Tabung

9 January 2013

Impian Ke Alam PerKahwinan

Assalammualaikum

Akhirnya dah tiba masa untuk nad update pasal impian ke alam perkahwinan nad.. Jadi nad harap impian nad nie sedikit sebanyak akan membantu korang yang akan mendirikan rumah tangga.. cewah.. Setiap orang punya impian yang masing-masing.. termasuk diri nad.. dan setiap orang ada citarasa yang berlainan.. jadi ini semua hanya lah impian nad semata2.. kalau korang tak berkenan tu harap maap yek.. huihuihui..

Pelamin Kahwin Impian kuuu


Dannn... tadaaaa... inilah dia pelamin anganku musnah.. ops. ! choi sangat mulut nie.. kakaka.. Baiklah serius balik yek.. inilah pelamin nad yang nad idam2 kan.. yang nad nanti2kan.. yang nad angan2kan.. kelas kan.. sila jeles.. kikiki..  So korang sukaaa tak ? mesti suka kan.. okeh nad tak kisah pon kalau korang nak tiru camnie sebijik sebab nya nad pon tak pasti bila yang nad nak kahwin dan bersanding di atas pelamin nie.. takut time nad nak kawen nanti dah keluar trend pelamin yang lagi terkini.. kikiki... nad memang suka pelamin nie n ini satunya takde dua takde tiga.. nad suka kombinasi warna yang ceria.. nad suka kerusi tu sangat sweet kan uolss ! sape setuju sila senyum =)


Okeh tadi nad cakap takde dua takde tiga kan... so gambar di atas adalah pilihan nad yang ke4.. kuikui.. memula tu memang dah terpukau habis dengan pelamin yang 1st tu..lepas tu terjumpa la pulok pelamin nie terus terjatuh cinta la jugak.. apepon pelamin yang mula tetap no 1 di hati ini.. pelamin yang nie pulok pilihan nad yang kedua.. kikiki... cantik kan ? pelamin nie hakcipta butik pengantin Jalinan Kasih Penang...

Baju Kahwin Impian kuuu


Awww... sweet kan korang... nad suka warna pink nie.. sangat lembut.. bila pakai terus nampak si pemakai tu macam lemah lembut je kan.. Almaklumlah 2013 nie kan trend menggunakan warna lembut.. warna yang terang tu tahun 2012 punye.. kihkih.. design baju nie pong sangat muslimah.. nad suka..  korang suka x? hee


Cantiknyaaaa warna biru nie kan uolss... sangat lembut.. suka sangat.. baju nie cantik la kan.. yang nie pong nad suka jugak.. nad suka warna yang lembut tu.. so ini adalah salah satu jugak baju impian perkahwinan nad.. cewahhh


Purple... nad rasa baju nie pon cantik sebab longgar tak mengikut bentuk badan.. kann.. kalau kawen nanti dengan suami ustaz kaa boleh la pakai cam gini.. kikiki...


Kalau bertudung pulak nad suka gaya macam nie.. kemas dan cantik jelita.. nad tak suka tudung yang terlalu sarat.. oleh sebab baju tu dah penuh.. dah sarat so dekat tudung tu kita simple kan balik.. bole kan..

Kek Kahwin Impian kuuu


Nad nak kek macam nie... so jimat sikit.. sebab orang semua mesti takut nak makan sebab ada rama2.. kakakak... pandai tak nad.. nanti kahwin nak buat kek camnie so boleh buat tangkap gambar bebanyak.. kalau kek kosong yang biasa tu nanti x sempat nak snap orang dah mintak potong.. oke saya kejam *joke

Hantaran Kahwin Impian kuuu


Hantaran pulak macam biasa laa.. nad suka simple jek.. letak bekas.. letak bunga fresh letak barang lepas tu siappppp... kan... serabut2 nie poning la..


