Tabung

20 August 2013

Majlis pertunangan Part 2

Assalammualaikum =)
Ha kalau dah mula update blog tu dah start la rajin sikit.. heheh.. hari nie kita sambung la pulak part 2 majlis pertunangan cik nad eh.. amboii ada part2 bagai.. sebenarnya kenduri nad biasa2 aja tapi gambar tu pulak yang melebih2.. punya banyak.. dah nama pon ambik gambar pakej unlimited kan sooo memang banyak sungguh la aih..


Yang nie bersama bakal adik ipar nad yang cantikkk jelitaa gituu.. tapi kenapa nad lagi pendek nie.. hmmmm.. kbai *lapairmata


Yang nie pulak bersama keluarga tunang nad.. yang tepi nad tu walid tunang nad dan bakal jadi pakmertuaa ku.. kiki.. yang tepi lagi sebelah pulak ibuu mertuaaa ku... yang sebelah kanan sana bakal kak ipar nad dan suami.. ada lagi yang takde dalam gambar nie.. tak cukup korumm..




Bersama kedua duaa ibuu.. seorang mama dan seorang umi =)


lepas tu snap gambar bersama mama.. umi dan aunty2 adik beradik sebelah keluarga abah nad.. hee.. si kecil comel yang kecik tu nama ali.. anak saudara tunang nad dan bakal jadi anak saudara nad nantiii.. hihi comelll sangat ali...


nie adik2 dan sepupu sepapat tunang nad.. comel2 kannnn :)


Dan akhirnya saat yang ditunggu2.. tunang nad pon masuk ke dalam dewan lepas dia dah habis makan.. nampak sangat makan lagi penting dari nad kann.. tapi takdela gambar berduaa giteww.. tak manis bak kata orang tuaaa.. so oleh kerana itu kami telah diapit oleh kedua2 ibu masing2.. heheh.. jadikkkk la dari takde langsung kannnn .. tunang pon pakai baju kemeja peach gitteww.. kihkih.. dalam gambar nie nampak ketara sangat nad rendah kann.. tinggi sungguh tunang nad.. kalau kuaq dating xpelah boleh pakai kasut tinggi.. nie dalam dewan kan tak pakai kasut.. hihi.. xpelaa janji nampak comel2 gituu.. impian dulu nak laki tinggi sangat kan.. nahhh ambikkkk.. mihmihmih

Gambar snap pakai henpon masing2 lepas tu tunang nad wasap bagi gambar nie sambil tanya nsem takk.. nak cakap tak nsem dah jadi tunang nad dah.. opkosss lah nsem bagi nad kan.. bagi Nad okk.. haha.. oleh sebab gambar berdua takde so edit la bagi dok sebelah2 camnie sambil feeling2 memang dok sebelah.. hahaha *gila



Nad bersama paksu dan maksu.. yang lelaki tu adik bongsu mama nad... paksu dan maksu banyak berjasa dalam majlis nad nie.. so terharu bila maksu buat coklat door gift tu sebanyak 100 pcs untuk semua tetamu yang hadir.. jasamuu dikenang maksu.. lepas tu paksu pulakk bagi 1 tin besar kuih sepit tu suruh pack2 buat gift  bagi orang makan.. lepas tu susah payah berdua datang rumah nad duduk sampai lewat malam bawak sepupu2 nad.. sebab tolong nad pack door gift masuk beg.. untungg sangat ada paksu dan maksu camnie ! dengar cite kahwin nanti nak sponsor lagi.. mihmihmih



Dari kiri maklong..my cousin mira.. mama.. nad .. makndak.. tokk (mak mama) dan abang nad.. layankan pulak gambar nad dan family nad yehhhh..

 Tepi nad nie abang sulung nad.. dan diberi tugas sebagai body guard nad.. hahahaha.. ada sapo2 tak nak musuh dengan nad.. haaa try lahhhh... kihkih..



My twins.. anak sedara kesayangan.. nad jaga depa masa kecik2 nie.. sayanggg sangat2 dahhh hah.. hihi.. anak akak sulung nad.. hihi.. merajuk sebab nad bz dok tangkap gambar dengan orang lain lepas tu akak nad datang bagitau yang anak2 hangg dok merajukkk nuh.. hahah.. kalutt laa nad panggil dak2 ucuk nie tangkap gambar.. nanti acik kahwin jadi flower girls ye sayangggg...


