleksi Mawar dan sekali lagi nad hanya berjaya melangkah ke final sahaja dan pulang dengan tangan kosong sambil berbisik dengan diri sendiri 'takpe nad..okla tu dapat gi final cuba lagi' so lepas tu ada pulak pencarian model Fareeda 2012 dan macam yang dijangka nad pun join lagi dan nad berjaya menjadi salah seorang finalis.. cewahhh.. Lepas tu adala muka nad dekat banner iklan dorang dengan dalam paper kosmo.. Pakcik dekat kedai minum sebelah opis nie semuanya tegur nad
Pakcik : Eh pakcik tengok paper tadi ada macam muka adik la
Nad : *Sambil malu2* yeke,saya pon tak tengok lagi pakcik
Pakcik : Wah pemes la adik lepas nie
Nad : Eh mana ada.. biasa je pakcik
Lepas tu terus semangat g beli paper nak tengok.. courier dekat opis nie pon semua tegur.. tak sangka dorang cam wajah nad walau muka nad tak la besar mana pon.. tipu la kalau nad cakap x hepi kan.. hikhik.. dan tiba hari semifinal macam biasa nad hanya berjaya melangkah ke semi final dan pulang dengan perasaan sedih .. Again! nad sedih jap sehari.. keesokan tu nad bangun tidur dengan perasaan okeh.. aku gagal yang nie so aku try yang lain pulak ye.. Nad ambil sebagai pengalaman dalam hidup nad.. yela dalam 170 lebih peserta nad terpilih dalam top 20 kira dah cukup ok la kan.. Lepas tu nad terfikir maybe lebih baik nad fokuskan dekat kerjaya nad menjadi seorang jurusolek... yela kalau nad dah jadi artis/penyanyi/model sape nak mekap korang kahwin nanti kan.. dah sah-sah nad akan bz... Walau apapun nad pasti nad akan berjaya satu hari nanti.. mungkin bukan hari ini tapi mungkin esok,lusa,tahun depan .. Kita tak tahu apa yang Allah dah rancang untuk hidup kita.. ya .. mungkin kita ada perasaan cemburu melihat kejayaan orang lain.. Tapi Allah dah atur setiap hidup hambanya berbeza-beza.. Jadi tugas kita teruskan berdoa dan berusaha..
MENJADI DIRI SENDIRI ADALAH LEBIH BAIK DARI MENJADI SEPERTI ORANG LAIN .. ya hidup mereka menarik... tapi tak kurangnya dengan hidup kita.. Allah tak berikan apa yang kita mahu sebaliknya Allah akan berikan apa yang kita perlukan.. Dan nad pulak akan terus berusaha.. dan berusaha dan berusaha sampai ke penamat hidup nad.. tak ada istilah gagal dalam hidup nad.. setiap yang gagal nad akan gantikan dengan perkataan hampir berjaya.. cuma perlukan sedikit usaha lagi untuk terus berjaya.. ya saya bukan seorang cikgu,bukan ustazah terkenal,bukan artis,bukan model,bukan doctor.. Tapi saya seorang manusia biasa yang ada hak untuk berjaya dan pergi lebih jauh dalam kehidupan nie dengan IzinNya.. Insyallah ..

Hikhikhik inilah diaaa muka olang yang talak pernah gibup.. kasi kutuk sama diaaaaa.. hehe.. Baiklah cuma nak cakap nad akan terus berlari sampai ke garisan penamat.. sekarang nie baru je hendak bermula.. sekali nad terjatuh tak bermakna nad akan terus duduk.. nad akan bangun dan mulakan semula sehingga la nad menjadi seorang yang berjaya dan dikenali.. nad harap mereka yang hadapi situasi sama macam nad nie akan terus berusaha ye.. Nad bukan anak orang kaya yang mengharapkan bantuan ibu bapa.. Nad seorang anak yatim yang berusaha demi hidup masa depan nad demi diri nad,mama dan keluarga nad.. Kritikan orang lain adalah semangat untuk nad.. jadi jum kita terus berusaha ye.. Sayang semuaaaa.. Muah muah muahhh -gedik-

p/s : cita-cita baru nak jadi pengacara pulak *muntahdarah*

-SnSm-

9 comments:

  1. jadi pengacara lg elok kot? :) apa2 pun semoga bjaya ye :) suka ayat yg last tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. masalahnya ada ker nak amik nad jadi pengacara kan.. xpe pelan2 berusaha :P

      Delete
  2. usaha lagi jgn putus asa...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx ye cik anon... yeee sy akan terus berusahaaaa...

      Delete
  3. ada usha ada kejyaan :) comelnye nad ngan tudung pink :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheida nad pkai tdung warna lain x comel kaaa.. ngeh2... yes mne tahu 1 hari nnti nad berjaya kan ..

      Delete