Yang camnie paling nad sukaaa... tak payah dah guna dulang.. beli bekas lepas tu letak kain kat dalam..pastu beli kain sikit letak la kain.. dalam kain tu letak la span ke bagi tinggi.. lepas tu letak bunga dekat hujung bucu diaa dan letak barang.. kalau yang camnie buat je sendiri.. tu pon kalau rajin.. tapi kalau nad rajin jek... untung tau sape kahwin dengan nad.. semuanya buat sendiri.. kakaka

Dan... semua ini adalah apa yang nad suka.. dan impian nad buat masa nie.. mana la tahu nanti kalau nad jumpa sesuatu yang lagi baik.. atau lagi cantik tak mustahil nad akan berubah fikiran ya.. kihkih..  dan tak bermakna kalau dah impian akan tercapai.. nie hanya impian semata2.. tercapai atau tak tu terpulang kepada pendapatan diri sendiri.. kalau rasa tak mampu macam apa yang kita impikan pon jangan la kecewa yek.. Tapi tak salah rasanya kita  pasang 1 impian agar kita boleh berusaha mendapatkan apa yang kita nak.. tapi kalau tetap tak dapat tu.. Bersyukurlah janji perkahwinan kita sah dan mendapat keberkatan Allah ^^

p/s : Credit gambar untuk mereka

Jalinan Kasih
Syauqi Venture Creative

p/s : Bagi yang nak mendapatkan khidmat mekap atau ada sebarang pertanyaan bole ke page fb nad

Nadia Aljufry

Mereka adalah Idola Perkahwinan Saya ♥

Cantik kan hijau bila digabungkan dengan manik gold/coklat/oren .. sukaaa ! kbai =)

8 January 2013

Batu Kurau Part 2

Assalammualaikum
Kalau sebelum nie nad dah ceritakan pasal Batu Kurau part 1 kali nie sambungan nya eh.. bukan apa semalam tu tak larat nk taip dah.. kikiki.. maap ye korang.. ok bersambung kepada cerita semut tu.. memang banyak sangat semut tu.. dan alhamdulilah lepas kena semburan ridsect special dari cik farah semut dan kekawan semut tu semuanya mati.. malam tu kami tidur dengan amannnya.. Alhamdulilah takde lagi benda pelik eh walau duduk dalam hutan.. Keesokan harinya.. Kami semua kena bangun awal dan siapkan makan pagi untuk semua orang..



Dann ini adalah apa yang kami semua makan pagi tu.. makan pagi kami telah dimasak oleh puan miaa ayuni,cik farah,linda, dan nani..  masa dorang tengah masak nie kan nad dengan azie takde.. sebab kami takde mood nak masak pagi2.. kakaka.. makan pagi pagi ada pulak mood eh.. Tapi bila tengok dorang bz dok masak pong pang bagai rasa bersalah la pulak kan...



Tadaaaaaaa ... ini air teh nad yang buat... buat air teh pon bangga siot.. kakaka... sori na.. Oleh sebab rasa bersalah tengok dorang cam bz jek memasak so nad dengan baik hatinya buat la air teh o.. Dan siapa sangka.. laku kot air teh nad buat nie... mula2 kan buat 2 jag je.. lepas tu ramai yang puji sedap.. habis pon cepat je.. Nad dengan mulia hatinya bangun buat lagi 2 jag.. konon terharu la dorang puji air nad buat sodap... tapi bila pikir balik entah2 dorang saja puji sebab nak nad buat lagi kan... cis !


Nie la adik emi.. yang family die ada bisnes ayam tu.. pagi jek terus dia g dekat set karok.. semalam dorang karok sampai kul berapa pagi agaknya.. hari nie pagi2 pon dorang sambung lagi karok2.. isk2..


So aktiviti karok pon bermula.. dimulakan dengan nad dan azie.. lepas je buat air teh tu.. terus berdesup kami lesap ke karok.. dimulai dengan lagu dangdut ya oleh kami berdua.. kakaka.. nyanyi la kami berdua takde arah.. sampai orang tengah tido pon bangun.. lepas sejam jek tempat kami telah dikepung oleh dak2 nie so kami terpaksa undur diri bagi peluang dekat orang lain la nyanyi kan.. gambar kami berdua takde.. muka bangun pagi kan.. sangat la cantik nak tunjuk kat korang pon.. kihkihkih



Lepas je makan.. berkemas apa yang patut.. mandi dan bersiap kami pon terus la check out.. dan destinasi kami seterusnya adalah ke Air terjun Sempeneh.. jarak perjalanan adalah dalam 15 min..