Muka budak yang merajukkkk camtu laaa nohh.. hihi

diulang sekali lagi kepada rakyat2 jelata.. bakal pengapit kitewwwww.. haha 


Adikkk kesayangannn yang suka mengigau malam2.. pfff =.='


Dahlaaa sikit2 gambar dengan family.. gambar nad pon nakk jugakk,.. haha.. lepas je abis snap dengan family tunang.. family sendiri.. saudara2 terus snap pulak pose seorang diri.. haha.. bila lagi nak perasan ala2 retis bila pose je 2 3 orang photografer dokk ada.. perasannn sat.. hihi.. tapi gambar dengan makcik2 pakcik2 keluarga tunang takde pulak sebab depa tangkap gambar dengan nad guna kamera masing2.. haish rugii takde kalau tak bole eksyen gambar banyak2 kat hampa noh.. hihi


Cincin tunang.. hihi mak mertuaa nad yang pilihhhh cek oiii... eh terlupa ayat bakal mak mertua sebenarnya.. hihi.. cantikkk sangat sebab memang citarasaa nad lahh.. memang taste nad.. lepas nie bolehh la geng dengan bakal mak mertuaa taste pon dah samaaa dah.. takkk gituuu *ayatbodek mihmihmih.. seriously memang nad suka.. hari2 tengok jari sendiri sambil cakap dalam hati 'eh2 dah tunang aku ye.. sambil puji cincin sendiri cantik' bahahahha

 

 Alaa2 divaaa tak aiii uolsss.. kihkih.. pose camnie dengan harapan bos habib jewel nampak gambar nad dan ambik nad jadik duta depa ganti fasha sandha pulakkk.. heheh.. sukaaa gambarr nieee..

Pose ala2 emma maembong dalam majalah pengantin kononnya.. hahaha rasa macam nak lempang diri sendiri suruh sedar yang diri ini jauh beza dengan emma ittewww..

Pose nie ala2 'heyy awak tahu tak hari nie hari ape.. hari nie kitewww dah tunanggggg .. lebih kurang gituuu lahhhh.. terserlah kegedikan di situ kannn kan..

Pose hat nie paling susah.. ulang buat sampai 20x kot.. ssh bebenooo.. lepas tu ini jaa yang mampuuu kite kembangkan kainn ituuu.. haha.. okk stop berangan nak jadi retiss sebab nak suruh kembang kain tu pon punyaa susah kannn.. *bawakdiri


Salah satu gambar fav nad.sama tak bulu mata dengan cikta ? hihihi.. nak cuci letak dalam frame nanti pastu gantung kat rumah beso2.. tu pon sebelum abang nad ambik buang laaa kan.. haha

konon2 nak bajet awek arab la kannn.. padahallll... haha


Hahaha.. sila la juling mata2 hampa tengok gambar nad ye.. sebenarnya nad memang pantang jumpa camera nakkk bergambar ja kejaa.. dan almaklumlahh nad takde camera dslr tu selalu gunaa henponn jekk.. sekali time2 gini la kannn nak bergaya pon.. kihkih.. bunga tangan nad tu pon sponsor dari kawan nad rina dari butik galeri pengantin A to Z .. hihi.. entry nad tak berakhir dekat sini je sebab ada part 3 pulak.. part yang terakhir iaitu part outdoor.. cantikkk sangat gambar2 outdoor tak sabaq nak eksyen kt uolss semuaaa walau uolss tak kisahhh punnn... sebenarnya gambar banyak sangat.. bagi yang tak ada dalam entry nad harap maaf yaaa.. hihi.. selalu dok bersiap orang tunang n kawen so bila diri sendiri yang tunang baru dapat rasa betapa nebesnyaaa saat ituu.. menjadi tunangan kepada orang yang kita sayang dan mendapat restu ibu bapa dan keluarga serta kekawan adalah perkara paling best kann kan kan.. tungguuu part 3 pulak taw.. lepas tu nad update pasal gambar2 customer nad mekap pulak.. lepas tu update pasal survey2 nak tawen pulakkkk.. walaupun lagi 7 bulan.. tapi nad jenis suka buat perancangan awal.. tak moo kalut2.. tak sukaaa.. oklahhh thanks reading.. cewahhh... kbai

5 comments:

  1. cantiknya. selamat bertunang sis.:)

    ReplyDelete
  2. Nad meh nma photographer..sy dok cri utk kawen :)

    ReplyDelete
  3. tahniah sis...rasanya u should join this contest honeymoon hehe

    http://walkstatic.blogspot.com/2013/08/contest-destinasi-honeymoon-impian.html

    ReplyDelete
  4. Wah... Omey nyer! Baru puas tgk gmbar bnyk2 cenggini. kat insta upload skit2 ja. btw tahniah ! ^_^

    ReplyDelete

  5. If you’re going to strap on the same fake watchesevery day, it needs to look good with both your Tuesday suit and your Sunday t-shirt, but you don’t want it to be boring. You don’t have to spend five figures to get a great breitling replica.Theklockor kopior Globemaster ($120) handles all situations effortlessly and is packed with technology like a totally anti-magnetic movement and a more accurate and durable co-axial escapement,you’ll notice the seconds hand seems to tick like on a quartz
    rolex replica, but this rolex replicais because of a special gear-and-spring system inside that gives it the so-called “deadbeat seconds” for more precise timekeeping.As the brand’s iconic omega repliqueindividual product, admirable adroitness and absolute kelly 35cm demonstrates what both central and outside.
    Buy Cheap air max
    online.

    ReplyDelete