Tabung

9 February 2013

Mekap Sanding Cuti Raya Cina

Assalammualaikum ♥
Hari nie setel jugak mekap nad.. rasa lega sangat.. hihi.. semalam kan takleh tidor lagi.. so hari nie rasa lega sangat.. tapi malam nie pon takleh tido jugak sebab pikir untuk esok.. haha.. Tadi memula sekali nad gi rumah adilah ismail.. untuk mekap sanding,rumah dila dekat seberang jaya.. start mekap pukul 9.30 dan habis dekat pukul 10 macam tu.. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar untuk mekap yang pertama ^^


Nie la gambar beliau sebelum mekap.. so kalau korang ingat lagi.. ada entry nad mekap nikah yang nad mekapkan dia.. hihi.. ala yang cantik tuu.. si adilah yang manissss... kan.. so sape nak tengok selepas ? haha

v





v





v





v

tadaaaaaaa

 
Inilah dia si cantik adilah.. tema kali nie gold coklat.. cantik sangat dila dan baju dila tu tapi lupa pulak nak snap gambar penuh sebab time nie tengah kalut nk g mekap rumah kedua pulak.. hihi..


Mekap adilah nie tanpa mencukur,cabut alter kening beliau.. so lepas je habis snap pic beliau.. harusla nad pon menempek kan.. muahhahaha.. 


Gambar sedikit goyang... nad tak pasti la adik nad dengki ke hape.. hahaha.. malas la nak ajak pengantin nie snap bebanyak kali.. dia dahla nak kawen.. macam2 benda dia nak buat nad pulak dok ajak dia snap.. kalau nak ikut puas hati nad sampai kesudah laa tak habis lagi dok snap nie.. kuikuikui.. Buat masa nie nad akan g mekap dengan bawak adik nad sebagai pembantu oleh kerana adik nad sekarang nie panganggur 24 jam.. Jadi sekali mekap nad akan bayar dia rm20.. so bayangkan kalau sehari tu nad mekap 3 orang.. Maka adik nad akan dapat upah rm60 la.. untung tak.. padahal bukan buat apepon nad cuma suruh dia tolong reply msg customer kalau nad drive.. tolong pegang barang mekap sikit dan tolong teman je.. haha.. 



Nie pon namanya nurul jugak.. tapi oleh sebab nurul nie rumah dia dekat maklom sungai dua so nad panggil dia nurul maklom.. yang lagi sorang pulak nurul sungai dua.. Masa nie nad gi mekap nurul untuk hari sanding.. masa nak gi rumah nurul nie nad terlajak jalan.. hihi.. so nad pon patah la balik dan Alhamdulilah selamat sampai rumah beliau.. senang jek nak carik.. Sampai je rumah pengantin nie terus mekap.. tak payah tunggu lagi da sebab dia memang dah bersiap sedia.. hihi.. bagus2... dan selepas pulak.. jeng3... sape nak tengok ?
v




v




v




v



v
tadaaaaaaaa


Nie la mukaa gojes nurul lepas mekap.. cantikkk kan.. bekerjasama dengan nurul sangat mudah.. huhu.. cepat dan pantas.. hihi.. nurul book nad mekap untuk dua kali jadi nad akan mekap dia untuk majlis bertandang pulak lepas nie la.. nanti nad update gambar majlis bertandang pulak ye.. kuikuikui... Ok saat entry nie ditaip nad keseorangan dirumah.. sobs.. Mama nad dah bertolak dengan maklong nad kerumah Allah untuk mengerjakan ibadah umrah.. korang tolong doakan mama dan maklong nad selamat pergi dan selamat pulang ya.. rinduu kat mama.. camne la nak hidupp selama 12 hari tanpa ibuku.. *nangis



okla.. takat nie je entry kali nie
sok nad nak update pasal mekap nad dan si gadis berbaju merah
jadi... tungggguuuu..
kbai =)


4 comments:

  1. hihihihi bgus customer nad.. sorng tu je kan lambat tpi msg nak awal muahahahahah sian nad.. :P... hahhahah sory ye cik andam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh xpe chida.. menanti cstomer tu mmg salah 1 job nad dah.. haha

      Delete