Nie puan Mia ayuni.. masa nie dia tak tahu lagi yang dia pregnant dah 6 minggu.. nasib la kami tak join aktiviti lasak yang ada.. tengokk ayu dah chubby time nie.. haha..

Inilah dia muka orang yang handle duit.. muka orang yang masak dan uruskan semuanya.. cantik kan =)


Yayyy ! akhirnya sampai pon... dah ketaq kaki nak mandi dah nie. kakakaka ..


Masa sampai je kan kami semua tertarik dekat batu yang disusun tu.. tiap batu kecil akan disusun atas batu besar,, time nie kan rasa seram la jugok.. tapi dok pikir kaki nie dah ketaq2 nak mandi kan so perasaan takut dihapuskan dengan serta merta. hahaha


Tapi kan airnya agak laju.. oleh sebab antara kami ber enam takde yang pandai berenang maka tempat mandi kami hanya di air yang cetek.. hehe


Nie semua antara makanan yang dorang masak untuk santapan we olss.. heh.. lepas mandi sejuk2 harusla lapar kan.. Tapi ada sardin.. nad tak makan sardin.. sobs.. nasib ade kuah lain..


Masa makan time nie kan sunyi sepi jek.. kakaka... nampak sangat semua kelaparan tahap gaban.. abang bob kt hujung sekali tu siap tambah k.. cayalah...


Tudiaaaa hero penang na... kihkihkih


Saye takde time nie.. kuikui


Sume gambar nie bukan nad yang snap eh.. hahaha.. maap yek takde gambar nad.. sebab ? sebab basah la kan.. baju kalau dah kena air mesti lekat2 kan.. kalau dah lekat2 mesti seksi kan.. i kan alim.. kekekek


Inilah dua orang perempuan cantik yang ambil kesemua gambar time mandi manda.. gambar yang tak penting pon dorang snap.. cis.. penuh kamera i tau.. penat nak delete.. kakaka... apepon memang enjoy sangat walaupun kami sume berkampung di dalam hutan.. walau kami bermandi manda di air yang cetek ini.. dan apa yang penting hubungan kami sume makin rapat lepas join team building nie.. dengar cite lepas nie nak ke pangkor pulak.. nad kan tak kisah kemana pon asalkan ada pantai.. ada pantai yang cantik.. nad suka suasana pantai lebih dari suasana hutan.. heee .. Tapi sekarang nie kan musim banjir,ribut jadi ramai yang takut nak ke pantai.. So kepada semua.. Jangan berumah di tepi pantai kalau takutkan ombak.. cewahhh... okbai =)

Batu Kurau Part 1

Assalammualaikum
Baru baru nie.. hujung minggu yang lepas opis tempat nad bekerja ada buat team building so bagi mereka yang nak joinn disila kann dan bagi mereka yang malas nak join disilakan ketepi.. huihuihui.. tempat telah dipilih oleh salah seorang pekerja yang agak penting di situ iaitu abang bob.. pembantu kepada bos.. kalau bos takde sume akan carik dia la.. dan batu kurau nie rupanya dekat jek dengan kampung abang bob nie.. ceh ! ada udang disebalik batu rupanya.. bak kata orang dedulu sambil menyelam minum air.. cewah... Oleh kerana lokasi yang dipilih di dalam hutan so tak ramai la yang nak join.. Almaklum laa mereka kan orang bandar.. tak macam i yang kekampungan giteww.. heee.. Oke sebenarnya nad pun tak suka sangat lokasi dalam hutan nie tapi nad telah dipaksa oleh Puan Mia ayuni dan Cik Azie... cis ! Akibat rasa takut nad pon join laa.. nad bukan apa.. dahla kena duduk dalam hutan lepas tu sume benda kena masak sendiri.. haiiiyakk.. bab masak dalam hutan nie memang malas ok ! (dalam rumah pon malas) huihuihui..


So perjalanan kami ponn bermula.. yeahhh.. lepas dikira ditambah dan ditolak kesemua sekali yang join adalah sebanyak 17 orang.. 6 orang Wanita yang cun melecun dan 11 lelaki yang tidak kacak.. kahkahkah..
jangan marah na bos..kikiki.. total 4 biji kereta dan 1 lori milik company.. dalam lori tu macam2 ada okeh.. termasuk sebijik motor milik abang bob.. barang yang lain tu beg baju kami semua dan barang yang akan dimasak oleh mereka berlima.. Oleh sebab nad dan azie nie over so sebelum bertolak kami semua dah singgah dekat petronas kot.. banyak sangat kudapan yang kami beli sampai kena bayar seorang rm20... kekeke... tamak tau i.. Nad kan sampai ditegur oleh bos atau owner petronas itu..

Bos Petronas : Terima kasih adik manis sudi singgah membeli belah disini (manis tu nad tambah )
Nad Manis : eh.. sama-sama pokcik... biasak je nie beli (penuh 1 bakul)
Bos Petronas : adik manis meh sini pokcik nak tunjuk cake nie sedap.. murah je dikk
Nad Manis : Ikut laa pakcik tu pi tengok kek tu.. ohh.. yeke sedap nie pokcik..
Bos Petronas : Betull la sedap nie adik manis.. beli la 1..
Nad Manis : Baik ! terus beli.. walau tak rasa nak makan kek tu pon..nad rasa tak sampai hati nak musnahkan impian pokcik tu suruh awek manis macam nad beli kek dekat petronas diaa maka nad pon beli la 1.. wakakak


Dan ini adalah half daripada apa yang nad beli.. kekeke... nampak macam takde apa kan tapi dalam plastik tu penuh dengan pelbagai aneka makanan yang kecik tapi mahal harganyaa... cis ! masa nie kan yang drive cik nani... farah pulak duduk depan tepi cik nani oleh kerana farah nie bekerja bahagian acc maka duit tol dan minyak adalah urusan beliau.. huihuihui.. Azie dengan nad pulak duduk belakang melantak r.. haha


Makcik nie pulak tak sampai setengah jam perjalanan dah tidur..teman nak bergaduh tidur la pulak... bosan !


Oleh sebab abang bob tau jalan so dia duduk depan sekali di ikuti oleh kereta kami.. almaklum la dalam kereta kami kan sume wanita so kena la duduk tengah kan.. so yang laki duduk la belakang.. kekeke

 
Harusla bawak beg percuma ini.. kiki.. oleh sebab nak masuk hutan maka barang yang nad nak pakai nad letak jek dalam nie.. ada bedak,lipgloss,krim muka pencuci dan bermacam lagi.. best oo pakai beg free...


Oh terasa diri ini begitu kerdil disitu.. okeh masa nie kan berhenti dekat persimpangan bukit merah.. oleh sebab pergi ramai2 so kena la selalu stop tunggu sape2 yang dah tertinggal belakang tu...


So terus belok sini je.. dan perjalanan ke batu kurau pon diteruskan.. masa nie setiap gambar signboard telah di snap oleh azie dengan jayanya walaupun kereta berjalan.. syabas nak !


Dan setelah 2 jam setengah perjalanan kami pon sampai ke Batu Kurau... Hello orang batu kurauu kami datangg nie.. 


Lepas tu masuk la kami ke teratak afrina.. semangat masa snap pic nie.. yola dah sampai kan.. tak sabar nak turun menikmati pemandangan.. cewah... 

Ini budak namanya adik fendy.. masa nie kan kami sume kena berpatah balik kerana tempat penginapan kami bukan di teratak afrina.. nad ade jugak dengar yang sepatutnya kem pelangi.. tapi masa belok masuuk jalan nak ke teratak afrina kami sume diam je.. takde yang perasan yang kami nie silap jalan.. maybe teruja agaknya.. si fendy nie kena keluar dan tahan wayar lampu di atas yang rendah sangat sampai lori nak lalu pon tak leh.. nasib ada dak fendy nie.. sesuai sangat dia pegang kayu berdiri kat situ.. hehe


Akhirnya sampai la kami ke kem pelangi.. tengok macam adventure jek kan signboard die tu.. kenapa tak cantik macam teratak afrina.. xpe.. redha jela.. masa nie tengah berdoa agar chalet yang kami duduk tu cantik.. apapon yang paling penting toilet nya bersih .. kalau tak nanti tak mandi la cek.. sobs...


Nie tempat penginapan lelaki.. 1 rumah nie muat duduk 6 orang.. so kami dah book.. 2 buah untuk lelaki dan 1 lagi untuk wanita .. alhamdulilah takde complain dari rumah dak2 laki nie..


Itu pulak tempat penginapan kami.. jauh sampai di atas.. nampak je macam rendah tapi hakikatnya tinggi tau.. jenuh kami sume kena panjat atas tu berulang kali.. sob sob.. dahla jalan dekat atas tu takde tangga.. berbukit lincin tau.. dahla hujan time tu.. memang stress sangat takut tergelincir.. huhu


Masa nie dorang nak pegi jumpa tuan punya tempat nie.. i malas nak jalan.. so snap je gambar dorang dari jauh.. hee.. azie semangat tu... depan dia jalan.. hahaha


Tak pasti topik apa yang dorang nie bincangkan.. semua nie adik2 je.. dorang nie courier kat tempat nad bekerja.. adik2 kan so harusla ada masa nak join team building.. hehe .. yang dah kawen busy agaknye..


 
Yang nie pemandangan dari arah tepi... memang seram.. sumpah tak kan keluar sorang2 time malam...


Lepas dah habis tengok rumah.. dah habis kemas barang,.. dah mandi so kita mulakan makan malam nie dengan BBQ .. semua ayam nie dibawak oleh adik emi.. family dia memang ada jual ayam bbq yang sekali dengan kuah dia tu.. so tugas kita mudah je.. cuma bakar je ayam nie semua.. nice kan.. tapi tugas masak ayam nie diserahkan dekat lelaki la.. kami yang perempuan nie harusla makan sampai kenyang.. Selain Bbq ada jugak karok oke.. karok la korang sampai sakit tekak.. hehe


Selain ayam... benda nie sume pon ade jugak.. bebola ade.. lain2 pon ada.. korang tengok jek sendiri..


Semua ayam dan bebola itu akan dicelupkan ke dalam kuah ini... gambar nad takde sebab nad la orang yang tolong snap semua gambar ini.. lepas tu nak suruh dorang tolong snap kan tapi dorang tanak sebab dengki nad duduk relax jek snap gambar lepas tu makan lepas tu karok.. mereka sangat jeles ^^


Nie la stok muka mereka yang dok masak tapi nad tangkap yang mana ada je.. sebenarnya ramai lagi.. hehe



So malam nie kita makan ja eh.. oleh sebab dak laki dah tolong masakkkan.. wei.. mana gambar nad.. tak adil.. okeh korang.. sume dalam gambar di atas adalah rakan opis sayeeew.. =)


Mereka lagi.. dari kiri Miaa ayuni,Nani,Linda dan Farah..


Weh nape muka i putih sangat time dok dalam gelap... tu muka tak mekap tau tapi putih macam hantu.. larikk !


Korang abaikan je muka hantu nad nie.. kakaka... uduh gilaa tapi saje nk letak jugak sebab takde gambar..


Haa nie yang paling tak puas hati... sobs... masa kami tengah baring kan.. nad dan azie ambil tempat atas katil so kami selamat la.. yang lain pulak tidur atas tilam jek.. lepas tu kan.. dorang nampak semut.. mula tu kami ingatkan semut biasa jek.. sekali angkat tilam tu.. Ya Allah ! meremang bulu tangan nad oi.. nad takut.. dulu nad ada cakap kan .. nad takut semut.,. kalau semut tu sekor n sorang dia jek takpe tapi kalau dia ade geng.. memang nad seram ah.. kami g jumpa tuan tempat nie nak mintak spray ridsect tapi dia takde.. nasib la dak courier nie keluar g carik kedai.. lepas tu farah spray n sapu kelaur semua.. masa nie nad ada luar.. nad takut.. gambar nie pon azie yang snap. kakaka.. i awai lagi larik.

Bersambung... ~

5 January 2013

Nad Di Paper Utusan

Assalammualaikum
Alhamdulilah.. rezeki tahun 2013... kalau sebelum nie nad ada masuk Paper kosmo untuk pencarian Model Fareeda 2012 tapi gambar nad kecik sangat la..Dan Kalau sebelum nie nad ada masuk majalah Urtv.. tapi tahun nie agak berbeza.. Kali nie nad masuk paper utusan uolss... Biarla orang nak cakap nad pulun kaa.. gedik kaa,apa kaa yang pentingg i hepi na.. hahaha... oke2.. Nad ada terima call dalam hari selasa.. time tu nad tengah keje.. Ada no tak kenal call.. nad ragu2 la jugak nak angkat ke tak nak kan.. selalu kalau no tak kenal nie nad memang tak angkat.. Tapi hari tu tergerak hati nad angkat.. Nad pon angkat la.. lepas tu dia cakap dia dari utusan n nama dia amirul.. dengar je dari utusan berdesuppppp terkejut cik oi.. lepas tu kan abang utusan tu tanya la nad macam-macam soklan.. dua kali kot dia call.. nad pon siap berdiri lagi punya semangat nak jawab segala soalan nie.. kononnya mencabar minda la kan.. hihihi.. Dia cakap minggu nie mungkin akan keluar cerita nad nie.. nad pun rasa tak yakin betulnya.. yela sapela nad kan.. tak kan la nak ada cerita pasal nad masuk paper.. wah... kelas kan..

 -Muka surat Kanan-
Oleh sebab hari nie hari sabtu so nad pon keluar la dengan azie tengok cite Minyak Dagu.. lepas je tangok wayang terus ke oldtown nak makan dengan kekawan nad la.. tengah makan tu kan tetiba nad dapat message dari Puan Miaa Ayuni .. Tapi oleh sebab nad takde kedit so nad pon suruh la azie tolong reply kejap.. kenapa ayu message.. dah tu dia tak cakap apa cuma message "naddddddddddd' ..

Nad Glemer sehari : Wei azie .. hang tolong message ayu jap tanya kenapa dia message aku.. kedit habis..
Azie Jelousss : Tak payah suruh sebab aku memang dah message (sambil taip2 msg)
Nad Glemer sehari : weiii gila pantas hang nie.. tak sempat aku suruh dah msg
Azie Jelousss : 'muka bangga''

Lepas tu ayu pon reply message cakap yang nad masuk paper utusan hari nie.. ada tiga gambar nad.. beso beso plak tu.. nad pon teringat laa perbualan nad dengan abang utusan tu.. teruss hepi sangat la kan tak sangka nad masuk betul dalam paper utusan.. Nad yang tengah makan Laksa Oldtown terus kenyang kot ! tak pernah makan tak habis.. teruja katakan.. hehe.. So lepas makan dengan cepat dan dengan pantasnya kami menuju ke 7eleven yang berhampiran dan Alhamdulilah paper Utusan tinggal lagi 3 jek.. nad dengan azie ambil sorang satu .. Azie pon semangat uolss.. terharu okeh ! terus laa buka paper.. tengok belah kanan aik ada 1 jek gambar nad.. kecik pulak tu.. ayu cakap ada tiga n besar2.. lepas tu tengok kiri.. eh memang besar gambar nad... dua page tu cite pasal nad.. 

 -Muka surat kiri-
Nie pulak page belah kiri... 1 page nie gambar nad okeh.. so hepi la sehari kan.. ala-ala retis kejap.. muahahahha... *gedik .. korang tolong la bagi peluang nad gedik kejap hari nie.. cumaa apa yang nad perasan.. camne laa nad boleh p email gambar yang pakai baju lain lain tapi tudung sama,..wakakaka ! nama je bisnes jual tudung.. cis ! nad hantar gambar dalam 5,6 keping kot.. akhirnya tiga gambar nad yang nie menjadi pilihan okeh.,. tak kisah laa gambar mana yang penting muka nad.. kekeke

 -kedua-dua muka surat-
Apapun terima kasih kepada pihak Utusan sebab memilih nad untuk dimasukkan dalam ruangan minggu nie.. nad terharu sangat.. nad jugak berharap nad akan terus mendapat peluang demi peluang selepas nie sehingga kejayaan itu menjadi milik nad dan nama nad semakin dikenali ramai... so nad harap sangat korang doakan nad ya.. terima kasihhh sangat semua yang bagi nad sokongan .. nanti nad update entry pasal keluar hari nie ya... baiii... salam ^^

2 January 2013

Azam Tahun Baru 2013

Assalammualaikum
Akhirnya sampai pun kita ke tahun baru.. hehe.. tapi tahun baru nad dirai di rumah je memandangkan takde siapa yang sudi ajak nad keluar menghabiskan dan membuang masa.. cis.. tapi tak apa.. masa yang ada nie dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah jugak iaitu melayari internet dengan melayan semua chat di fesbuk.. tak pernah-pernah.. sebab selama nie bz.. kecuali inbox dari customer je.. yang tu semua nad reply seorang demi seorang.. heh... baiklah selalu kalau masuk jek tahun baru mesti kita berazam macam-macam kan.. termasuk diri nad ini.. hehe... tapi ada sesetengah azam tahun lepas yang masih tidak tercapai maka diteruskan ke tahun nie.. dan harap takde la sampai kena sambung tahun depan.. haha..

Azam Baru Saya

  • Cari boipren ▬► Kenalkan dekat family ▬► Bertunang ▬► Kahwin ▬► Jadi isteri solehah ▬►Dapat anak ▬► Jadi ibu penyayang ▬► Hidup bahagia sampai bila2 
  • Nak Buka Butik  ▬► Jadi Bos  ▬►Ambil Pekerja Seorang  ▬►Bisnes Maju
  •  Simpan Duit ▬► Pergi Umrah ▬► Jadi Muslimah Yang Lebih Baik
  • Diet ▬► Kurus ▬► Bergaya Sentiasa ▬► Over.. kakaka
  • Beli Kereta Vios ▬► Suami Bayar ▬► Senang Hati ▬► Bahaha.. untung banyak aih
Itu semua di antara apa yang nad perlukan dalam hidup nad... kalau dapat semua tu kiraaa untung sangat laa tapi nad tak berharap sangat pun.. apapun nad cuba yang terbaik.. mana tahu suatu hari nanti akan tercapai kan sebab azam nad mudah jek.. Tapi selalunya nad tak akan dapat apa yang nad nak.. apapun nad tak pernah putus apa... Pada mulanya nad mengaku sedikit rasa kecewa tapi nad akan cepat-cepat pikir positif maybe ada hikmahnya.. Mungkin nad akan dapat sesuatu yang lebih baik.. yang lebih besar nilainya.. Allah tak berikan apa yang kita nak..Sebaliknya dia Berikan apa yang kita Perlukan..  Jadi sama-sama la kita berusaha ya .. =)



Nad up sekeping gambar tahun 2013 nie.. hee... gambar ini ditangkap pada tarikh 01/01/2013 tepat jam 3 petang... lokasi dalam kereta sendiri... sesorang pon jadik jugak kerja... Apapun nad berdoa agar rezeki nad tahun 2013 nie akan murah... terima kasih semua yang dah booking nad untuk jadi cik andam korang tahun depan.. insyaallah nad akan buat yang terbaik dan jadikan korang secantik puteri.. cewah...



Nad jugak harap impian korang akan tercapai sama okeh.. sama-sama kita berusaha mencapai azam tahun baru nie.. kali nie pastikan tercapai... berusaha disulami berdoa dan Insyaallah Berjaya... Moga tahun 2013 nie akan menjadi tahun yang Paling terbaik pernah nad lalui.... Amin...

p/s : Nak dapatkan Khidmat Andaman dari nad ? nak tahu lebih lanjut... boleh click Syarifah Nadia Al Jufry Freelance Make Up Artist .. Like la kalau sudi.. dan boleh Pm kalau berminat

Terima Kasih